Koleksi Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Kebiasaannya, setiap majlis yang dianjurkan sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi dimulakan dengan bacaan doa. Amalan ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan kelancaran dalam menjalankan sesebuah majlis tidak kira di rumah, sekolah, pejabat mahupun pusat beli-belah. Berikut dikongsikan Koleksi Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi untuk panduan petugas yang diberikan tanggungjawab untuk membacakan doa kepada khalayak ramai.

Umum mengetahui bahawa majlis rasmi seperti jamuan makan yang dihadiri tetapi kehormat memerlukan protokol tertentu dan bacaan doa hendaklah mengikut format yang ditetapkan. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerbitkan garis panduan bacaan doa untuk majlis rasmi khususnya yang melibatkan kerajaan negeri ataupun persekutuan. Garis panduan tersebut adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan di mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini.

Koleksi Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Koleksi Doa Untuk Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi (Ringkas & Mudah)

Di bawah adalah senarai Koleksi Doa untuk panduan semua. Pembaca doa selok-eloknya adalah seorang lelaki dan beragama Islam, boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan Arab dengan tepat, fasih dan betul.

Selain itu, pembaca doa sebolehnya seorang individu yang berakhlak baik dan mempunyai sahsiah yang tidak dipertikaikan oleh masyarakat.

Adab Membaca Doa

Berikut adalah adab atau tatacara membaca doa :-

  1. Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum majlis dimulakan
  2. Pembaca doa mmengenal pasti aturcara majlis dan dimana tempat untuk membaca doa
  3. Sebelum membaca doa, pembaca doa hendaklah memberi tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir
  4. Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa
  5. Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak terlalu laju dan endaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’
  6. Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan tatkala memohon tolak bala’

Untuk memuat turun garis panduan yang disediakan oleh JAKIM, sila buka pautan:-

1) Doa Pembuka Majlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hidarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

2) Doa Majlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami. Engkau berkatilah majlis ini dengan lumpahan rahmat Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMU

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah, dan kami mohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3) Doa Majlis Perhimpunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba MU yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis _______ pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-MU yang engkau redhai

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kurniakanlah juga kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kampi mampu mendepani cabaran berdaya saing dan mampi mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

4) Doa Memulakan Mesyuarat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru, berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

5) Doa Sempena Majlis Perkahwinan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (…)

Bersempenan dengan majlis ini juga, kami memohon rahmatMu Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

6) Doa Sempena Hari Karnival

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Tuhan Penguasa Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri karnival pada hari ini

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan universiti kami.

Ya Allah Ya Qahhar Ya Jabbar

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan, anak didik kami akan menjadi pelajar cemerlang, dan berjaya di dunia mahupun di akhirat.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

7) Doa Sempena Hari Lahir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah

Rasa kesyukuran kami terhadap ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini, kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak

Ya Allah

Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkatmu kepada kedua ibu dan bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjagi golongan yang berjaya pada hari ini.

Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.

Ya Allah

Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi,meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.

Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.

Ya Allah!

Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan
godaan syaitan dan nafsu.

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

8) Doa Majlis Solat Hajat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

9) Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi
dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka
kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat
kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami
terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau
hindarkan daripada kami.

Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

10) Doa Majlis Makan Malam dan Perasmian Penutup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH

Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Program ___ ini. Kurniakanlah pertemuan kami dalam perhimpunan ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.

Wahai tuhan yang maha perkasa lagi maha bijaksana. Jadikanlah perhimpunan ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program ini sebagai perintis buat kami untuk terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakan selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa. Kukuhkanlah ikatan perpaduan antara kami agar terjamin keamanan dan keselamatan hidup dalam negara yang berbilang kaum ini.

YA ALLAH! YA RAHMAN! YA RAHIM!

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri dan segala sifat mazmumah yang pastinya boleh memecahbelahkan keharmonian hidup dan semangat perpaduan kami.

ALLAHUMMA YA MUDABBIRAL AMRI! WA YA ZALJALALI WAL IKRAM!

Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan. Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Tinggalkan Balasan