Adakah anda salah seorang pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN? Setiap bulan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuat cabutan BSN SSP untuk mereka yang bertuah memenangi pelbagai hadiah menarik sehingga RM30 juta. Oleh itu, ikuti perkongsian di bawah untuk makluman mengenai Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional meliputi Tarikh & Semakan Keputusan Cabutan 2024.
Seramai 95 orang jutawan telah dinobatkan di bawah produk ini yang diperkenalkan sejak tahun 1978. Dengan simpanan serendah RM10 pencarum yang layak berpeluang untuk mendapat hadiah berbentuk wang ringgit, voucher dan kereta mewah. Tambahan pula, cabutan dibuat kepada pelbagai kategori yang memberikan peluang lebih banyak kepada pemilik SSP untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh BSN.
BSN SSP 2024 : Tarikh & Semakan Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium
Produk simpanan yang diperkenalkan oleh BSN ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan duit demi kepentingan masa depan.
Apa Itu Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN?
Sijil Simpanan Premium BSN adalah satu produk Bank Simpanan Nasional yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah. Simpanan ini mendapat jaminan daripada kerajaan dan hadiah yang ditawarkan dikecualikan dari cukai pendapatan.
Kategori Cabutan Dan Hadiah Yang Ditawarkan
Bagi tahun ini, terdapat 10 kategori cabutan yang diperkenalkan oleh BSN seperti berikut:
1) Cabutan Jutawan
- RM1,000,000 setiap bulan
- RM2,000,000 (Cabutan bulan Disember)
2) Cabutan Bulanan
- RM100,000 setiap bulan
- RM10,000 setiap bulan
3) Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50
- Audi Q3 – 1 (Cabutan bulan Mei)
- BMW iX1 – 1 (Cabutan bulan November)
- RM50,000 x 5 setiap bulan
- RM500 x 50 setiap minggu
4) Cabutan Simpanan Konsisten
- Mercedes A200 Sedan x 1 (Cabutan bulan Mac)
- Mini Cooper Countryman x 1 (Cabutan bulan Jun)
- Volvo Xc40 Recharge x 1 (Cabutan bulan September)
- BMW i4 Gran Coupe x 1 (Cabutan bulan Disember)
- RM10,000 x 2 (Bulan cabutan Mac, Jun, September, Disember)
5) Cabutan Wilayah
- Perodua Myvi 1.5 Auto x 1
- RM200 x 300 setiap wilayah
- Pembahagian Wilayah: Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), Tengah (Kuala Lumpur, Selangor), Malaysia Timur (Sabah, Sarawak)
6) Cabutan Penyimpan Muda
- Baucar Apple (RM20,000) x 2 setiap bulan cabutan
- Baucar Apple (RM10,000) x 2 setiap bulan cabutan
- RM5,000 x 3 setiap bulan cabutan
7) Cabutan Kesetiaan
- RM50,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
8) Cabutan Penyimpan Baru
- RM50,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x 1
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
9) Cabutan Istimewa guru dan pekerja Barisan Hadapan
- RM50,000 x 1 setiap bulan
- RM10,000 x setiap bulan
10) Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
- RM50,000 x 1 setiap bulan (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM30,000 x (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM5,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
Bonus Tambahan : Bagi penyimpan lima (5) tahun dan ke atas, tambah simpanan minimum RM500 untuk gandaan penyertaan bagi cabutan seterusnya.
Syarat-Syarat Menyertai BSN SSP
Seperti semua produk yang ditawarkan oleh bank, pelanggan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat am untuk menyertai produk Sijil Simpanan Premium oleh Bank Simpanan Nasional:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
- Berumur 12 tahun dan ke atas
- Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum.
Syarat-syarat yang lebih terperinci boleh disemak pada pautan berikut:
Cara Menyimpan
Bank Simpanan Nasional menyediakan lima kaedah untuk pengguna menyimpan seperti di bawah:
1) Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN
- Pilih Bahasa
- Masukkan nombor PIN
- Pilih “Simpanan BSN SSP”
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
2) Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/ Debit BSN
- Pilih Bahasa
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ” Simpanan BSN SSP”
- Pilih kaedah simpanan (Debit akaun atau tunai)
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
3) Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/ Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)
- Pilih Bahasa
- Pilih “Simpanan BSN SSP”
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
4) Melalui perbankan internet myBSN
- Log masuk ke laman web BSN di
- Pilih “Simpanan BSN eSSP”
- Pilih “Nombor Akaun” daripada senarai
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi
5) Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (untuk pelanggan baru) atau kad ATM/ Debit BSN atau tunai (untuk pelanggan sedia ada) kepada EB BSN
- EB BSN akan memproses simpanan di terminal POS
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi
Tarikh Keputusan Cabutan BSN SSP 2024
Pelanggan sedia maklum bahawa BSN akan membuat cabutan pada setiap bulan dan berikut adalah Kalendar Cabutan bagi tahun 2024:
Cara Semak Keputusan Cabutan SSP
Semak keputusan nama pemenang setiap cabutan yang dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor sijil SSP masing-masing pada pautan di bawah:
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:
- 1300 88 1900 : Pusat Perhubungan Pelanggan BSN
- Soalan-Soalan Lazim 2024
Rel : simpan resit transaksi, produk simpanan bsn yang unik, patuh syariah yang menawarkan, pelanggan baru atau kad pengenalan dan wang tunai,