Panduan kepada pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mengetahui tentang portal pembelajaran dalam talian KPM? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan DELIMa KPM : Cara Log Masuk Untuk Pembelajaran Dalam Talian sebagai panduan.
Sebelum ini, KPM menggunakan aplikasi Frog VLE sebagai portal pembelajaran dalam talian. Pada tahun 2019, KPM telah mengumumkan perubahan portal yang kini menggunakan perkhidmatan percuma daripada Google, Microsoft dan Apple serta lebih mudah untuk diakses oleh warga sekolah. Kemudahan ini diharap dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang lebih menyeluruh dan interaktif di mana sahaja pelajar berada.
Login DELIMa KPM : Cara Log Masuk Untuk Pembelajaran Dalam Talian
Ibu bapa atau penjaga pelajar boleh merujuk maklumat yang dikongsikan untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Apa Itu DELIMa?
Ianya dari segi perkataan bermaksud Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan satu pelantar pembelajaran digital KPM yang telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dijenamakan semula pada tahun 2020. Pelantar ini menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang inklusif dan dinamik untuk semua guru dan murid sekolah.
Baru-baru ini, portal ini telah ditambah baik kepada DELIMa 2.0 yang membawa paparan pengalaman pengguna baharu dan membolehkan personalisasi. Penambah baikan ini bertujuan meningkatkan tahap pembelajaran peribadi, peningkatan pengalaman pengguna serta penggunaan analisis data. Kini pengguna juga boleh menggunakan chatbox untuk bertanyakan sebarang soalan mengenai portal pembelajaran ini.
Tatacara Log Masuk
Semua murid di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan KPM mempunyai ID untuk Login ke dalam portal. Ikuti langkah-langkah berikut untuk log masuk kali pertama ke dalam portal pembelajaran online ini :-
- Anda perlu pastikan peranti yang digunakan mempunyai capaian internet
- Buka browser seperti Google Chrome, Safari, Mozilla Firefox pada peranti tersebut
- Pergi ke laman sesawang RASMI
- Klik kotak di sebelah
- Klik pada butang kuning
- Isikan ID DELMa dan klik Next
- Isikan kata laluan DELIMa dan tekan butang Next
- Klik butang Continue, Kemudian klik butang Allow
Nota : Jika tidak mempunyai ID, dapatkan ID daripada pentadbir portal sekolah
Berikut adalah contoh paparan DELIMa 2.0 KPM bagi guru dan para pelajar selepas log masuk sebagai panduan untuk navigasi :-
- Gambar guru, nama guru, nama sekolah
- Ruang carian
- Ruang utama
- Pautan perkhidmatan talian KPM
- Pilihan bahasa
- Sentimen diri
- Pilihan Mode Light/Dark
- Ruang Pembangunan Profesional
- Ruang Pengajaran Saya
- Butang pilihan ruang pengajaran
- Ruang pengumuman
- Ruang aktiviti pengajaran (Google Classroom)
- Ruang pertanyaan (Chatbox)
- Gambar murid, Nama murid, Nama sekolah
- DIGITAL ME – Digital badges yang diperolehi murid
- Ruang carian
- Ruang utama
- Pautan untuk ke perkhidmatan dalam talian KPM
- Pilihan bahasa
- Sentimen diri
- Pilihan Mode Dark/ Light
- Ruang pengumuman
- Ruang pembelajaran pelajar
- Butang pilihan ruang pembelajaran
- Ruang tugasan (Gdrive)
- Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)
- Ruang pertanyaan (Chatbox)
Kelebihan Portal
Pelbagai kelebihan dan kemudahan yang diperolehi para pelajar dan guru melalui portal ini. Antaranya adalah :-
- Akses yang mudah boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa
- ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi atau Tingkatan Enam
- Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP
- Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan seperti Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran
- Kelas dalam talian
- Mesyuarat dalam talian
- emel dan takwim
- Google Workspace & MS Office 365
- Program Latihan
- Pelbagai kandungan yang disediakan oleh rakan DELIMa KPM iaitu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), DIGI, ASTRO, United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
- Aplikasi menarik seperti Padlet, Canva, WolframAplha, Plickers, Edpuzzle dan Blendspace
- Aplikasi AI seperti ChatGPT, Gemini by Google dan MS Copilot
AI Tools DELIMa
Bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar masa kini, DELIMa juga menyediakan 16 kursus dan “AI Tools” yang boleh digunakan pelajar dan guru.
- Chat GPT : Model AI yang dibangunkan oleh OpenAI yang menjawab pelbagai jenis soalan berasaskan teks
- Gemini AI : Sebuah aplikasi AI untuk menganalisis data, automasi tugas dan penciptaan kandungan berasaskan AI
- Khan Academy: AI for Education : Kelas yang disediakan oleh Khan Academy untuk membantu pelajar belajar menggunakan AI
- Intro to Generative AI : Model AI yang memperkenalkan konsep AI generatif untuk mencipta teks, imej atau muzik
- AI 101 for Teacher : Guru-guru boleh mempelajari pengetahuan asas AI dan cara menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
- MS Learn : Microsoft menyediakan platform pembelajaran berkaitan pelbagai teknologi termasuk AI dan lain-lain
- MS Copilot : Pembantu AI yang dibangunkan oleh Microsoft untuk membantu automasi proses kerja, pengurusan data dan sebagainya
- ISTE : Sebuah program yang dibangunkan oleh International Society for technology in Education (ISTE) yang tertumpu pada penggunaan AI dalam pendidikan
- Tanya Buku : Aplikasi untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat tentang buku, ulasan dan ringkasan terhadap buku yang dicari
- The Text Project : Sebuah inisiatif menggunakan AI untuk menganalisis teks dan bahan bacaan bagi pendidikan
- Conker AI : Satu Aplikasi AI yang membantu pelajar dan guru dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
- Perplexity : Platform AI yang digunakan untuk menjawab soalan dengan maklumat yang betul serta relevan
- Claude AI : Satu aplikasi Ai untuk analisis teks, pemprosesan bahasa semula jadi serta automasi tugas
- SUNO AI : Aplikasi AI yang membantu mencipta kandungan audio
- Pixlr AI Image Generator : Aplikasi AI yang membantu mencipta atau menyunting imej dengan mudah
- Bing Image Creator : Aplikasi AI yang membantu pengguna mencipta imej berdasarkan teks atau arahan
Tips Menggunakan DELIMa
Portal ini juga menyediakan laman sokongan ibu bapa untuk berkongsi tips dan sumber untuk menyokong pembelajaran. Antara tipsnya adalah:
- Berkomunikasi dengan guru : Ibu dan bapa digalakkan untuk menghubungi guru kelas untuk membincangkan perkara yang perlu dipelajari oleh anak anda.
- Sediakan jadual berkala : tetapkan waktu belajar dan rehat untuk anak anda
- Fleksibel : Ibu dan bapa perlu bersikap fleksibel dan mengubah jadual mengikut kemampuan dan keperluan anak anda. Berikan tempoh penyesuaian untuk anak anda
- Berkomunikasi dengan ibu bapa lain : Berhubung dengan ibu bapa lain dapat memastikan proses PdPR atau pembelajaran online ini difahami dan dilalui dengan lebih baik. Bantuan dan sokongan dapat dikongsi bersama supaya anak-anak dapat melalui pengalaman yang terbaik demi mencapai kecemerlangan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda terdapat soalan atau masalah berkaitan Portal , sila hubungi atau layari :-
- Youtube : Video Panduan
- Portal Rasmi KPM
Rel : pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru perlu, bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan, menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan, pelantar pembelajaran dalam talian,