Berita baik kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA telah menyediakan e-Panduan sebagai aplikasi pengiraan markah merit pelajar. Berikut dikongsikan Kalkulator Merit UPU iaitu panduan cara membuat pengiraan Markah Merit UPU menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum).
Pengiraan markah merit tidak perlu dilakukan secara manual lagi kerana aplikasi e-Panduan akan membantu pelajar untuk membuat pengiraan markah merit secara online. Untuk makluman, markah merit kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini adalah sejajar dengan sistem penggredan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diubah pada tahun 2009. Untuk lepasan STPM/ setaraf, konsep meritokrasi juga digunakan.
Kalkulator Merit UPU Cara Pengiraan Markah Merit UPU Secara Online Menerusi Konsep Meritokrasi
Adalah penting untuk pelajar mengetahui markah merit sebelum membuat permohonan UPUonline. Langkah ini bagi memastikan pelajar dapat menentukan bidang, kursus dan UA yang paling sesuai dengan merit yang mereka miliki.
Lepasan SPM boleh membuat pengiraan merit melalui Aplikasi UPUPOCKET. Sistem pengiraan merit terkini melalui laman web UPU juga boleh dilakukan
Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:
- a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 buah Politeknik, 105 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Berikut dikongsikan pautan aplikasi dan cara menggunakan kalkulator merit UPU bagi pelajar membuat kiraan markah merit UPU secara online mengikut kategori pemohon:
Aplikasi Kalkulator Merit UPU
Lepasan SPM/ Setaraf
Lepasan STPM/ Setaraf
Nota : Anda perlu memilih mengikut kategori masing-masing untuk membuat pengiraan markah merit
Langkah Membuat Pengiraan Markah Merit UPU
1) Pilih kategori anda. Contoh dibawah adalah bagi lepasan diploma, STPM/Matriks/Asasi:
2) Masukkan keputusan gred anda mengikut mata pelajaran dan jenis aliran dan klik kira.
3) Markah merit akan dipaparkan seperti di bawah:
Anda juga boleh membuat kiraan merit melalui aplikasi UPUPocket 2.0 yang telah dimuat turun di telefon masing-masing dengan langkah berikut :
Markah Kokurikulum
- Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT
- Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan
- Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
Untuk semak markah kokurikulum, anda boleh klik pautan berikut:-
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada pautan berikut :-
Diharap agar perkongsian berkaitan ini dapat membantu semua terutamanya pelajar-pelajar. Selamat maju jaya dalam membuat permohonan UPUonline dan diucapkan semoga anda berjaya.