Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah (8 & 20 Rakaat)

Apabila tiba bulan Ramadhan, selain amalan wajib berpuasa di siang hari, umat Islam turut disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Tarawih pada malam harinya. Orang ramai digalakkan Solat Terawih diadakan di surau dan masjid serta masih boleh melakukannya secara sendirian atau berjemaah dengan menghidupkan malam bersama ahli keluarga di rumah. Berikut adalah panduan Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah iaitu sebanyak 8 rakaat ataupun 20 Rakaat.

Solat Sunat Tarawih adalah ibadah sunat yang dikhususkan pada bulan Ramadhan sahaja. Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada setiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Kebiasaannya di surau dan masjid akan dilaksanakan sebaik sahaja selepas Solat Fardu Isyak. Namun waktu Solat Sunat Tarawih sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh selepas Solat Fardhu Isyak (4 rakaat/ empat rakaat) hingga sebelum Solat Subuh (2 rakaat).

Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah Rakaat

Panduan Mengerjakan Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Dan Solat Witir

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

Solat Terawih boleh dilakukan dalam keadaan tenang sama ada sebanyak lapan (8) rakaat mahupun dua puluh (20) rakaat. Ketika zaman Rasulullah SAW, ianya dilaksanakan dengan 8 rakaat agar tidak menimbulkan suatu keberatan. Namun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khatab RA, beliau mengerjakan Solat Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Ini kerana beliau berpendapat bahawa orang Islam ketika itu tidak keberatan lagi untuk menunaikan solat sebanyak itu. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan Solat Terawih secara Bersendirian Dan Berjemaah (jumlah rakaat yang perlu dilakukan 8 atau 20 Rakaat)

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Berdasarkan Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdapat sebuah hadis yang menjelaskan kelebihan Solat Sunat Tarawih iaitu seperti berikut:

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lafaz Niat Solat Tarawih

Niat solat secara bersendirian adalah seperti berikut:

Niat Tarawih - cara solat tarawih

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat solat secara berjemaah adalah seperti berikut:

Niat Tarawih Imam Makmum - cara solat tarawih

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Taala”

Kaedah cara solat tarawih

Mestilah ditunaikan sebanyak dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram. Seterusnya lakukan lagi kemudiannya sehingga cukup genap rakaat yang dikehendaki sama ada 8 atau 20 rakaat. Ianya boleh dilaksanakan sepanjang malam dan tidak semestinya dihabiskan secara berturut-turut malah ada yang selang selikan dengan amalan lain seperti berselawat dan berdoa.

Rukun Solat

Rukun Solat Sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardu dan solat sunat yang lain juga. Bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih yang lazimnya dibaca bukanlah rukun atau syarat. Ia dibuat demi untuk mengambil peluang bagi memperbanyakkan selawat, zikir dan doa di bulan Ramadan yang mulia ini. 

Pemilihan Bacaan Surah

Cara untuk pemilihan surah : Setelah membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat, tiada penetapaan khas bagi bacaan ayat atau surah daripada Al-Quran. Bacaan surah pendek atau panjang mahupun berulang-ulang tidaklah ditentukan tetapi yang penting adalah bacaan yang betul. Namun berikut adalah antara cadangan pemilihan surah bagi panduan umum. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, lazimnya surah berikut menjadi pilihan:

Bacaan Surah - cara solat tarawih

Mulai malam ke-16 Ramadhan hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada setiap rakaat pertama dibaca Surah Al-Qadr. Pada rakaat kedua pula dibaca surah yang seperti dibaca pada rakaat pertama untuk malam 1 hingga 15 ramadhan (mulai Surah At-Takathur hingga Surah Al-Lahab)

Surah Al Qadr

Setelah melaksanakan Solat, ianya diikuti pula dengan Solat Witir sebanyak tiga rakaat. Solat Witir boleh dilakukan secara berjemaah mahupun sendirian.

Panduan Solat Witir

Kaedah Solat Witir

Solat Witir boleh dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam iaitu 2 rakaat pada solat pertama dan 1 rakaat pada solat yang kedua.

Lafaz Niat Solat Witir

Niat Solat Witir dua rakaat adalah seperti berikut:

niat solat witir rakaat

“Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Witir satu rakaat adalah seperti berikut:

witir rakaat

“Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala”

Rukun Solat Witir

Rukun Solat Witir adalah sama seperti rukun solat fardu dan solat sunat yang lain juga.

Pemilihan Bacaan Surah

Setelah membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat, tiada pengkhususan surah untuk dibaca tetapi cadangan pemilihan bacaan suarah adalah seperti berikut:

Rakaat pertama : Surah Al-A’la

Rakaat kedua : Surah Al-Kafirun

Rakaat terakhir : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Surah Al AlaSurah Al KafirunSurah Al Ikhlas - cara solat tarawihSurah Al FalaqSurah An Nas

Bermula malam ke-16 Ramadhan, kita disunatkan membaca Doa Qunut dalam rakaat terakhir Solat Witir. Bacaan lafaz Doa Qunut adalah sama seperti Doa Qunut. Namun sekiranya tidak membaca Doa Qunut disunatkan sujud sahwi. Berikut adalah lafaz bacaan Doa Qunut.

Doa Qunut

Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah

Berikut adalah kedudukan bagi imam dan makmum ketika solat berjemaah yang disediakan oleh JAKIM

Kedudukan Imam dan Makmum Solat Jemaah

Sumber Cara Solat Tarawih Dan Amalan Di Bulan Ramadhan

JAKIM

JABATAN MUFTI JOHOR

Semoga perkongsian panduan cara solat tarawih Bersendirian Dan Berjemaah (8 & 20 Rakaat) yang disertakan dapat memberi manfaat untuk anda. Diharap agar semua umat Islam dapat beristiqamah dalam mengerjakan amalan wajib dan sunat. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan meredhai kita semua.

Rel – berjemaah di masjid surau atau di rumah, 2 rakaat kedua surah al kafirun, solat sunat terawih, bilangan rakaat solat sunat tarawih, nabi muhammad keluarga sahabat baginda dan keberkatan, bahawa rasulullah saw adalah 11 rakaat, surah al takathur, surah al fatihah, lafaz niat solat sunat tarawih, 2 rakaat demi 2 rakaat, secara berjemaah di masjid,

Tinggalkan Balasan