Apa Maksud Status Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA. Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Kita sering mendengar perkataan Bumiputera dalam iklan-iklan kemasukan ke universiti dan yang berkaitan dengannya. Tetapi, adakah anda tahu apakah dia Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA dalam konteks berkenaan?
Berikut dikongsikan penjelasan berkaitan Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA. Juga dikongsikan program pengajian di UA/ IPTA yang hanya ditawarkan kepada pemohon Bumipitera dan juga terbuka kepada semua pemohon warganegara Malaysia.
Takrifan/ Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA
Maksud Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA adalah seperti berikut :-
i) Takrifan Bumiputera Bagi Semenanjung
- Jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
ii) Takrifan Bumiputera Bagi Sabah
- Jika BAPA calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
iii) Takrifan Bumiputera Bagi Sarawak.
- Jika BAPA DAN IBU calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Nota: Takrif Bumiputera yang diguna pakai adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke UA/ IPTA.
Program Pengajian Status Bumiputera Yang Ditawarkan Untuk Lepasan SPM/ Setaraf
Berikut adalah sebarai program pengajian di UA/ IPTA yang ditawarkan hanya kepada Bumiputera sahaja dan juga terbuka untuk semua tidak mengira status.
i) BUMIPUTERA SAHAJA
- Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
ii) BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA
- Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier.
Senarai Suku/ Kaum/ Keturunan Bumiputera
Berdasarkan senarai rujukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, berikut adalah senarai suku/ kaum/ keturunan yang dianggap sebagai bumiputera:
i) Melayu Semenanjung
ii) Orang Asli
NEGRITO
- KENSIU
- KINTAQ
- JAHAI
- MENDRIQ
- LANOH
- BATEQ
SENOI
- TEMIAR
- SEMAI
- JAH HUT
- CHE WONG
- SEMOQ BERI
- MAHMERI
MELAYU PROTO
- TEMUAN
- JAKUN
- SEMELAI
- KANAQ
- KUALA
- SELETAR
iii) Bumiputera Sabah
- i. ETNIK SABAH
ii. BAJAU
iii. DUSUN
iv. KADAZAN
v. MURUT
vi. SINO-NATIVE
vii. SULUK
viii. TIDUNG
ix. BINADAN
x. BISAYA
xi. BONGOL
xii. BRUNEI
xiii. DUMPAS
xiv. IRANUN
xv. IDAHAN
xvi. KWIJAU
xvii. KEDAYAN
xviii. LINGKABAU
xix. LUNDAYEH
xx. LASAU
xxi. MELANAU
xxii. MANGKAAK
xxiii. MATAGANG
xxiv. MINOKOK
xxv. MELAYU SABAH
xxvi. MOMOGUN
xxvii. PAITAN
xxviii. RUMANAU
xxix. RUNGUS
xxx. SUNGAI
xxxi. SONSONGAN
xxxii. SINULIHAN
xxxiii. TOMBONUO
xxxiv. TAGAL
xxxv. TINAGAS
xxxvi. COCOS
xxxvii. KIMARAGANG
xxxviii. BOLONGAN
xxxix. BUTON
xl. KAGAYAN
xli. BALABAK
xlii. KADAZAN-SINO
xliii. DUSUN-SINO
xliv. BAJAU-SINO
xlv. MURUT-SINO
xlvi. BRUNEI-SINO
xlvii. RUNGUS-SINO
xlviii. BISAYA-SINO
xlix. IDAHAN-SINO
l. IRANUN-SINO
li. KEDAYAN-SINO
lii. SUNGAI-SINO
liii. LUNDAYEH-SINO
liv. SULUK-SINO
lv. TIDUNG-SINO
lvi. BOLONGAN-SINO
lvii. BALABAK-SINO
iv) Bumiputera Sarawak
- i. BUMIPUTERA SARAWAK
ii. MELAYU SARAWAK
iii. MELANAU
iv. KEDAYAN
v. IBAN ATAU SEA DAYAK
vi. BIDAYUH ATAU LAND DAYAK
vii. KAYAN
viii. KENYAH
ix. MURUT ATAU LUN BAWANG
x. KELABIT
xi. PUNAN
xii. PENAN
xiii. TRING
xiv. LOGAT
xv. BAH MALI
xvi. NAROM
xvii. BAKONG
xviii. MIRIEK
xix. DALI
xx. SEGAN
xxi. BISAYA
xxii. BERAWAN
xxiii. BELOT
xxiv. BHUKET ATAU UKIT
xxv. BALAU
xxvi. BATANG AI
xxvii. BATU ELAH
xxviii. BAKETAN
xxix. BINTULU
xxx. BADENG
xxxi. DUSUN
xxxii. JAGOI
xxxiii. LAKIPUT
xxxiv. KAJANG
xxxv. KEJAMAN
xxxvi. KANOWIT
xxxvii. LIRONG
xxxviii. LEMANAK
xxxix. LAHANAN
xl. LISUM ATAU LUGUM
xli. MATU
xlii. MEMALOH
xliii. MELIKIN
xliv. MELAING
xlv. NGORIK ATAU MUREK
xlvi. MENONDO
xlvii. JAMOK
xlviii. SEBOP
xlix. SEDUAN
l. SEKAPAN
li. SEGALANG
lii. SIHAN
liii. SEPING
liv. SARIBAS
lv. SEBUYAU
lvi. SKRANG
lvii. SABAN
lviii. SELAKAN
lix. SELAKO
lx. TAGAL
lxi. TABUN
lxii. TUTONG
lxiii. TANJONG
lxiv. TATAU
lxv. TAUP
lxvi. UKIT
lxvii. UNKOP
lxviii. ULU AI
lxix. TORAJA
lxx. TIMOR
lxxi. MENADO
lxxii. MANURA
lxxiii. BATAK
lxxiv. PATHAN
lxxv. TONGANS
Sumber :miti.gov.my
Maklumat Lanjut
Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan UPUonline tahun 2018 telah dibuka pada tarikh 5 Februari sehingga 10 April 2018. Dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi.
Untuk mengakses borang permohonan, pemohon perlu untuk membeli Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) beredkatan sebelum tarikh tutup pembelian pada 9 April 2018. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja.
- Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
Semoga perkongsian Maksud Status Bumiputera Untuk Kemasukan Ke UA/ IPTA ini dapat membantu anda membuat keputusan dengan bijak. Semoga segala hajat anda tercapai.
Rel : orang ramai, semenanjung malaysia, sesebuah negara, anak tulen, sabah dan sarawak, bumiputera status, negara malaysia,