Contoh Soalan Ujian INSAK Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG). Adakah anda pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2024? Tahukah anda bilakah tarikh panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2024? Panduan buat anda yang berjaya dipanggil untuk menduduki eUKCG untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian INSAK buat panduan pelajar.
Buat makluman semua, untuk tahun 2024, calon yang terpilih adalah diwajibkan untuk menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video kecergasan fizikal serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP. Bagi anda calon eUKCG 2024 sudah pastinya ingin mengetahui kriteria dan contoh soalan INSAK.
- Peraturan Menduduki eUKCG PISMP (Ujian Kelayakan Calon Guru)
- Panduan menyediakan video pengajaran IPG (Untuk tahun 2021)
Contoh Soalan Ujian INSAK (PISMP)
Berikut dikongsikan maklumat tentang contoh soalan INSAK untuk kemasukan ke IPG termasuk tarikh penting panggilan eUKCG :
Tarikh eUKCG 2024
- Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG (Portal PISMP) : Bermula 14 Mac – 15 April 2024
- Pelaksanaan eUKCG (Portal PISMP) : 15 hingga 19 April 2024 & 22 hingga 26 April 2024
- Keputusan melepasi saringan eUKCG : 13 Jun 2024
* Tarikh semakan adalah seperti kalendar aktiviti IPG 2024
Maklumat Penting eUKCG
Untuk makluman eUKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (VKF)
A. Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).
Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
B. Penyediaan Dan Penghantaran Video Pengajaran
Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP.
Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG.
Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
B. Penyediaan Dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF)
*Bagi pengambilan tahun 2023, Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) akan dilaksanakan menggantikan VKF.
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
Nota : Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
Semua keputusan adalah muktamad.
Panduan Menduduki eUKCG
Tips Soalan INSAK (eUKCG)
Antara tips soalan INSAK sebagai rujukan buat calon :
- Isu PPSMI – setuju/ tidak dimansuhkan? kenapa?
- PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan, bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
- 1Malaysia – apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan, keadilan sosial, prinsip kenegaraan, nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan, kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia
- Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran
- Apakah cabaran guru?
- Simple question – kenapa minat jadi cikgu?
- Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dengan sekolah bestari
- Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Sarawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang
- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI
Contoh Soalan INSAK (eUKCG) |
Antara contoh-contoh soalan INSAK sebagai rujukan buat calon :
- Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkannya.
- A. Setuju B. Tidak setuju
Jika tersilap, biar masa melupakannya
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakannya.
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Saya menepati masa melaksanakan tugas saya
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Saya rajin bekerja dengan mengharapkan pujian daripada majikan saya
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Apabila bekerja dengan rakan sejawat, saya akan memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri
- A. Setuju B. Tidak setuju
- Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
- A. Setuju B. Tidak setuju
Cadangan Jawapan : 1A 2A 3B 4B 5B 6B 7A 8A 9B 10B 11A 12A 13B 14B 15B 16B 17A 18B 19B 20A
Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis eUKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja |
Semoga perkongsian tentang Contoh Soalan Ujian INSAK (eUKCG) ini dapat dijadikan panduan buat calon semua. Selamat menduduki ujian eUKCG ambilan tahun 2024 dan semoga berjaya.
Related : tahun 4 soalan ujian insak ipg ujian inventori sahsiah keguruan set soalan inventori sahsiah keguruan insak bakal menduduki ujian soalan upsr bahasa melayu tahun tahun 1 soalan dan jawapan soalan matematik tahun tahun 2