Jadual Program Jom Masuk U 2025 (JMU) : Tarikh & Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U Tahun 2025. Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U kembali menemui anda di 10 lokasi di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 buat panduan pelajar terutama lepasan SPM/ STPM yang masih buntu dalam memlih halatuju pendidikan tinggi mereka. Karnival IPT akan memasuki edisi ke 19 dan bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia bermula dari bulan Februari hingga Mei 2025.

Program karnival ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang bercadang memohon kemasukan ke UA/ IPTA dan Politeknik tahun 2025. Pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA semasa karnival.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2025 (JMU)

INFO TERKINI

1. KPT telah mengumumkan penganjuran program Jom Masuk U 2025 bagi 6 zon merangkumi lokasi Sarawak, Sabah, Utara, Timur, Tengah dan Selatan.

Pelajar-pelajar terutama yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Program Jom Masuk U (JMU)  ini.

Pelajar boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Di antara manfaat buat mereka yang hadir ke karnival Jom Masuk U ini adalah seperti berikut :-

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  3. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  4. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Nota : Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti.

Jadual Program Jom Masuk U (JMU 2025) Di Semua Zon Seluruh Negara

Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN) atau Jom Masuk U sebagai rujukan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon.

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Zon Timur I – Pahang22 & 23 Februari 2025Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan
2. Zon Sabah I19 & 20 April 2025Kompleks Sukan Sandakan
3. Zon Timur II – Terengganu19 & 20 April 2025UniSZA, Kampus Gong Badak
4. Zon Sarawak I26 & 27 April 2025Boulevard Shopping Mall, Bintulu, Sarawak
5. Zon Utara – Pulau Pinang26 & 27 April 2025Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)
6. Zon Selatan – Melaka3 & 4 Mei 2025Dewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka
7. Zon Sarawak II3 & 4 Mei 2025Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak
8. Zon Tengah I – Selangor10 & 11 Mei 2025Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM
9. Zon Sabah II10 & 11 Mei 2025Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke -2 UMS
10. Zon Tengah II – Perak17 & 18 Mei 2025Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung

Nota

  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada peta Karnival yang dikongsikan ini.

  • Tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa

jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Jadual Program Jom Masuk U, sila layari :-

Semoga perkongsian Jadual JMU 2025 di atas boleh dijadikan panduan buat pelajar. Jom datang beramai-ramai ke Karnival Jom Masuk U yang berdekatan.

Tinggalkan Balasan