Jadual Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2024 Dan Imsak

Umat Islam akan menjalani ibadah puasa wajib semasa bulan Ramadhan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia akan menerbitkan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak untuk setiap negeri. Khusus bagi penduduk sekitar negeri Sarawak, di bawah dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2024 Dan Imsak untuk panduan semua.

Negeri Sarawak yang merupakan negeri terbesar berbanding negeri lain di Malaysia mempunyai banyak zon waktu solat kerana keluasan tanah dan bentuk geografinya. Maka terdapat 9 zon waktu dan 1 zon khas yang membezakan waktu solat atau masuknya waktu berbuka dan imsak di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Semoga setiap umat Islam yang melaksanakan ibadah puasa diberi kelancaran dan dipermudahkan urusan sepanjang bulan yang mulia ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sarawak Dan Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2024 Dan Imsak

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2024 beserta Imsak sebagai rujukan untuk semua umat Islam. Negeri Sarawak dibahagikan kepada 12 bahagian yang terdiri daripada 47 buah daerah secara keseluruhannya. Pecahan bahagian dan daerah adalah seperti di bawah.

Bahagian Kuching terdiri daripada daerah Kuching, Padawan, Lundu dan Bau. Bahagian Serian pula Serian, Tebedu, Siburan. Bahagian Samarahan merangkumi Samarahan, Asajaya, Simunjam, Sebuyau, Gedong. Di Bahagian Sri Aman, terdapat daerah Simanggang, Lubok Antu, Pantu dan Lingga.

Bahagian Betong mempunyai daerah betong, Saratok, Kabong dan Pusa. Di bahagian Sarikei pula, daerah Sarikei, Maradong, Julau, Pakan. Bahagian Sibu terdiri daripada Sibu, Kanowit dan Selangau.

Selain itu, Bahagian Mukah merangkumi daerah Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis. Bahagian Kapit pula mempunyai daerah Kapit, Song, Belaga dan Bukit Mabong. Di bahagian Bintulu terdapat tiga daerah iaitu Bintulu, tatau dan Sebauh. Manakala Bahagian Miri terdiri daripada daerah Miri, Marudi, Subis, Beluru dan Telang Usan. Akhir sekali, Bahagian Limbang yang mempunyai dua daerah iaitu Limbang dan Lawas.

WAKTU BERBUKA SARAWAK ZON 1 & IMSAK

Zon 1 melibatkan kawasan Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas :-

zon 1 sarawak

SARAWAK ZON 2

Zon 2 pula melibatkan kawasan Niah, bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi :-

zon 2 sarawak

SARAWAK ZON 3

Waktu imsak dan berbuka puasa bagi Zon 3 Sarawak yang terdiri daripada kawasan Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu:-

zon 3 sarawak

SARAWAK ZON 4

Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit, Song merupakan kawasan di bawah Zon 4:-

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Tahun H

SARAWAK ZON 5

Bagi Zon 5 pula melibatkan kawasan Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang :-

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Tahun H

WAKTU BERBUKA SARAWAK ZON 6 & IMSAK

Zon 6 Sarawak terdiri daripada kawasan Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak :-

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Tahun H

WAKTU BERBUKA SARAWAK ZON 7 & IMSAK

Kawasan Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Maludam adalah Zon 7 Sarawak :-

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Tahun H

WAKTU BERBUKA SARAWAK ZON 8 & IMSAK

Zon 8 Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Bau, Lundu dan Sematan:-

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Tahun H

WAKTU BERBUKA SARAWAK ZON KHAS & IMSAK

Akhir sekali, Zon Khas di Sarawak merangkumi kawasan Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan.

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Sarawak Zon Khas Tahun H

 

Jadual lengkap dan terperinci boleh dimuat turun di pautan: JAKIM

Selain daripada JAKIM, umat Islam di Sarawak boleh merujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Islam Sarawak untuk hal ehwal berkaitan puasa dan hal ehwal Islam yang lain.

Sejarah Agama Islam di Sarawak

Islam dipercayai mula bertapak di negeri Saarwak sekitar kurun ke-16 Masihi. Agama Islam tiba ke negeri Bumi Kenyalang ini melalu pengaruh Kesultanan Melayu Brunei Darussalam. Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Darul Hana (dengan gelaran Sultan Ibrahim Ali Omar Shah) pada tahun 1599 Masihi dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.

Para Sharif berketurunan Arab telah diberi kepercayaan untuk mentadbor urusan umat Islam di Sarawak bagi pihak pemerintah Brunei pada ketika itu. Semasa pemerintahan Brooke pada 1841 Masihi, Datu’s Court diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal umat Islam dengan mewujudkan semula jawatan dan gelaran seperti Datu Imam, Datu Hakim, Datu Temenggong, Datu Bandar dan Datu Patinggi.

Sebuah organisasi bernama Majlis Shuyukh Al-Islam telah ditubuhkan pada tahun 1917 sebelum kewujudan Majlis Islam Sarawak. Pada 1 Mei 1955, Majlis Islam Sarawak ditubuhkan di bawah Majlis Islam Incorporation Ordinance, 1954. Majlis ini bertanggungjawab menggubal dasar dan mentadbir urusan hal ehwal Islam di negeri Sarawak.

Jabatan Agama Islam Sarawak pula bertanggungjawab dalam hal ehwal umat Islam seperti pernikahan, penceraian, pengurusan halal, pendidikan Islam, syariah dan dakwah Islam.  Semoga perkongsian berkenaan Jadual Imsakiah Ramadan untuk semua zon di Negeri Sarawak tahun 2024 membantu anda yang menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan.

Tinggalkan Balasan