Perhatian kepada para pelajar yang ingin memohon untuk menyambung pelajaran ke sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah agama. Anda dikehendaki untuk menduduki satu ujian penilaian sebelum melayakkan diri untuk mendapatkan tempat di sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ujian tersebut dinamakan sebagai Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK). Oleh itu, berikut dikongsikan Contoh Soalan PKSK & Jawapan untuk panduan semua.
Disebabkan penempatan yang terhad, KPM perlu menjalankan penilaian dan memilih calon yang betul-betul layak untuk diterima masuk ke sekolah khusus. Pentaksiran ini akan menilai pelbagai aspek termasuk akademik, potensi diri dan kesediaan pelajar untuk menghadapi cabaran di sekolah khusus. Maka, persediaan yang baik akan membantu melancarkan proses application para pelajar untuk masuk ke sekolah idaman masing-masing.
Contoh Soalan PKSK Setiap Bahagian Dan Jawapan
Selain informasi mengenai PKSK, anda juga boleh melihat format, contoh soalan beserta jawapan dan tarikh pelaksanaan PKSK mengikut makluman KPM.
Apa itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ?
KPM telah memperkenalkan satu sistem pendaftaran single entry point secara dalam talian pada tahun 2020 bagi sekolah-sekolah khusus iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Maka, pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di sekolah-sekolah khusus di atas perlu memohon secara online dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus pada tarikh yang ditetapkan.
Tarikh Pelaksanaan PKSK
Berikut adalah tarikh pelaksanaan PKSK bagi ambilan tahun 2025 seperti yang dimaklumkan oleh KPM:-
Tingkatan 1
- Tarikh Mula : 7 Oktober 2024
- Tarikh Tamat : 17 Oktober 2024
Tingkatan 4
- Tarikh Mula : 23 September 2024
- Tarikh Tamat : 3 Oktober 2024
Anda juga boleh merujuk jadual pelaksanaan PKSK yang diadakan mengikut sesi-sesi seperti berikut :-
Format PKSK
Sebelum menduduki pentaksiran, pelajar perlu mengetahui terlebih dahulu format yang digunakan oleh KPM. Pentaksiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:
Bahagian A menguji kecerdasan insaniah
- Jumlah markah adalah 20%
- Terdiri daripada 30 soalan objektif
- Soalan merangkumi EQ, SQ dan SSQ
- Tiada jawapan betul atau salah
- Mengenal pasti karakter murid
Bahagian B pula untuk menguji kecerdasan intelek (IQ)
- Jumlah markah adalah 70%
- Terdiri daripada 70 soalan berbentuk objektif
- Soalan merangkumi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah
- Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris, dan juga terdapat seoalan matematik dan sains yang bersifat kualitatif dan kuantitatif
- Pelajar diberikan sebanyak 90 minit
- Mengukur tahap kognitif pelajar
Bahagian C adalah pentaksiran untuk Artikulasi Penulisan
- Jumlah markah adalah 10%
- Calon perlu memilih satu daripada tiga tajuk karangan Bahasa Melayu
- Pelajar diberikan sebanyak 45 minit
- Menguji pendapat dan idea calon
Penjelasan lanjut maksud IQ, EQ, SQ dan SSQ:
- Intellectual Quotient (IQ): Kecerdasan bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik)
- Emotional Intelligence (EQ): Kecerdasan emosi bagi mengenalpasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi ke arah yang lebih positif
- Spiritual Quotient (SQ): Kecerdasan bagi mengukur kemampuan rohani calun iaitu kepercayaan agama, moral dan akhlak
- Social Skills Quotient (SSQ): Kecerdasan untuk mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
Contoh Soalan PKSK
Bahagian A
Di bawah adalah contoh soalan serta jawapan Bahagian A PKSK untuk rujukan calon. Anda dinasihatkan untuk memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam menjawab soalan (SQ, EQ dan SSQ)
1. Apakah yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan penjaga asrama untuk kali pertama?
Memperkenalkan diri dengan sopan, menghulurkan tangan dan bersalaman
2. Apa yang perlu dilakukan oleh bapa?
Mengambil tanggungjawab dalam keluarga, menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
3. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, apa yang akan anda lakukan?
Cuba menyesuaikan diri, berbincang dengan warden atau kaunselor sekolah, atau meminta nasihat daripada ibu bapa
4. Kalau rindu ibu bapa, apa yang perlu dibuat?
Menelefon atau menghantar pesanan kepada mereka, menulis surat, atau merancang untuk pulang ke rumah
5. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa yang akan kamu lakukan?
Membantu menghidangkan makanan, menyediakan pinggan dan cawan, menyenduk nasi, membaca doa, dan membersihkan meja makan selepas makan
6. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulang kaji?
Menyediakan jadual belajar, mengumpul bahan rujukan, menyediakan tempat belajar yang selesa
7. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa yang perlu dibuat?
Mengaku kesalahan, meminta maaf, dan menawarkan untuk membayar ganti rugi
8. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun mengoyakkannya. Apakah tindakan anda?
Bersabar, jelaskan kepada adik bahawa perbuatan itu salah, dan buat semula kerja tersebut
9. Jika kamu dibuli di asrama, apa yang perlu kamu lakukan?
Laporkan kepada warden asrama atau guru, beritahu ibu bapa, dan cuba dapatkan sokongan daripada rakan-rakan
10. Anda telah merosakkan kalkulator rakan, apakah tindakan anda?
Meminta maaf dengan ikhlas dan menawarkan untuk menggantikan atau membaiki kalkulator tersebut
11. Kalau bising, apa yang perlu dilakukan oleh ketua kelas dan murid?
Ketua kelas perlu mengingatkan rakan sekelas untuk bertenang, murid-murid perlu mengurangkan bunyi bising
12. Adakah anda ingin tinggal di asrama?
(Ini adalah soalan pendapat peribadi, tiada jawapan tetap)
13. Sekiranya rakan anda sebagai ketua kelas tidak menjalankan tugas dengan betul dan guru mencadangkan anda menjadi ketua kelas, apakah tindakan anda?
Terima tawaran dengan rendah hati, atau tolak dengan sopan dan bantu rakan sedia ada memperbaiki prestasi
14. Apa tindakan anda jika tidak ada ketua asrama?
Menawarkan diri menjadi ketua asrama atau mencadangkan rakan yang sesuai
15. Sekiranya rakan mengajak anda melanggar peraturan, apakah tindakan anda?
Menolak ajakan dengan sopan dan menasihati rakan tentang keburukan melanggar peraturan
16. Sekiranya anda mendapat soalan tingkatan 3 (tiga) muka surat kejuruteraan mekanikal dan tidak tahu menjawabnya, apakah tindakan anda?
Bertanya kepada guru atau rakan yang lebih arif, atau mencari maklumat di perpustakaan
17. Kalau bendera jatuh, apa yang perlu dilakukan?
Mengutip bendera dengan segera dan mengibarkannya semula dengan hormat
18. Adakah anda rasa asrama mempengaruhi pembelajaran anda?
(Ini adalah soalan pendapat peribadi, tiada jawapan tetap)
19. Apakah yang perlu dilakukan apabila bertemu pengemis di jalanan?
Beri sedekah jika mampu, atau laporkan kepada pihak berkuasa jika pengemis tersebut kelihatan memerlukan bantuan
20. Kawan-kawan sekeliling tak suka mendengar ceramah, apakah tindakan anda?
Mendengar ceramah dengan tekun dan mencuba untuk melibatkan rakan-rakan dalam perbincangan selepas ceramah
21. Kalau kawan bergaduh, apa tindakan anda?
Cuba mendamaikan mereka, menasihati supaya bertenang, atau melaporkan kepada guru jika situasi menjadi serius
22. Kalau rumah kawan terbakar, apa yang akan anda lakukan?
Menghubungi bomba, membantu memindahkan orang keluar dari rumah jika selamat, dan memberi sokongan moral kepada kawan
23. Jika kawan yang dikenali melalui Facebook mengajak berjumpa, apakah tindakan anda?
Berhati-hati, berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai, dan hanya bertemu di tempat awam jika diizinkan
24. Seorang rakan sekelas anda sedih dan tidak bersemangat. bangaimana anda mendekati dan membantu rakan anda.
Mendekati rakan dan bertanya jika dia mahu berkongsi apa-apa yang berlaku
25. Anda melihat seorang pelajar mencuri makanan dari kantin sekolah, apa tindakan anda?
Melaporkan kejadian tersebut kepada guru atau pihak berkuasa sekolah kerana ia adalah tindakan yang bertanggungjawab.
26. Bagaimana cara anda memperkenalkan diri kepada orang yang baru anda jumpa?
Menyapa degan sopan dan memperkenalkan nama anda
27. Anda mempunyai perbezaan pendapat dengan rakan anda, bagaimana anda akan menyelesaikannya?
Berbincang dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk kedua-dua pihak
28. Anda telah dilantik sebagai ketua projek, bagaimana cara anda memimpin kumpulan anda
Menggalakkan ahli kumpulan untuk memberi idea dan bekerja bersama
29. Saya suka membuat kerja rumah bersama asik beradik saya
Ya
30. Saya suka bermain permainan video pada waktu lapang sahaja
Ya
Bahagian B
Untuk bahagian B, calon digalakkan mengulang kaji buku teks Sejarah Tahun 6 dan Tingkatan 3 serta membaca berita untuk mengetahui isu-isu semasa. Selain itu, calon juga perlu memberikan jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan seperti contoh dan jawapan di bawah:
1. Apakah nama bendera Malaysia?
Jalur Gemilang
2. Pulau Pangkor terletak di mana?
Perak
3. Apakah gelaran kepada jaguh pecut basikal negara?
Pocket Rocketman (merujuk kepada Azizulhasni Awang)
4. Le Tour de Langkawi adalah sukan apa?
Berbasikal
5. Muzik dan lagu untuk negeri contohnya Dondang Sayang.
Dondang Sayang berasal dari Melaka
6. Wau berasal dari negeri mana?
Kelantan
7. Siapakah orang yang mencipta telefon?
Alexander Graham Bell
8. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
Thomas Edison
9. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
Portugis
10. Apakah unit yang mengukur kekuatan gempa bumi?
Skala Richter
11. Siapakah pengasas Facebook?
Mark Zuckerberg
12. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
Kebiasaan, tabiat, kelakuan, perbuatan
13. Genting Highland terletak di mana?
Pahang
14. Apakah tarian terkenal di Johor?
Zapin
15. Adat pepatih dari negeri mana?
Negeri Sembilan
16. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
Kadazan-Dusun
17. Model Kereta Preve itu, Proton atau Perodua?
Proton
18. Apakah tasik buatan manusia di Malaysia?
Tasik Kenyir
19. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
16 September 1963
20. Berapakah wilayah persekutuan yang ada di Malaysia?
Tiga wilayah persekutuan: Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
21. Bilakah sambutan hari bumi disambut?
22 April
22. Apakah benua terbesar di dunia?
Benua Asia
23. Terengganu, Kelantan dan Pahang merupakan negeri-negeri?
Pantai timur
24. Malaysia pernah menjadi tuan rumah sukan paling berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?
Sukan Komanwel
25. Apakah sungai yang terpanjang di dunia?
Sungai Nil, Afrika
26. Di manakah terletaknya Taman Negara, kawasan hutan simpan tertua di Malaysia?
Pahang
27. Menara Alor Setar terletak di negeri mana?
Kedah
28. Apakah maksud “Viral” di media sosial?
Post atau video yang mendapat perhatian besar dan disebarkan dengan cepat
29. Apakah nama gunung tertinggi di dunia?
Gunung Everest
30. Apakah nama bangunan yang menjadi simbol pengaruh British di Kuala Lumpur?
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bahagian C
Berikut adalah contoh-contoh soalan artikulasi penulisan PKSK yang merangkumi ujian penulisan karangan Bahasa Melayu dan calon perlu memilih satu karangan untuk dijawab. Bagi calon Tingkatan 4, karangan perlu ditulis lebih panjang daripada calon Tingkatan 1 iaitu sekurang-kurangnya 250 patah perkataan berdasarkan tajuk yang dipilih.
1. Semasa COVID-19 melanda dunia, anda perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah dan belajar secara dalam talian. Ceritakan pengalaman anda belajar tanpa bersemuka dengan guru dan rakan-rakan sekelas.
2. Selepas berakhirnya pelaksanaan PKP, bagaimana anda menyesuaikan diri dengan norma baharu?
3. Bagaimana melalui didikan agama yang betul boleh membantu kita untuk mengurangkan masalah sosial?
4. Bayangkan jika anda terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ceritakan bagaimana anda berusaha untuk terus hidup seperti mencari sumber air yang bersih, mencari makanan dan membina tempat perlindungan
5. Masalah sosial yang semakin membelenggu masyarakat kita boleh dikurangkan melalui hubungan kekeluargaan yang erat. Huraikan kenyataan tersebut.
6. Ceritakan bagaimana anda menguruskan diri sekiranya anda diterima sebagai seorang pelajar yang tinggal di asrama.
7. Apakah wabak denggi dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
8. Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Semoga perkongsian berkaitan Contoh Soalan PKSK & Jawapan membantu calon-calon yang bakal menduduki ujian ke Sekolah Khusus KPM.
Rel : penjelasan lanjut eq sq ssq dan iq, mata pelajaran bahasa inggeris matematik dan sains, bahagian c artikulasi penulisan, muzik dan bagaimana cara untuk mengetahui isu isu semasa, ceritakan pengalaman rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial, menjawab soalan sq eq dan ssq calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi, aplikasi pangkalan data murid apdm, muzik dan ssq calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi, iaitu kepercayaan beragama moral dan akhlak, bahagian a kecerdasan insaniah sq eq dan ssq calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi, ujian kemasukan sekolah menengah kebangsaan agama smka kolej vokasional kv, contoh soalan sq eq dan ssq calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi, norma baharu covid-19, murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising, tempat dalam le tour de langkawi, karbon dioksida dan cahaya matahari, silibus tahao 2 iaitu tahun 3 tahun 4 dan tahun 6 bagi mata pelajaran bahasa,