Setiap negara di dunia mempunyai sebuah lambang yang digunakan sebagai lambang rasmi kerajaan masing-masing. Malaysia menggunakan sebuah lambang yang dipanggil sebagai Jata Negara. Lambang rasmi kerajaan Malaysia ini telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dan ianya berkuat kuasa sehingga kini adalah melalui Warta Kerajaan P.U (B) 563: Statut-Statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990. Di bawah dikongsikan lebih banyak informasi berkaitan Lambang Rasmi Kerajaan Malaysia untuk pengetahuan semua.
Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mengetahui lambang kerajaan sebagai salah satu perkara yang membezakan diri kita dengan warganegara lain. Tambahan pula, informasi ini penting untuk mengetahui latar belakang jata, elemen dan sentimen yang diterjemahkan melalui simbol tersebut. Kaedah penggunaannya juga wajar diketahui oleh semua agar ia tidak sewenang-wenangnya digunakan dimana-mana tanpa mengetahui etika.
Jata Negara : Kenali Lambang Rasmi Kerajaan Malaysia
Ianya merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Ianya menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri
Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)
Ciri-ciri
Untuk makluman semua, reka bentuk telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Perincian ciri-ciri Jata Negara adalah seperti berikut:
- Bintang Pecah 14 : Mewakili 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dalam Malaysia
- Anak Bulan dan Bintang : Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan
- Lima Bilah Keris : Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Atau dikenali sebagai negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu.
- Dua ekor Harimau Malaya di kiri dan kanan : Ia merupakan simbol keberanian yang perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
- Ikonik Penang : Simbol pokok pinang dan jambatan Pulau Pinang mewakili negeri Pulau Pinang
- Pokok Melaka : Simbol pokok Melaka yang berada di sebelah kanan mewakili Negeri Melaka
- Empat Jalur Berwarna : mewakili warna bendera empat buah negeri Melayu bersekutu.
- Jata Negeri Sabah : mewakili negeri Sabah
- Jata Negeri Sarawak : mewakili negeri Sarawak
- Bunga Raya : mewakili bunga kebangsaan
- Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” : mewakili intipati negara
- Warna Kuning : melambangkan sistem beraja dan warna di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Berikut adalah infografik gambar, fakta dan kod warna sebagai panduan buat semua:
Pemakaian Lambang Jata Negara
Berdasarkan Jabatan Penerangan Malaysia, Lambang kerajaan Persekutuan adalah hak Kerajaan Persekutuan. Lambang ini hanya boleh digunakan oleh kementerian, jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan atas urusan rasmi.
Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan dan badan-badan berkanun Persekutuan atau pertubuhan-pertubuhan kebangsaan tidak boleh menggunakan Lambang Kerajaan Persekutuan. Perkara ini dinyatakan secara jelas melalui Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan Tahun 2005: Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan. Contoh penggunaan boleh dirujuk pada infografik di bawah:
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2016 telah memutuskan agar penggunaan lambang rasmi kementerian/jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan digantikan dengan lambang Jata Negara. Kementerian Belia dan Sukan dibolehkan untuk menggunakan lambang sedia ada dalam bahan percetakan berkaitan publisiti program-program berkaitan belia dan sukan seperti risalah (pamphlet), kain rentang (banner), gegantung (bunting), latar pentas (backdrop) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ianya hendaklah digunakan bagi semua urusan rasmi kementerian.
Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016 telah menetapkan supaya semua kementerian dan agensi kerajaan menggunakannya sebagai lambang rasmi kecuali agensi-agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Rel : warna merah hitam putih dan kuning, duli yang maha mulia, merah hitam dan kuning,