Jadual SPMU 2024. Panduan buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2024. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan SPMU 2024 yang merangkumi tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis. Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam tahun 2024 beserta Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Professional juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Buat makluman semua, SPMU exam akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPMU hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Para pelajar berpeluang untuk memilih antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan.
Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2024
Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula dari di Portal Rasmi LPM. Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua pada bulan November.
Terkini, KPM telah mengeluarkan draf jadual bagi peperiksaan bertulis sesi Jun yang akan diadakan padatarikh yang akan dikemaskini
Buat pelajar calon persedirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada bulan Mei iaitu kelazimannya dari April hingga Jun setiap tahun. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Jadual Peperiksaan SPMU 2024 (Tarikh Peperiksaan) | |
Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. | |
Tarikh Peperiksaan SPMU | |
Sesi Jun | |
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM. Oleh itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat pemakluman bahawa tarikh peperiksaan SPMU 2024 telah dipinda pada tarikh di bawah: | |
Ujian Bertutur & Mendengar | Ujian Bertulis |
21 hingga 22 Ogos 2024 | 20, 21 & 22 Ogos 2024 |
Sesi November | |
Ujian Lisan | Ujian Bertulis |
– | – |
Jadual Peperiksaan SPMU | |
Berikut dikongsikan draf jadual waktu peperiksaan SPMU 2024: | |
Nota Dan Arahan Peperiksaan | |
Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan ini: | |
No. | Aspek |
1 | Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. |
2 | Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir ke mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. |
3 | Dokumen sokongan ini hendklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2023 |
4 | Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. |
5 | Calon dikenakan bayaran RM 30. |
6 | Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos. |
7 | Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon. |
Maklumat Lanjut/Semakan Keputusan | |
No. | Maklumat |
1 | Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dan PDF boleh didapatkan di sini. |
2 | Semakan keputusan SPMU pula boleh disemak pada tarikh yang akan dikemaskini |
Diharap agar perkongsian Jadual Peperiksaan SPMU 2024 dapat membantu anda membuat persediaan yang rapi. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.