Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja (Tips & Format)

Resume yang berkualiti adalah kunci utama untuk menarik perhatian majikan dan mendapatkan panggilan temuduga. Ia adalah dokumen yang memberikan gambaran pertama tentang diri anda kepada majikan. Oleh itu, adalah penting untuk menghasilkan resume yang terbaik dan profesional. Berikut dikongsikan Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja beserta Tips & Format untuk menulis serta beberapa contoh langkah atau cara terbaik untuk memohon kerja.

Resume adalah dokumen ringkas yang meringkaskan maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja, kemahiran, dan pencapaian seseorang. Ia bertujuan untuk mempromosikan diri kepada majikan bagi mendapatkan pekerjaan yang diingini. Resume yang baik perlu jelas, padat, dan teratur agar mudah dibaca oleh majikan.

Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja tips dan format

Contoh Resume & Template Untuk Mohon Kerja (Tips & Format)

Tips dan format di bawah dikongsikan untuk menghasilkan resume yang berkesan boleh dijadikan panduan untuk semua.

Perbezaan Resume Dan CV

Apakah perbezaan antara resume dan curriculum vitae (CV)? Terdapat beberapa perbezaan utama, seperti jumlah muka surat, kandungan dan kegunaannya. Namun, kedua-duanya adalah bertujuan untuk memohon pekerjaan.

Apakah itu resume?

Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

Apakah itu CV?

Curriculum vitae (CV) bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. Kebiasaannya, CV merangkumi 2 atau 3 muka surat. Antara aspek yang perlu ditekankan dalam CV ialah nama, maklumat untuk dihubungi (contoh: emel, no. telefon), latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman. Selain itu, CV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat yang berkaitan. SUMBER

Tips Menulis Resume Terbaik

1. Gunakan Format yang Profesional:

Pilih format resume yang kemas dan mudah dibaca. Gunakan fon yang standard seperti Arial atau Times New Roman dengan saiz 10-12. Pastikan setiap bahagian diatur dengan baik dan gunakan bullet points untuk memudahkan pembacaan.

2. Nyatakan Maklumat Peribadi dengan Jelas:

Maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, dan alamat emel perlu diletakkan di bahagian atas resume. Pastikan maklumat ini adalah yang terkini dan mudah dihubungi.

3. Tulis Objektif Kerjaya yang Spesifik:

Objektif kerjaya perlu jelas dan relevan dengan jawatan yang dimohon. Nyatakan secara ringkas matlamat kerjaya anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat.

4. Sertakan Kelayakan Akademik:

Nyatakan kelayakan akademik anda bermula dari yang terkini hingga yang terdahulu. Sertakan nama institusi, jurusan, dan tahun tamat pengajian. Jika anda mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, nyatakan juga di sini.

5. Pengalaman Kerja yang Relevan:

Pengalaman kerja perlu disusun mengikut urutan masa bermula dari yang terkini. Nyatakan nama syarikat, jawatan, tempoh bekerja, dan tanggungjawab utama. Jika anda mempunyai pencapaian khusus dalam setiap jawatan, nyatakan juga untuk menunjukkan kemampuan anda.

6. Kemahiran yang Berkaitan:

Sertakan kemahiran yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada kemahiran teknikal (seperti penguasaan perisian komputer) dan kemahiran insaniah (seperti komunikasi dan kepimpinan).

7. Pencapaian dan Anugerah:

Jika anda mempunyai pencapaian atau anugerah yang berkaitan dengan bidang kerja, nyatakan di sini. Ini akan menambah nilai kepada resume anda.

8. Aktiviti Kokurikulum dan Sukarelawan:

Sertakan aktiviti kokurikulum dan kerja sukarelawan yang pernah anda lakukan. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang aktif dan mempunyai nilai tambah selain daripada kelayakan akademik.

9. Maklumat Rujukan:

Nyatakan dua atau tiga rujukan yang boleh dihubungi oleh majikan untuk mengesahkan maklumat anda. Pastikan anda mendapat kebenaran daripada individu tersebut sebelum meletakkan nama mereka sebagai rujukan.

10. Periksa dan Sunting Resume Anda:

Sebelum menghantar resume, pastikan anda memeriksa ejaan, tatabahasa, dan format dokumen. Resume yang bebas daripada kesalahan akan kelihatan lebih profesional.

11. Gunakan Gambar Yang Profesional

Jika anda ingin meletakkan gambar di dalam resume, pastikan gambar yang digunakan adalah gambar professional seperti gambar passort. Latar belakang berwarna putih atau biru adalah pilihan yang baik

12. Resume Hanya Satu Muka Surat Sahaja

Pastikan resume anda satu muka surat sahaja kerana resume yang ringkas tetapi padat akan menarik minat majikan. Anda perlu memastikan resume anda berfokus kepada objektif jawatan yang ingin dimohon dan menepati kehendak syarikat.

Format Resume Terbaik

Resume yang baik perlu mengandungi beberapa bahagian penting yang disusun dengan teratur. Berikut adalah format resume yang disyorkan:

1. Maklumat Peribadi

  • Nama penuh
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Profil LinkedIn (jika ada)

2. Objektif Kerjaya

Nyatakan matlamat kerjaya anda secara ringkas dan relevan.

3. Kelayakan Akademik

Senaraikan kelayakan akademik bermula dari yang terkini.
Nama institusi, jurusan, dan tahun tamat pengajian.

4. Pengalaman Kerja

  • Nyatakan pengalaman kerja bermula dari yang terkini.
  • Nama syarikat, jawatan, tempoh bekerja, dan tanggungjawab utama.
  • Pencapaian khusus dalam setiap jawatan.

5. Kemahiran

Sertakan kemahiran teknikal dan insaniah yang relevan dengan jawatan yang dipohon.

6. Pencapaian dan Anugerah

Senaraikan pencapaian dan anugerah yang berkaitan.

7. Aktiviti Kokurikulum dan Sukarelawan

Nyatakan aktiviti kokurikulum dan kerja sukarelawan yang pernah dilakukan.

8. Maklumat Rujukan

Nyatakan dua atau tiga rujukan yang boleh dihubungi.

Contoh Resume Terbaik

Berikut adalah beberapa contoh CV yang boleh dijadikan panduan:

Contoh 1

Nama: Ahmad bin Hassan

Alamat: No. 15, Jalan Teratai, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon: 012-3456789

Alamat Emel: ahmad.hassan@gmail.com

Profil LinkedIn: linkedin.com/in/ahmadhassan

Objektif Kerjaya:

Untuk mendapatkan jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran di syarikat XYZ, di mana saya boleh memanfaatkan kemahiran pemasaran digital dan pengalaman saya untuk meningkatkan strategi pemasaran syarikat dan mencapai matlamat jualan yang ditetapkan.

Kelayakan Akademik:

Sarjana Muda Pemasaran,

  • Universiti Malaya, 2020
  • CGPA: 3.75
  • Anugerah Dekan 2018, 2019

Diploma Perniagaan,

  • Kolej Matrikulasi Selangor, 2017
  • CGPA: 3.85

Pengalaman Kerja:

Eksekutif Pemasaran, Syarikat ABC, Kuala Lumpur (2021 – Kini)

  • Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital.
  • Meningkatkan penglibatan media sosial syarikat sebanyak 30%.
  • Menguruskan bajet pemasaran dan memantau prestasi kempen melalui analitik.

Pembantu Pemasaran, Syarikat DEF, Selangor (2019 – 2020)

  • Membantu dalam penyediaan bahan pemasaran dan pengurusan acara.
  • Menjalankan kajian pasaran dan analisis pesaing.
  • Menyumbang kepada peningkatan jualan sebanyak 20% dalam tempoh enam bulan.

Kemahiran:

Kemahiran Teknikal:

  • Penguasaan dalam Google Analytics, SEO, dan SEM.
  • Proficient in Microsoft Office Suite (Word, Excel, PowerPoint).
  • Adobe Photoshop dan Illustrator.

Kemahiran Insaniah:

  • Kemahiran komunikasi yang baik.
  • Berkepimpinan dan pengurusan masa yang baik.
  • Penyelesaian masalah yang baik dan mempunyai pemikiran yang kritis.

Pencapaian dan Anugerah:

  • Anugerah Pekerja Terbaik, Syarikat ABC, 2022.
  • Pemenang Pertandingan Pemasaran Digital Peringkat Kebangsaan, 2019.

Aktiviti Kokurikulum dan Sukarelawan:

  • Ketua Pasukan Pemasaran, Persatuan Pemasaran Universiti Malaya (2018 – 2019).
  • Sukarelawan, Program Bantuan Makanan Komuniti Kuala Lumpur (2020 – Kini).

Maklumat Rujukan:

1. Encik Muhammad bin Ali
Pengurus Pemasaran, Syarikat ABC
muhammad.ali@abc.com
03-12345678

2. Puan Zainab binti Ahmad
Pensyarah Kanan, Universiti Malaya
zainab.ahmad@um.edu.my
03-98765432

Contoh Template Resume 2

cv terbaik

Contoh 3

cv terbaik mohon kerja

Contoh 4

cara buat cv

Online Resume Generator/ Builder

Kini semuanya semakin mudah dan pantas. Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan yang dipanggil “Resume Generator”. Para pemohon kerja hanya perlu memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan mengenai diri anda, informasi akademik dan lain-lain lagi.

Kemudiannya, laman web tersebut akan menyusun atur resume anda di mana anda boleh dimuat turun serta digunakan untuk memohon pekerjaan.

Diantara laman web yang menyediakan kemudahan ini samada secara percuma atau berbayar adalah :

  1. Resume Genius
  2. NovoResume
  3. Zety
  4. Canva

Semoga perkongsian Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja (Tips & Format) membantu semua. Resume yang berkualiti adalah kunci untuk membuka pintu kepada peluang pekerjaan. Dengan mengikuti tips dan format yang betul, anda boleh menghasilkan resume yang mampu menarik perhatian majikan dan meningkatkan peluang anda untuk dipanggil temuduga. Pastikan resume anda sentiasa dikemas kini dan disesuaikan dengan setiap jawatan yang dipohon.

Rel : membina resume, bahasa inggeris, cover letter, mempunyai pengalaman, lepasan spm,

Tinggalkan Balasan