Perhatian kepada pekerja-pekerja di seluruh Malaysia, adakah anda sudah mendaftar i-akaun KWSP? Setiap bulan, sebahagian gaji yang diperoleh akan dipotong sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kegunaan sewaktu pesaraan. Maklumat ini khusus untuk pekerja swasta, mereka yang bekerja sendiri serta kakitangan awam yang memilih caruman KWSP dan tidak mengambil pencen. Berikut dikongsikan panduan serta informasi berkenaan Daftar i-Akaun KWSP Online beserta cara Login dan membuat Semakan Akaun 1, 2 & 3.
Untuk makluman semua, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 mewajibkan pekerja untuk mendaftar sebagai pencarum demi maksud persaraan dan perkara yang bersampingan dengannya. KWSP (EPF) dengan itu memperkenalkan i-Akaun yang merupakan aplikasi online untuk memudahkan setiap pencarum mendaftar, membuat semakan penyata serta menguruskan hal-hal berkaitan simpanan di dalam akaun KWSP ahli masing-masing.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online : Cara Login & Semak Akaun 1,2 & 3
Di bawah adalah perkongsian berkaitan Daftar i-Akaun KWSP secara dalam talian : Login & Semakan Akaun 1,2 & 3 untuk panduan semua.
Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang diterangkan untuk mendaftar i-Akaun, membuat semakan penyata dan urusan-urusan lain.
Fungsi i-Akaun KWSP
Antara fungsi dan kemudahan yang disediakan dalam sistem online ini adalah :-
- Mengemaskini profil peribadi
- Membuat semakan penyata KWSP
- Membuat semakan baki simpanan
- Membuat semakan rekod caruman
- Menukar akaun konvensional kepada akaun shariah
- Menyemak penama akaun
- Memohon pengeluaran wang
Nota : i-Akaun layak untuk didaftar oleh ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli KWSP dan nombor KWSP yang sah (didaftarkan oleh majikan) serta Majikan juga mempunyai nombor KWSP yang sah (i-akaun Majikan) sahaja
Syarat-Syarat Kelayakan Menggunakan i-Akaun KWSP
- Belum berdaftar sebagai ahli KWSP
- Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia
- Pemegang MyKad atau MyPR
- Telah mencapai umur 14 tahundan belum mencapai umur 75 tahun
Login i-Akaun KWSP
Di bawah adalah kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mendaftar login masuk ke dalam i-akaun ahli KWSP :-
- Hadirkan diri ke mana-mana cawangan pejabat atau kios KWSP yang berhampiran
- Maklumkan kepada pegawai yang bertugas ingin mendaftar i-Akaun dan ikuti arahan yang diberikan seperti membuat pengesahan cap ibu jari
- Layari Portal Rasmi KWSP atau muat turun aplikasi mobil i-Akaun pada pautan berikut :-
- Sila masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifan i akaun anda
- Selepas setuju dengan terma dan syarat, anda perlu memilih ID Pengguna, Kata Lalauan dan Frasa Rahsia masing-masing
- Sekiranya pendaftaran/ pengaktifan i akaun selesai, anda akan dimaklumkan notifikasi berjaya pada skrin telefon atau komputer anda
Jika anda tidak boleh menghadirkan diri ke pejabat atau kios KWSP, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun melalui dua kaedah iaitu secara online di i-Akaun (View Mode) dan melalui e-KYC.
Daftar melalui i-Akaun (View Mode)
Berikut adalah kaedah kedua untuk mendaftar i-Akaun KWSP :-
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian : 03 8922 6000, jam 8 pagi hingga 5 petang
- i-Akaun (View Mode) terhad untuk:
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Tiada transaksi yang melibatkan TAC boleh digunakan melalui kaedah ini. Anda perlu hadir ke pejabat atau kios KWSP untuk membuat pendaftaran nombor telefon TAC dan mengesahkan cap ibu jari
Daftar i Akaun melalui e-KYC
Kaedah ketiga untuk mendaftar i-Akaun KWSP adalah dengan membuat pengesahan identiti ahli secara online dengan langkah-langkah berikut :-
- Muat turun aplikasi i-Akaun di telefon anda
- Buka aplikasi tersebut dan klik butang “Belum daftar”
- Imbas dan sahkan gambar MyKad/kad pengenalan anda
- Kemaskini maklumat yang dinyatakan
- Sila masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan TAC dan klik “Teruskan”
- Ambil swafoto dan klik “Teruskan”
- Cipta ID pengguna dan kata laluan, dan klik “Teruskan”
Semak Penyata Akaun KWSP
Antara kemudahan yang lazim digunakan oleh ahli KWSP dan majikan untuk urusan kewangan yang berkaitan adalah untuk menyemak dan memuat turun penyata akaun KWSP. Untuk membuat semakan penyata KWSP :-
- Log masuk ke Portal Rasmi KWSP
- Klik pada “Akaun Peribadi”
- Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan klik “Cari”
- Penyata Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 akan dipaparkan
- Klik “Cetak” untuk muat turun semakan penyata yang dipilih
Penyata ini penting sebagai dokumen sokongan untuk perkara seperti membeli rumah atau hartanah, mengurangkan pinjaman perumahan, menyelesaikan pinjaman pendidikan dan menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan di dalam negara
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan, sila layari atau hubungi :-
- Laman Web Rasmi KWSP
- No. Tel : 03 8922 6000
- Panduan Pengguna
- Facebook rasmi KWSP
Rel : pejabat kwsp, bukti pemilikan nombor telefon ahli, penyata akaun bank simpanan semasa yang aktif, simpanan persaraan, e mel, pilih log masuk dan klik i akaun ahli, untuk mengakses, kiosk kwsp, muat turun aplikasi kwsp i akaun, profil termasuk alamat surat menyurat, perlu mendaftar, nombor telefon bimbit,