Jadual Gaji Penjawat Awam 2025 Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan

Panduan buat semua kakitangan awam yang bekerja di bawah kerajaan persekutuan. Anda pasti tertunggu-tunggu tarikh gaji yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengeluarkan jadual pembayaran rasmi supaya mudah untuk penjawat awam mengikut gred dan jawatan merancang perbelanjaan kewangan masing-masing. Berikut dikongsikan Jadual Gaji 2025 Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Penjawat Awam.

Secara rasminya, pembayaran emolumen bulanan yang bermaksud bayaran gaji akan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025. Tarikh pembayaran kebanyakannya dibuat pada hujung bulan kecuali bulan yang terdapat musim perayaan untuk diawalkan pembayaran gaji untuk semua negeri.

Jadual Gaji Penjawat Awam Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan

Jadual Gaji 2025 Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Penjawat Awam

Di bawah dikongsikan Jadual Gaji Penjawat Awam 2025 Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan yang meliputi bulan, tarikh, hari dan catatan perayaan yang berlaku pada bulan tersebut.

Ringkasan adalah seperti berikut :-

  • Januari = 22/01/2025 (Rabu)
  • Februari = 25/02/2025 (Selasa)
  • Mac = 24/3/2025 (Isnin)
  • April = 24/04/2025 (Khamis)
  • Mei = 22/05/2025 (Jumaat)
  • Jun = 25/06/2025 (Rabu)
  • Julai = 24/07/2025 (Khamis)
  • Ogos = 25/08/2025 (Isnin)
  • September = 25/09/2025 (September)
  • Oktober = 16/10/2025 (Khamis)
  • November = 20/11/2025 (Khamis)
  • Disember = 18/12/2025 (Khamis)

Untuk perincian yang lebih jelas seperti yang dikeluarkan oleh jabatan akauntan negara, boleh rujuk di bawah di mana jadual adalah meliputi bulan, tarikh, hari dan catatan.

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2025

Bulan

Tarikh

Hari

Catatan

Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina: 29 & 30 Jan
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa: 31 Mac & 1 Apr
April24.04.2025Khamis
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan: 30 & 31 Mei
Jun25.06.2025RabuHari Gawai: 1 & 2 Jun

Hari Raya Haji: 7 & 8 Jun

Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali: 20 Okt
November20.11.2025Khamis
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas: 25 Disember

Tarikh pembayaran di atas selaras untuk semua negeri di Malaysia dan tertakluk kepada pindaan semasa oleh JANM.  Untuk merujuk surat rasmi jadual pembayaran emolumen penjawat awam untuk tahun 2025, sila rujuk pautan :-

Peraturan Pembayaran Emolumen

Merujuk surat pekeliling di atas, setiap Kementerian/Jabatan perlu mematuhi peraturan supaya pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Surat pekeliling tersebut hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuatkuasa.

1) Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) 

  • Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  • Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut. 
  • Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:

  1. Butiran peribadi
  2. Nombor akaun bank; dan
  3. Nombor rujukan: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Cukai Pendapatan, Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.
  • Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

2) Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

  • Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.
  • Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

3) Tanggungjawab Pegawai Awam

Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

4) Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

  • Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
  • Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

HAL-HAL LAIN

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

  • Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana 62594, Presint 2 Putrajaya
  • u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
  • emel : unit_prestasi@anm.gov.my
  • No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Maklumat Lanjut

Maklumat lebih lanjut berkaitan tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2025 sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh kunjungi:

  • Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  • No. Tel Rasmi JANM: 03-8882 1000
  • Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya:
    • Isnin – Khamis : 830 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 – 2.00 petang)
    • Jumaat : 830 pagi – 5.00 petang (Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

Semoga perkongsian Jadual Gaji 2025 Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Penjawat Awam membantu anda merancang kewangan serta perbelanjaan sepanjang tahun dan berbelanja secara berhemah.

Rel : tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025, jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025, gaji minimum,

Tinggalkan Balasan