Umum mengetahui bahawa calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Malaysia wajib menduduki peperiksaan MUET (Malaysia University English Test). Selesai menduduki peperiksaan tersebut dan lulus, calon akan mendapat slip keputusan dan memperoleh sekeping sijil. Namun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana sekiranya sijil MUET dan slip keputusan tersebut hilang? Apakah cara mohon semula Sijil MUET untuk mendapatkan semula sijil dan slip tersebut?
Jawapannya YA. Calon yang menghadapi masalah kehilangan sijil dan slip keputusan MUET boleh membuat permohonan untuk memperoleh salinan sijil yang sah dengan membuat permohonan
Cara Mohon Semula Sijil MUET dan Slip Keputusan Yang Hilang
Sekiranya anda kehilangan sijil MUET, usah risau kerana masih ada peluang untuk anda mendapatkannya semula.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Mohon Semula Sijil MUET dan Slip Keputusan MUET Yang Hilang buat rujukan semua:
Cara Mohon Semula Sijil MUET
- Salinan sijil MUET merupakan salinan kepada Sijil MUET yang asal.
- Calon bagi ujian sesi November 2013 ke atas sahaja yang layak membuat permohonan salinan sijil MUET
- Lengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2)
- Hantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) beserta bayaran sebanyak RM40.00 sebagai cas perkhidmatan
- Dapatkan borang permohonan di sini: MUET/S2.
Cara Mohon Semula Slip Keputusan MUET
1.Slip Keputusan MUET adalah suatu dokumen penyata yang sah. Ia mengandungi:
- Nama
- Nombor kad pengenalan
- Sesi ujian
- Angka giliran
- Keputusan MUET
- Tarikh luput.
2. Permohonan Slip Keputusan MUET boleh dilakukan oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi.
3. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3). Hantarkannya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) beserta bayaran mengikut permohonan:
- RM20.00 untuk permohonan kali pertama
- RM30.00 untuk permohonan kali kedua
- RM50.00 untuk permohonan kali ketiga
4. Dapatkan borang permohonan di pautan ini: MUET/S3.
Tempoh Penerimaan Sijil/Slip Keputusan MUET
- Sekiranya calon membuat permohonan melalui pos, salinan Sijil MUET/Slip Keputusan MUET akan dipos dua hari selepas MPM menerima permohonan yang lengkap
- Bagi calon yang membuat permohonan di kaunter MPM, mereka akan menerima salinan Sijil MUET/Slip Keputusan MUET dalam tempoh setengah jam setelah kaunter menerima permohonan yang lengkap.
Peringatan Permohonan Semula Sijil MUET
1.Calon bagi ujian sesi November 2013 ke atas sahaja yang layak membuat permohonan salinan sijil MUET
2. Jika anda membuat permohonan melalui perkhidmatan pos, sediakan duit pos/kiriman wang/bank draft sebanyak RM40.00. Letakkannya atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Wang tersebut bertujuan sebagai caj perkhidmatan
3. Buat calon yang hendak berurusan di kaunter, datang ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Melalui cara ini, calon boleh membuat bayaran secara tunai
4. Jika ada, sertakan salinan sijil MUET yang asal
5. Sertakan sekali salinan kad pengenalan (IC) calon yang baru dan telah disahkan. Sekiranya calon menghantar wakil ke MPM, sediakan salinan kad pengenalannya
6. Bagi permohonan melalui pos, sediakan sampul surat berukuran 32.4cm x 23cm yang ditulis dengan alamat sendiri dan ditampal dengan setem RM2.00. Sertakan kod bar Posdaftar dalam negeri yang berharga RM2.20
7. Seandainya butiran yang diberi didapati tidak benar, maka salinan sijil tidak akan dihasilkan
8. Pihak MPM tidak akan menanggung sekiranya pemohon tidak menerima salinan sijil disebabkan:
- Kehilangan sewaktu dihantar melalui pos.
- Penghantaran tidak tiba ke alamat pemohon.
9. Hantar permohonan kepada alamat berikut:
- Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
10. Pemohon hendaklah menyediakan semua perkara di atas. Sekiranya gagal berbuat demikian, permohonan akan dianggap sebagai tidak lengkap.
Peringatan Permohonan Semula Slip Keputusan MUET
1.Jika anda membuat permohonan melalui perkhidmatan pos, sediakan duit pos/kiriman wang/bank draft sebanyak RM20.00 untuk permohonan kali pertama, RM30.00 untuk permohonan kali kedua, dan RM50.00 untuk permohonan kali ketiga. Letakkannya atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Wang tersebut bertujuan sebagai caj perkhidmatan
2. Buat calon yang hendak berurusan di kaunter, datang ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Melalui cara ini, calon boleh membuat bayaran secara tunai
3. Jika ada, sertakan salinan sijil MUET yang asal
4. Sertakan sekali salinan kad pengenalan (IC) calon yang baru dan telah disahkan. Sekiranya calon menghantar wakil ke MPM, sediakan salinan kad pengenalannya
5. Bagi permohonan melalui pos, sediakan sampul surat berukuran 32.4cm x 23cm yang ditulis dengan alamat sendiri dan ditampal dengan setem RM2.00. Sertakan kod bar Posdaftar dalam negeri yang berharga RM2.20
6. MPM cuma mengeluarkan penyata keputuan peperiksaan yang sah, bukan slip baharu. Seandainya butiran yang diberi didapati tidak benar, maka salinan sijil tidak akan dihasilkan.
7. Pihak MPM tidak akan menanggung sekiranya pemohon tidak menerima salinan sijil disebabkan:
- Kehilangan sewaktu dihantar melalui pos.
- Penghantaran tidak tiba ke alamat pemohon.
8. Hantar permohonan kepada alamat berikut:
- Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
9.Pemohon hendaklah menyediakan semua perkara di atas. Sekiranya gagal berbuat demikian, permohonan akan dianggap sebagai tidak lengkap.
Nota:
Buat makluman semua, bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013. Manakala keputusan yang keluar mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah lima (5) tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Semoga panduan berkaitan Cara Mohon Semula Sijil MUET dan Slip Keputusan Yang Hilang yang diberikan berguna buat semua. Selamat membuat permohonan di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).