Perhatian kepada calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira pointer berdasarkan keputusan peperiksaan penggal STPM dan kerja kursus anda? Sekiranya tidak, berikut akan dikongsikan cara kira pointer STPM yang terkini untuk rujukan semua terutamanya pelajar-pelajar STPM.
STPM menggunakan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam menentukan keputusan keseluruhan STPM. Bermula pada tahun 2012, titik PNGK untuk setiap subjek telah dikenali sebagai Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Maka, calon-calon perlu tahu cara pengiraan keputusan STPM terkini supaya anda boleh menyusun strategi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Seterusnya, melayakkan diri untuk memohon kemasukan ke universiti dalam negara mahupun luar negara.
Cara Pengiraan Pointer Keputusan STPM Baharu
Di bawah dikongsikan maklumat seperti gred pemarkahan STPM, nilai wajaran dan pointer STPM terkini yang menentukan pengiraan akhir keputusan. Pelajar boleh merujuk contoh Cara Kira Pointer STPM terkini di bawah bagi menentukan keputusan keseluruhan STPM anda.
1. Gred Markah STPM
Gred Mata Pelajaran, gred mata pelajaran dan NGMP yang dinyatakan dalam slip keputusan adalah seperti dalam jadual berikut :-
Nilai gred mata pelajaran (NGMP) adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.
Penentuan nilai gred mata pelajaran adalah berdasarkan jumlah markah terbaik bagi kertas Semester 1 atau Ulangan 1, kertas Semester 2 atau Ulangan 2, kertas Semester 3, dan kerja kursus (jika berkaitan) bagi mata pelajaran berkenaan.
Bagi Gred mata pelajaran, Gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh. Manakala gred D hingga C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian. Dan gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal.
Gred Markah STPM | |||
Gred Mata Pelajaran | Gred Mata Pelajaran | NGMP | Tahap Pencapaian |
A | A | 4.00 | Lulus Penuh |
A- | A- | 3.67 | Lulus Penuh |
B+ | B+ | 3.33 | Lulus Penuh |
B | B | 3.00 | Lulus Penuh |
B- | B- | 2.67 | Lulus Penuh |
C+ | C+ | 2.33 | Lulus Penuh |
C | C | 2.00 | Lulus Penuh |
C- | C- | 1.67 | Lulus Sebahagian |
D+ | D+ | 1.33 | Lulus Sebahagian |
D | D | 1.00 | Lulus Sebahagian |
F | F | 0.00 | Gagal |
2) Nilai Wajaran Setiap Subjek STPM (Cara kira pointer STPM)
Pelajar boleh merujuk nilai di bawah untuk membuat pengiraan pointer masing-masing mengikut subjek yang diambil. Berikut dikongsikan nilai wajaran bagi setiap subjek untuk panduan semua dalam cara kira pointer STPM:
3) Penentuan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) : Cara kira pointer STPM
Untuk melakukan pengiraan pointer STPM, nilai wajaran setiap subjek adalah berbeza. Maka, berikut adalah contoh nilai pengiraan mengikut subjek Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah dan Sejarah:
Berikut adalah contoh pengiraan pointer STPM baharu untuk rujukan pelajar :-
a) Cara Pengiraan NGMP Pengajian Am : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru | |||
Gred | Kertas / Gred | Wajaran (%) | Nilai |
A | Pengajian Am 1 : 4.0 | 29 | 1.16 |
B | Pengajian Am 2 : 3.0 | 22 | 0.66 |
A | Pengajian Am 3 : 4.0 | 29 | 1.16 |
A | Pengajian Am 4 (KK) : 4.0 | 20 | 0.8 |
3.78 |
i) Pengiraan Pengajian AM
Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti contoh di bawah:
- 1.16+0.66+1.16+0.8= 3.78
- kemudian, rujuk kepada julat begi gred mata pelajaran. 3.78 adalah dalam linkungan 3.67 sehingga 4.00. Maka gred matapelajaran pengajian am adalah A- dan NGMP: 3.67
- Gred matapelajaran Pengajian Am : A-
- NGMP : 3.67
b) Cara Pengiraan Bahasa Arab : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru | |||
Gred | Kertas / Gred | Wajaran (%) | Nilai |
A | Bahasa Arab 1 : 4.0 | 28 | 1.12 |
A | Bahasa Arab 2 : 4.0 | 28 | 1.12 |
A- | Bahasa Arab 3 : 3.67 | 20 | 0.73 |
C | Ujian Lisan : 2.0 | 12 | 0.24 |
A | Kerja Kursus : 4.0 | 12 | 0.48 |
3.69 |
ii) Pengiraan Bahasa Arab
Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai
- 1.12 + 1.12 + 0.73 + 0.24 + 0.48 = 3.69
- 3.69 dalam lingkungan 3.67 sehingga 4.00.
- Gred matapelajaran Bahasa Arab : A-
- NGMP : 3.67
c) Cara Pengiraan Syariah : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru | |||
Gred | Kertas / Gred | Wajaran (%) | Nilai |
A- | Syariah 1 : 3.67 | 26.67 | 0.98 |
A- | Syariah 2 : 3.67 | 26.67 | 0.98 |
B+ | Syariah 3 : 3.33 | 26.67 | 0.89 |
A | Kerja Kursus : 4.0 | 20 | 0.8 |
3.65 |
iii) Pengiraan Syariah
Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai
- 0.98 + 0.98 + 0.89 + 0.80 = 3.65
- 3.65 dalam lingkungan 3.33 sehingga 3.67.
- Gred matapelajaran Syariah : B+
- NGMP : 3.33
d) Cara Pengiraan Sejarah : Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru | |||
Gred | Kertas / Gred | Wajaran (%) | Nilai |
A- | Sejarah 1 : 3.67 | 29 | 1.06 |
B | Sejarah 2 : 3.00 | 22 | 0.66 |
A | Sejarah 3 : 4.00 | 29 | 1.16 |
A | Kerja Kursus : 4.00 | 20 | 0.8 |
3.68 |
iv) Pengiraan Sejarah
- Buat perkiraan seperti di atas. Kemudian tambah nilai
- 1.06 + 0.66 + 1.16 + 0.8 = 3.68
- 3.68 dalam lingkungan 3.67 sehingga 4.00.
- Gred matapelajaran Sejarah : A-
- NGMP : 3.67
Kiraan Akhir Jumlah Keseluruhan Pointer STPM (PNGK)
PNGK pelajar di kira berdasarkan empat matapelajaran terbaik yang diambil oleh calon sahaja.(Sekiranya Pelajar mengambil 5 Subjek maka 4 subjek terbaik termasuk Pengajian Am di ambil kira untuk mendapatkan PNGK individu pelajar)
Berikut adalah formula pengiraan jumlah keseluruhan pointer untuk peperiksaan STPM:
Jumlah NGMP ÷ 4 = PNGK
- Contoh : (Pengajian Am) 3.67 + (Bahasa Arab) 3.67 + (Syariah) 3.33 + (Sejarah) 3.67 = 14.34÷ 4 = 3.58
Maka contoh keputusan peperiksaan STPM yang dikongsikan di atas adalah 3.58
NOTA : PNGK tidak akan tertera sekiranya:
- (a) Gred mata pelajaran Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z
- (b) Gred mata pelajaran bagi mana-mana tiga mata pelajaran lain selain Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z (Jika calon daftar 4 mata pelajaran)
Info Lanjut Cara Kira Pointer STPM
SUMBER Peraturan & Skema Peperiksaan STPM 2020
Disclaimer : Sebarang kesilapan atau perkara yang tidak diduga dalam pengiraan adalah berada di bawah tanggungjawab anda sendiri
Semoga panduan cara kira pointer STPM terkini ini boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjelang.