Cara Bayar Yuran Politeknik (Pengajian Dan Asrama)

Panduan kepada pelajar-pelajar Politeknik . Adakah anda tahu bagaiman cara bayar yuran Politeknik? Untuk makluman, semua pembayaran yuran politeknik perlu dilakukan melalui Bank Islam. Berikut dikongsikan panduan cara bayar yuran politeknik (yuran asrama pengajian dan asrama) untuk panduan semua.

Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Hasil usaha kerajaan untuk mengukuhkan pendidikan Politeknik, penubuhannya telah ditambah serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Cara Bayar Yuran Politeknik melalui bank islam

Jumlah Yuran Pengajian Politeknik Sepenuh Masa

Dipetik dari Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, berikut adalah jumlah yuran pengajian sepenuh masa untuk pengajian di Politeknik meliputi yuran pengajian, yuran pelbagai dan yuran penginapan.

1.Yuran Pengajian : RM200

2. Yuran Asrama : RM 60-RM630

  • *Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan

3. Yuran Pelbagai

  • Semester 1: maksimum RM 600
  • Semester seterusnya: maksimum RM 150

Panduan Cara Bayar Yuran Politeknik (Yuran Pengajian Dan Asrama)

Berikut dikongsikan cara bayar yuran politeknik untuk panduan pelajar. Terdapat empat kaedah pembayaran yang boleh dilakukan oleh pelajar atau ibu bapa seperti berikut :-

1. Pembayaran Melalui Perbankan Internet

  • Bayaran Melalui bankislam.biz

Syarat: Pembayar perlu mempunyai akaun Bank Islam dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam.

  1. Layari Portal Rasmi Bank Islam
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Tekan butang “ok” pada “Security Alerts“.
  4. Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
  5. Pilih “Bill Presentment“pada menu “Bill Payment“.
  6. Pilih “Politeknik KPT” (yuran pengajian dan asrama ) / “Koperasi – HEP …” (bayaran pendaftaran) pada senarai “payee corporation”.
  7. Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik “next
  8. Klik ‘select‘ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan
  9. Pilih “source account” yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik “pay
  10. Maklumat bayaran dipamerkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm‘ untuk pengesahan pembayaran.
  11. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.Nota: Pembayar perlu melaksanakan proses pembayaran secara berasingan bagi setiap bayaran (yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai) yang dibuat.

2. Pembayaran Di Mesin ATM Bank Islam

  1. Masukkan kad dan pin keselamatan
  2. Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain-Lain
  3. Klik Pembayaran Bil / Yuran IPT > Yuran IPT/Bill Presentment
  4. Pengesahan nombor akaun oleh pemilik akaun
  5. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) pelajar
  6. Pilih jenis bayaran yang ingin dibuat (pastikan amaun adalah tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar)
  7. Sahkan transaksi/pembayaran
  8. Simpan slip sebagai rujukan

3. Pembayaran  Di Mesin CDM Bank Islam

  1. Pilih urusniaga Yuran IPT/Bill Presentment
  2. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) pelajar
  3. Pilih jenis bayaran yang ingin dibuat (pastikan amaun adalah tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar)
  4. Masukkan duit ke dalam slot mesin CDM tersebut
  5. Sahkan transaksi/pembayaran
  6. Simpan slip sebagai rujukan

4. Pembayaran Di Kaunter Bank Islam

Pelajar juga boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan Bank Islam dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:

pembayaran yuran politeknik melalui bank islam

    1. Nama Pelajar
    2. Nombor akaun pelajar
    3. Amaun yuran
  1. Bayar kepada: KOPERASI-HEP (Politeknik Pelajar)
  2. Jenis Bayaran: BAYARAN PELBAGAI
  3. No. MyKad Pelajar

Maklumat Penting

  1. Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di BIMB. Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.
  2. Semua pelajar hendaklah menyemak nombor akaun dan jumlah pembayaran selepas membuat bayaran. Sebarang kesilapan perlu dilaporkan ke Bank Islam dengan SEGERA.
  3. Pelajar dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan

Semoga perkongsian panduan cara membuat pembayaran yuran ini dapat membantu memudahkan urusan pelajar. Pembayaran yuran dapat membantu pelajar dalam melancarkan segala urusan sepanjang pengajian masing-masing.

Tinggalkan Balasan