Tahukah anda mengenai wang tidak dituntut (WTD)? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berperanan untuk mengembalikan wang yang tidak dituntut oleh empunya yang berhak. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan satu sistem eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information untuk memudahkan proses semakan WTD secara online. Anda turut boleh membuat semakan secara manual di senarai lokasi kaunter JANM yang dikongsikan di bawah.
Untuk makluman, Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tidak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu, firma atau syarikat sebagai orang tengah untuk urusan tuntutan bayaran balik WTD. Justeru, sesiapa yang ingin membuat permohonan bayaran balik WTD atau membuat semakan WTD boleh melalui aplikasi eGUMIS atau terus berurusan dengan pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut tanpa sebarang kos atau caj yang dikenakan.
eGUMIS Sistem Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online (secara dalam talian) dan manual serta senarai lokasi Pejabat Pendaftar WTD, Jabatan Akauntan Negara JANM di setiap negeri.
Apa Itu Wang Tak Dituntut?
Wang Tidak Dituntut adalah wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana di tetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak, eGumis
Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965 terbahagi kepada tiga kategori:-
1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-
- Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayarkan kepada kakitangan
- Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu dikutip telah pun dicapai
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Pemiutang atau penghutang pelbagai
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-
- Akaun simpanan
- Akaun Semasa
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun
Kategori ini merujuk kepada akaun pemiutang dan penghutang perdagangan.
Pendaftar Wang Tak Dituntut
Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara Malaysia sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut sejak 1 Jun 1975. Peranan utama Pendaftar adalah:-
- Pemegang amanah terhadap Wang Tak Dituntut (WTD) yang diterima
- Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan
- Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta
- Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta
Syarikat atau Firma yang wajib mematuhi Akta
Menurut seksyen 8 Akta WTD 1965, pihak syarikat firma yang wajid mematuhi Akta ialah:-
- Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
- Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
- Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
- Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
- Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.
Seksyen 14 Akta WTD 1965 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai wang, selain daripada WTD dalam tangan yang belum dituntut oleh empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah wang tersebut adalah WTD yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk berbuat demikian menurut Akta.
Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Melalui eGUMIS
Di bawah adalah kaedah untuk menggunakan sistem semakan secara online melalui Portal eGumis untuk membuat semakan WTD dan seterusnya membuat permohonan jika terdapat Wang Tidak Dituntut :-
- Layari Portal Rasmi (https://egumis.anm.gov.my)
A. Pendaftaran Akaun Pengguna
- Setelah mengakses portal rasmi, klik “Pendaftaran”
- Isikan maklumat penting yang diperlukan kemudian klik “Daftar”
- Sahkan pendaftaran dengan menekan butang “Ya”
- Kata laluan akan dihantar melalui emel
B. Log Masuk Kali Pertama
- Selepas mengakses portal rasmi, klik untuk “Log Masuk”
- Masukkan nama pengguna yang diisi sewaktu pendaftaran pengguna dan kata laluan yang dihantar menerusi emel
- Klik “Log Masuk”
- Pengguna hendaklah menukar kata laluan selepas log masuk ke portal kali pertama sebelum dibenarkan menggunakan sistem semakan
- Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik “Simpan”
- Kemaskini maklumat pengguna lain yang diperlukan. Klik “Simpan”
C. Langkah Semakan
- Klik untuk “Carian Wang Tak Dituntut”
- Masukkan “No. Kad Pengenalan” dan klik “Cari”
- Maklumat akan dipaparkan. Klik “Cetak” sekiranya ingin mencetak maklumat tersebut
Untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci, sila buka pautan manual pengguna di bawah :-
Semakan WTD Secara Manual Di Kaunter JANM
Anda juga boleh membuat semakan wang tak dituntut secara manual di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri. Langkah-langkah semakan wang tidak dituntut secara manual adalah :-
- Hadir ke kaunter JANM yang terdekat dalam waktu pejabat
- Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris.
- Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD
- Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem
- Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan menjelaskan prosedur untuk membuat tuntutan
- Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan
Senarai Lokasi Kaunter Semakan WTD
Berikut adalah Senarai Alamat JANM (Kaunter WTD) – pejabat jabatan akauntan negara malaysia janm seluruh negeri iaitu lokasi di mana anda boleh membuat semakan wang tak dituntut.
1. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
- Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya - Tel : 03 – 8882 1000
Faks : 03 – 8882 1042
Emel: maklumbalas@anm.gov.my
2. WILAYAH UTARA
Perlis
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis. - Tel : 04-976 2766
Fax : 04-976 2668
Emel: pneg_per@anm.gov.my
Kedah
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
Aras G & 4, Zon C,
Wisma Persekutuan Anak Bukit,
06550 Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah Darulaman. - Tel : 04-700 1000
Faks : 04-700 1011/1068
Emel: pneg_kdh@anm.gov.my
Pulau Pinang
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang - Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
Faks : 04-2555 577
Emel: pneg_png@anm.gov.my
Perak
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah,
30990 Ipoh Perak. - Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
Faks: 05 – 241 1343
Emel: pneg_prk@anm.gov.my
3. WILAYAH TENGAH
Selangor
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor - Tel : 03-55205200
Fax : 03-55105049
Emel: pneg_sgr@anm.gov.my
Negeri Sembilan
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban, Negeri Sembilan - Tel : 06-768 6800
Faks : 06-761 9027
Emel: pneg_nsb@anm.gov.my
4. WILAYAH SELATAN
Johor
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru. - Tel : 07-224 9244
Faks : 07-223 9322
Emel: pneg_jhr@anm.gov.my
Melaka
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel : 06-289 5000
Faks : 06-234 5201
Emel: pneg_mlk@anm.gov.my
5. WILAYAH TIMUR
Pahang
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
Jalan Bank,
25000 Kuantan, Pahang. - Tel : 09-565 5802
Faks : 09-516 4931
Emel: pneg_phg@anm.gov.my
Terengganu
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu,
Terengganu. - Tel : 09-627 8200
Faks : 09-622 2137
Emel: pneg_trg@anm.gov.my
Kelantan
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
15990 Kota Bharu Kelantan. - Tel : 09-746 0200
- Faks : 09-747 5484
Emel: pneg_kel@anm.gov.my
6. SABAH
JANM Cawangan Negeri Sabah
- Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
Likas Beg Berkunci No. 2053
88594 Kota Kinabalu, Sabah - Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
Faks : 088-210 828
Emel: pneg_kki@anm.gov.my
JANM Cawangan Keningau
- Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
89009 Keningau, Sabah - Tel : 087-331 245 / 339 960
Faks : 087-330 449
Emel: pcaw_kgu@anm.gov.my
JANM Cawangan Tawau
- Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
91000, Tawau Sabah - Tel : 089-775 620, 089-775 621
Faks : 089-773 688
Emel: pcaw_taw@anm.gov.my
JANM Cawangan Sandakan
- Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 6
90509 Sandakan, Sabah - Tel : 089-668331
Faks : 089-668384
Emel: pcaw_sdk@anm.gov.my
JANM Cawangan Labuan
- Persekutuan Labuan
Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
Peti Surat 80622,
87016 W.P Labuan. - Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
Faks : 087-419 536
Emel: pcaw_lab@anm.gov.my
7. SARAWAK
JANM Negeri Sarawak
- Tingkat 6,
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga,
93594 Kuching, Sarawak. - Tel : 082-254 144
Faks : 082-256 991
Emel: pneg_kch@anm.gov.my
JANM Cawangan Sibu
- Wisma Persekutuan Blok 1,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak. - Tel : 084-332 053
Faks : 084-323 824
Emel: pcaw_sib@anm.gov.my
JANM Cawangan Sarikei
- No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
Jalan Bersatu,
96100 Sarikei, Sarawak - Tel : 084-654 032 / 654 043
Faks : 084-652 087 / 320 535
Emel: pcaw_srk@anm.gov.my
JANM Cawangan Sri Aman
- Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Kejatau,
95000 Sri Aman, Sarawak. - Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Emel: pcaw_sri@anm.gov.my
JANM Cawangan Kapit
- Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
Jalan Kapit By -Pass,
96800 Kapit Sarawak. - Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
Faks : 084-797 620
Emel: pcaw_kpt@anm.gov.my
JANM Cawangan Bintulu
- Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak. - Tel : 086-312741
Faks : 086-312763
Emel: pcaw_btl@anm.gov.my
JANM Cawangan Limbang
- Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
Jalan Tarap
98700 Limbang, Sarawak. - Tel : 085-212 355 / 212773
Faks : 085-212 624
Emel: pcaw_lbg@anm.gov.my
JANM Cawangan Miri
- Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
Jalan Brooke,
98000 Miri, Sarawak. - Tel : 085-442 180
Faks : 085-423 103
Emel: pcaw_mir@anm.gov.my
Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut
Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan dalam membuat permohonan bayaran balik WTD. Tuntutan boleh dibuat seperti berikut :-
- Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
- Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
- Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
- Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
- Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
- Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan
Hanya pihak-pihak berikut sahaja layak untuk membuat permohonan tuntutan WTD :-
- Empunya/pemilik WTD sendiri
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
- Pelikuidasi yang mewakili pihak syarikat/ firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/ firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
Maklumat Lanjut Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)
Antara maklumat-maklumat penting berkaitan WTD eGumis yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai adalah :-
- Tiada had untuk membuat semakan atau tuntutan WTD
- Boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput
- Waris boleh tuntut bagi pemilik yang telah meninggal dunia
- Tiada tuntutan minimum atau maksimum
- Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
- Perkhidmatan diberikan adalah percuma
- Dibayar tanpa faedah
- JANM tidak pernah melantik ejen
- JANM tidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD
- Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD
- Tuntutan dibayar dalam tempoh satu (1) bulan
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan WTD, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini:-
Semoga perkongsian Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online dan Manual serta senarai lokasi kaunter JANM membantu anda dalam proses permohonan atau semakan WTD.
Rel : dituntut untuk membuat semakan, keuntungan yang gagal mematuhi peruntukan akta, tujuan wang dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, simpanan tetap yang gagal mematuhi peruntukan akta,