Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan

Golongan pesara kerajaan yang mengambil skim pencen pastinya tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran pencen sepanjang tahun ini? Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pencen akan mengeluarkan jadual pembayaran pencen untuk memudahkan urusan pesara-pesara kerajaan dan juga waris atau tanggungan pesara penerima pencen. Di bawah dikongsikan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan untuk rujukan semua.

Tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan setiap bulan lazimnya ditetapkan lebih awal daripada emolumen anggota penjawat awam. Namun begitu, JPA menyatakan tarikh pembayaran masih tertakluk kepada sebarang pindaan yang akan dikemaskini dengan segera. Oleh itu, penerima hendaklah merancang urusan kewangan masing-masing supaya tidak boros berbelanja dan sentiasa berhemah.

Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan

Jadual Pencen 2024 Pesara Kerajaan : Tarikh Pembayaran Mengikut Bulan & Hari

Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan tahaun 2024 yang diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ringkasan jadual pencen 2024 adalah seperti berikut :-

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 22.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

Untuk jadual yang lebih lengkap dan jelas, sila rujuk di bawah.

Pembayaran pencen perkhidmatan anggota pasca perkhidmatan awam akan dibayar sebulan sekali dan dibuat serentak untuk semua negeri di seluruh Malaysia.

Jadual Pembayaran Pencen Kerajaan Tahun 2024

Bulan

Tarikh

Hari

Catatan

Januari19.01.2024JumaatHari Thaipusam: 25 Jan
Februari21.02.2024RabuTahun Baru Cina: 10 & 11 Feb
Mac21.03.2024Khamis
April19.04.2024JumaatHari Raya Puasa: 10 & 11 Apr
Mei17.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan: 30 & 31 Mei
Jun12.06.2024RabuHari Gawai: 1 & 2 Jun

Hari Raya Haji: 17 & 18 Jun

Julai17.07.2024Rabu
Ogos21.08.2024Rabu
September20.09.2024Jumaat
Oktober22.10.2024SelasaHari Deepavali: 31 Okt
November21.11.2024Khamis
Disember18.12.2024RabuHari Krismas: 25 Disember

Sumber tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan boleh didapati di portal rasmi bahagian pencen JPA di pautan berikut :-

Semakan Penyata Pencen

Pesara kerajaan juga boleh mendapatkan penyata pembayaran pencen untuk urusan kewangan dan sebagainya di aplikasi MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Amanah Persaaraan (KWAP).

JPA telah memberikan tugas pengurusan persaraan penjawat awam seperti pemprosesan dan pembayaran faedah kepada KWAP. Antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah :-

  • Menguruskan fail dan dokumentasi persaraan
  • Menguruskan proses pemberhentian atau penggantungan bayaran pencen
  • Memproses bayaran balik kepada agensi atau individu bagi potongan daripada faedah persaraan
  • Memproses potongan faedah persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah
  • Menguruskan penyelarasan pencen
  • Menguruskan bayaran faedah persaraan yang merangkumi Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan

Muat turun aplikasi MyPesara di pautan berikut :-

Soalan Lazim (FAQ) Urusan Pembayaran Pencen

Diantara soalan popular berkaitan urusan pembayaran yang dipetik dari Portal Rasmi adalah seperti berikut :-

1. Apakah prosedur sekiranya pesara ingin menukar bank pembayar pencen?

Berkuatkuasa Ogos 2012, penukaran akaun bank bagi pesara/penerima pencen hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank seperti di http://www.jpapencen.gov.my/penukaran_akaun.html

Setelah dilengkapkan, hantaran pos boleh dibuat ke alamat seperti berikut ;-

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Skytech Tower 2, Jalan Teknokrat 2,
Cyberjaya, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia

2. Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri?

Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/ penerima pencen itu.

3. Senarai bank yang menyertai sistem pembayaran pencen melalui bank.

Bank Muamalat (M) Berhad
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Bank Simpanan Nasional
Affin Bank Berhad
CIMB Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Public Bank Berhad
Alliance Bank Berhad
RHB Bank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Agro Bank Berhad

Maklumat Lanjut

Anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan pembayaran pencen boleh membuat layari atau hubungi :-

  • Portal Rasmi Bahagian Pencen JPA
  • No. Telefon : 03-8887 8777
  • Laman Sesawang Rasmi : KWAP
  • No. Telefon : 03 2174 8000
  • emel : mypesara@kwap.gov.my

Diharapkan perkongsian Jadual Tarikh bayaran Pencen Pesara Kerajaan tahun 2024 dapat membantu pesara kerajaan atau waris pesara untuk menguruskan peruntukan kewangan yang diterima sebagai pencen pada setiap bulan.

Rel : tanggungan waris pesara, tarikh bayaran pencen bulanan, pembayaran pencen bulanan, pencen jabatan perkhidmatan awam, hutang kerajaan, seksyen 3, veteran atm, pengiraan pencen, disember 2024, perdana menteri datuk seri anwar ibrahim, kad pesara, penerima pencen terbitan, untuk memastikan, meringankan beban, pesara merancang,

Tinggalkan Balasan