Langkah Menjadi Juruteknik Bertauliah (Certified Technician). Untuk makluman lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), anda layak untuk mendapat gelaran Tc. Gelaran khas yang digunakan untuk Juruteknik Bertauliah ini pasti dapat membuka peluang pekerjaan yang terbaik buat anda. Sehingga Mac 2022, seramai 6,537 Juruteknik Bertauliah telah berjaya memohon dan mendapat sijil serta tauliah untuk digunakan.
Pentaulihan dan pensijilan adalah penting sebagai bukti kelayakan seseorang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, lepasan SKM Tahap 3 dan DLKM digalakkan untuk memohon sebagai Juruteknik Bertauliah supaya mendapat pengiktirafan rasmi daripada Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT). Lembaga yang ditubuhkan bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini bertanggungjawab untuk memberikan pengiktirafan profesional kepada tenaga kerja dalam bidnag teknologi dan teknikal yang telah dikenalpasti.
Langkah Menjadi Juruteknik Bertauliah (CT – Certified Technician)
Di bawah dikongsikan langkah-langkah menjadi juruteknik bertauliah (Certified Technician). Sekaligus dapat membantu anda yang berkelayakan untuk memohon dan memahami proses sebelum menjadi seorang Juruteknik Bertauliah.
Langkah Permohonan Juruteknik Bertauliah
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) berkongsi langkah-langkah untuk menjadi seorang Juruteknik Bertauliah seperti berikut
- Membuat permohonan untuk menjadi juruteknik berkelayakan di Lembaga Teknologis Malaysia secara online di Laman Web MBOT. Yuran sebanyak RM30 akan dicaj.
- Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menilai dan membuat keputusan samada permohonan layak atau tidak.
- Jika layak, permohonan untuk Penilaian Profesional perlu dibuat dengan yuran sebanyak RM300 akan dikenakan.
- Keputusan akan dinilai oleh Lembaga
- Jika berjaya, permohonan Pensijilan untuk Juruteknik Bertauliah boleh dibuat. Yuran RM200 akan dikenakan
- Status Juruteknik Bertauliah akan diberikan dan yuran tahunan sebanyak RM100, RM50 selepas umur 60 tahun
Untuk kaedah yang lebih terperinci, sila rujuk carta alir yang telah disediakan oleh Lembaga Teknologi Malaysia:
Cara Daftar Dan Log Masuk ke MBOT
Untuk membuat pendaftaran di Lembaga Teknologis Malaysia, sila buka pautan berikut
- Portal Rasmi MBOT
- Pilih jenis permohonan “Qualified Technician” dan klik “Register”
- Isi nama penuh seperti dalam kad pengenalan
- Seterusnya isi nombor kad pengenalan tanpa jarak
- Emel yang didaftarkan akan digunakan sebagai ID pengguna
- Cipta kata laluan dan klik Register
- Log Masuk menggunakan ID Pengguna (emel) dan kata laluan
Soalan Lazim Berkaitan Pendaftaran di MBOT
Berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan pendaftaran untuk menjadi Juruteknik Bertauliah:
1) Apa kelebihan mendaftar di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)?
- Pengiktirafan dan penerimaan. Individu yang berdaftar dan mendapat gelaran Tc mudah untuk diterima oleh industri, ahli akademik dan perkhidmatan awam
- Perkembangan bakat. Banyak peluang profesional dari setiap peringkat teknologi ditawarkan
- Pembelajaran sepanjang hayat. MBOT menggalakkan ahlinya menghadiri kursus-kursus profesional yang digunakanpakai waktu Continuing Profesional Development (CPD) dan boleh dilakukan secara terus melalui ahli Technology Expert Panel (TEP)
2) Bagaimana MBOT menilai permohonan untuk menjadi seorang Juruteknik Bertauliah?
- Permohonan untuk menjadi Juruteknik Bertauliah akan dinilai oleh pegawai selepas kelayakan akademik pemohon menepati syarat yang ditetapkan dan disemak oleh Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Pemohon juga akan melalui penilaian profesional dan kompetensi yang ketat sebelum dibentangkan kepad Lembaga oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Kelayakan. Pinilaian ini akan melibatkan pertimbangan profesional dan kecekapan kemahiran serta pengetahuan khusus dalam bidang teknikal masing-masing
3) Berapa jam CPD diperlukan oleh Juruteknik Bertauliah untuk melengkapkan pembaharuan pendaftaran?
- Juruteknik Bertauliah perlu melengkapkan bilangan yang diperlukan iaitu 20 jam CPD untuk memperbaharui pendaftaran profesional mereka.
4) Bagaimana cara untuk memastikan masa CPD dihantar kepada MBOT?
- Juruteknik Bertauliah (Tc.) mesti merekodkan waktu CPD dan memperbaharui pendaftaran melalui Sistem CPD MBOT di https://cpd.mbot.org.my/login.
5) Adakah wajib untuk melengkapkan CPD?
- Selaras dengan Seksyen 25 (1) Akta Juruteknologi dan Juruteknik 2015 (Akta 768), Lembaga Pengarah dengan ini telah menentukan pemenuhan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) sebagai syarat bagi perakuan pembaharuan pendaftaran untuk Juruteknologi Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).
Pembangunan di seluruh negara yang kembali rancak akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada juruteknik yang menyelenggara fungsi serta ekosistem sesebuah bangunan. Semoga perkongsian langkah menjadi Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) ini memberikan manfaat kepada semua.