Kategori Permohonan UPU 2025 SPM/ STPM

Kategori-kategori Permohonan UPU 2025. Berikut merupakan kategori UPU bagi sesi kemasukan tahun 2025-2026. Ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian tinggi. Terdapat dua bahagian kategori permohonan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Pengenalpastian kategori ini memudahkan pemohon daripada kalangan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi dalam mengisi borang mohon online UPU untuk mengenalpasti kategori-kategori mereka masing-masing agar supaya tidak melakukan kesilapan semasa mengisinya.

kategori permohonan upu

UPU 2025 Kategori (SPM/ STPM)

Berikut adalah maklumat lengkap senarai kategori pemohon sesi 2025-2026 online dari sumber Portal Rasmi UPU.

A. Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/Setaraf

Berikut adalah kategori untuk pelajar lepasan SPM atau setaraf dengannya yang ingin memohon.

BilKategori SPM/ SetarafPerkara
1
A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa
  • Calon yang menduduki SPM tahun 2024 sahaja
2
B

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa

  • Calon yang ingin menggunakan keputusan SPM pada tahun 2022 atau 2023

kategori spm upu

B. Kategori Permohonan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Untuk kategori bahagian ini, beberapa kategori telah dipecahkan kepada lepasan STPM atau setaraf dengannya. Berikut adalah kategori-kategori untuk pelajar yang ingin memohon.

BilKategori STPM/ SetarafPerkara
1
A, S
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (2024):
2
N, P, U, L, K, J, M, V
Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM dan Asasi UiTM
  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U : Aliran Undang-Undang (KPM) Calon Asasi UiTM
  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM
  • Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik
3
G
Diploma (Universiti Awam / Politeknik) :
  • Diploma Universiti Awam
  • Diploma Politeknik/ Kolej Komuniti
4
E
DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
  • Diploma Kemahiran Awam (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Diploma Vokasional Malaysia
  • Diploma IPTS/ Luar negara / Lain-lain Kelayakan
5
F
Kelayakan Setaraf :
  • A Level
  • International Baccalaureate Diploma (IBD)
  • Sekolah Sukan (SSBJ/ SSTMI/ SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • Matrikulasi KPM/ Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (Bukan Tahun Semasa)
  • AUSMAT/ SAM / CPLI
  • Asasi IPTS

kategori stpm upu

Iklan Permohonan Kemasukan Ke UA, Kolej Matrikulasi, IPGM, Politeknik, Kolej Komuniti Dan IKLA 2025

upu online

PERHATIAN

Permohanan oleh pelajar yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. Manakala, pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Diharap agar perkongsian berkaitan diatas ini dapat membantu pelajar bagi mengenalpasti kategori mereka dengan tepat semasa membuat permohonan UPU. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA atau IPTA  yang diinginkan!

Tinggalkan Balasan