Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online SPM Ulangan Dan SPM

Perhatian kepada pelajar calon persendirian yang ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda diminta untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat persiapan menduduki peperiksaan SPMU dan SPM 2024. Tarikh rasmi pendaftaran SPMU 2024 adalah bermula dari 1 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024 tetapi akan dibuka semula bagi calon peperiksaaan SPM 2023 pada 15 Mei hhingga 7 Jun 2024 seperti yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Tarikh rasmi pendaftaran calon persendirian bagi SPM 2024 adalah bermula dari 1 Mac 2024 hingga 7 Jun 2024. Bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran calon persendirian SPMU dan SPM (calon baru atau mengulang), sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Untuk pengetahuan semua, SPMU diadakan bertujuan membei peluang kepada rakyat Malaysia yang pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengambil semula peperiksaan tersebut atas sebab-sebab tertentu. SPMU kebiasaannya diadakan dua kali setahun iaitu pada Ogos dan November 2024. Calon yang menduduki peperiksaan SPMU sesi Ogos hanya boleh mengambil tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Bagi sesi November pula calon akan menduduki peperiksaan bersama dengan calon SPM. Oleh itu, calon boleh menduduki semua kertas yang ditawarkan.

pendaftaran calon persendirian spmu

Panduan Dan Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU & SPM 2024 Online

Berikut dikongsikan tarikh rasmi pendaftaran calon persendirian SPM dan SPMU 2024, cara membuat pendaftaran, dokumen yang diperlukan serta lain-lain info penting berkaitan SPM persendirian SPMU 2024.

Maklumat lain yang dikongsikan termasuk semakan status pendaftaran dan kadar bayaran yang dikenakan.

Untuk makluman, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang pertanyaan berkaitan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA, SVM dan STAM boleh diajukan melalui e-mel ukb.lpm@gmail.com

Tarikh Pendaftaran  SPMU 2024

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar.

Sila pastikan anda membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup seperti dinyatakan di bawah ini

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 31 Mac 2024
  • Bagi calon SPM 2023 sahaja : 15 Mei hingga 7 Jun 2024

Tarikh Pendaftaran  SPM Persendirian 2024

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) persendirian buat rujukan pelajar. Sila pastikan anda membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup berikut

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 7 Jun 2024

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2024

Sila klik pautan dibawah untuk membuat pendaftaran secara online

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2024

Sila klik pautan dibawah untuk membuat pendaftaran secara online untuk calon baru atau mengulang:

  • Aplikasi Permohonan : Calon Baru 
  • Sila masukkan no kad pengenalan anda

Langkah-Langkah Melengkapkan Borang Pendaftaran SPMU Dan Calon Persendirian SPM Online

Sila teliti dan ikuti panduan di bawah untuk melengkapkan borang SPMU 2024 dan borang calon persendirian SPM Online

  1. Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)” atau calon baharu SPM (bergantung kepada permohonan anda). Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon
  2. Masukkan maklumat no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC
  3. Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan
  4. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan
  5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan
  6. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota
  7. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya
  8. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses

Calon boleh menyemak status pendaftaran pada tarikh yang dikemaskini di pautan berikut :-

Dokumen Yang Diperlukan

Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:

  1. Salinan Kenyataan Semakan;
  2. Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
  3. 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri

Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)

Peringatan

Berikut adalah maklumat penting berkaitan peperiksaan persendirian SPM dan SPMU 2024

  1. Sebelum menghantar borang permohonan sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat
  2. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah menduduki SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC
  3. Pendaftaran untuk calon persendirian SPM adalah sehingga 14 Jun 2024 dan calon SPMU adalah sehingga 7 Jun 2024
  4. Sila sertakan dokumen seperti yang di atas
  5. Semakan status permohonan pendaftaran SPM adalah bermula 7 April 2024 manakala SPMU adalah pada 7 April 2024
  6. Sila pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan bermula
  7. Jika ada pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) sila berbuat demikian di JPN negeri masing-masing
  8. Calon perlu mencetak semula PPP jika ada perubahan maklumat

9. Untuk SPMU :

  • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2024 sehingga 15/04/2024
  • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 08/06/2024 sehingga 14/06/2024
  • Calon-calon yang telah mendaftar peperiksaan SPMU secara atas talian tetapi belum membuat bayaran, boleh membuat bayaran secara perbankan internet (FPX)

10. Untuk SPM persendirian :

  • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024
  • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024

Pembayaran Pendaftaran SPMU

Berikut merupakan bayaran pendaftaran SPMU tahun lalu. Jika terdapat perubahan pada harga akan dikemaskini

  • SPMU Sesi Jun : Bayaran Asas – RM 20.00 & Bahasa Melayu (1103) – RM 12.00 & Matematik (1449) – RM 10.50 & Sejarah (1249) – RM 10.50
  • SPM sesi November : Bayaran Asas – RM 20.00, Bahasa Inggeris (1119) – RM 20.50 & Bayaran mata pelajaran bertanda * – RM 10.50 & Bayaran mata pelajaran bertanda ** – RM 12.00

Untuk senarai mata pelajaran yang ditawarkan, sila rujuk gambar di bawah ini.

Senarai Mata Pelajaran

senarai mata pelajaran peperiksaan spm dan spmu calon persendirian

Maklumat Lanjut

Sila rujuk kepada panduan berikut :-

Diharap perkongsian panduan Pendaftaran Calon Persendirian SPMU/ SPM dapat memberi manfaat kepada bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2024. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan