Panduan buat pelajar terutamanya pelajar Tingkatan Enam (Form 6) yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2024/ 2025. Adakah anda sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan STPM (Peperiksaan Bertulis)? Sudahkah anda tahu bilakah tarikh peperiksaan bertulis STPM untuk setiap subjek pada tahun ini akan berlangsung berdasarkan Jadual Peperiksaan STPM 2024/2025?
Dahulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC), STPM adalah sejenis peperiksaan pra-universiti yang diduduki oleh para pelajar tingkatan 6 di Malaysia. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan STPM 2024/2025 yang memaparkan maklumat berkaitan peperiksaan bertulis untuk setiap subjek. Jadual yang dikeluarkan oleh MPM ini termasuk Jadual Peperiksaan STPM Penggal 2 dan 3, Ulangan 1 dan 2 bagi tahun 2024.
Jadual Peperiksaan STPM 2024/2025 (Exam Bertulis Semester Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)
Berikut dikongsikan jadual peperiksaan STPM 2024/ 2025 yang meliputi jadual STPM Semester 3 2024, Semester 1 & 2 2025, Ulangan Semester 1 2024 dan Ulangan Semester 2 2024. Antara butiran yang dipaparkan dalam jadual adalah tarikh, waktu peperiksaan, masa (durasi) dan nama kertas (subjek).
JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024/2025
1. STPM Semester 1 2025
- Tarikh Peperiksaan Bertulis: 7, 8, 9, 13 dan 15 Januari 2025
2. STPM Semester 2 2024
- Bagi tahun 2025 akan dikemaskini
- Tarikh Peperiksaan Bertulis: 12, 13, 14, 15, 19 Ogos 2024
3. STPM Semester 3 2024
- Tarikh Peperiksaan Bertulis: 18, 19, 24, 25, 26 dan 27 Februari 2025
4. STPM Ulangan Semester 1 2024
- Tarikh Peperiksaan Bertulis: 7, 8, 9, 13 dan 15 Januari 2025
5. STPM Ulangan Semester 2 2024
- Tarikh Peperiksaan Bertulis: 5, 6, 10, 11 dan 12 Mac 2025
Nota Penting
- Garis tegak | di sebelah nama kertas melambangkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan kertas berkenaan.
- Untuk subjek Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communication Technology, Physics, Chemistry, dan Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menjawab dalam bahasa Inggeris atau/dan bahasa Melayu.
KALENDAR STPM 2024
PERINGATAN MENDUDUKI STPM
Berikut dikongsikan peringatan semasa menduduki peperiksaan bertulis STPM:
- Angka giliran dan pusat peperiksaan calon adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.
- Calon yang telah lulus untuk berpindah pusat peperiksaan dan menerima LPKC yang baharu hendaklah menduduki peperiksaan tersebut di pusat yang baharu. Nombor pusat dan angkar giliran yang digunakan adalah seperti yang tertera dalam LPKC yang baharu.
- Calon yang membuat permohonan perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia perlu menghubungi:
- Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing; atau
- Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.
- No. Telefon talian: 03-61261600.
Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-
- MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
- Tel: 03-6126 1600
- Fax: 03-61361488
- Portal MPM: www.mpm.edu.my
- E-mel: ppa@mpm.edu.my
Semoga perkongsian Jadual ini boleh dijadikan panduan buat calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Semoga anda berjaya dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.