Cara Beli Pin UPU Di BSN (Bank Simpanan Nasional)

Cara Membeli Nombor Pin Unik ID UPU 2025. Umum sedia maklum yang Permohonan UPU 2025 secara online untuk kemasukan ke UA (IPTA), Politeknik dan ILKA akan dibuka. Berikut dikongsikan Cara Beli Pin UPU Di BSN (Bank Simpanan Nasional) buat rujukan pemohon. Pembelian Nombor Pin Unik ID UPU  untuk sesi tahun ini di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia adalah diperlukan dan permohonan boleh dibuat terus oleh pemohon di laman web upu.mohe.gov.my.

Harga Nombor Unik ID UPU sebelum ini adalah RM10.60. Permohonan untuk memasuki Universiti Awam, Poli, Kolej Komuniti dan Pendidikan Tinggi MARA untuk sesi akademik 2025/ 2026 bagi lepasan SPM adalah bermula 10 Februari 2025 hingga 18 Mei 2025 dan STPM/ setaraf akan dibuka bermula dari tarikh yang sama.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN

Untuk perhatian pemohon, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

  1. Pembelian mulai 9 Februari sehingga 18 Mei 2025
  2. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun myBSN
  3. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja
  4. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian
  5. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.
  6. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
  7. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  8. Senarai semak permohonan boleh dirujuk di perbandingan mengikut lepasan

pin upu

Senarai Program Pengajian Untuk Pembelian Pin UPU

Berikut adalah senarai program pengajian melalui application UPU yang memerlukan pelajar untuk membeli Pin unik ID UPU.

  1. Program Lepasan SPM/ setaraf
  2. Program Lepasan STPM/ setaraf
  3. Sarjana Muda Politeknik
  4. Pensijilan Kemahiran Malaysia

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX

Cara Beli Pin UPU Di BSN

Berikut dikongsikan cara-cara dalam membuat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.

2. ATM (Automated Teller Machine) : Cara Beli Pin UPU

Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jjika pemohon tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah lain iaitu membuat pembelian. Langkah pembelian PIN UPU adalah seperti berikut :-

  • 1. Masukkan kad ATM dan nombor pin
  • 2. Pilih Urusan : “Beli Pin”

Cara Beli Pin UPU Di BSN

  • 3. Pilih Jenis Permohonan : “IPTA”.
  • 4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain

Cara Beli Pin UPU Di BSN

  • 5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  • 6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.

Cara Beli Pin UPU Di BSN

  • 7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

3. Perbankan SMS – Cara Beli Pin UPU

Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Anda boleh mendaftar di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau ATM (Automated Teller Machine). Juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN

Berikut adalah langkah atau cara untuk mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM :

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2. Masukkan nombor pin dan pilih “Urusan Lain”.
  3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4. Masukkan nombor telefon bimbit
  5. Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi
  7. Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli nombor PIN unik UPU melalui SMS.

Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan hantar ke 36898.

  • Contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
  • *M-PIN adalah nombor PIN kad Matrix BSN

4. Perbankan Internet – myBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun
  2. Klik “Pin Purchase”
  3. Pilih Organization “UPU”
  4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap

Jenis Pembelian PIN Di BSN

Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, pin unik ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut :-

  1. Program Matrikulasi KPM
  2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM.selain melalui UPU
  3. Permohonan USM selain melalui UPU (seperti Diploma Kejururawatan, Saluran ALternatif, Program Pesisir dan sebagainya)
  4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  5. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
  6. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan sebagainya)
  7. Permohonan Pinjaman PTPTN

Semoga perkongsian panduan cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU di BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/ IPTA melalui UPU. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dihajati.

Tinggalkan Balasan