Pendaftaran MUET Sesi 3 2024 Online

Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi 3 tahun 2024. Adakah anda tahu bagaimana cara untuk membuat pendaftaran ujian MUET? Untuk makluman, pendaftaran peperiksaan MUET bagi sesi 3 tahun 2024 akan dibuka pada tarikh-tarikh yang dikongsikan di jadual di bawah. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran MUET sesi 3 2024 online sebagai panduan semua.

Sebagai peringatan, calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 3 tahun 2024 perlu mendaftar mengikut tarikh yang ditetapkan dalam jadual Kalender MUET. Pendaftaran awal akan membantu urusan pendaftaran calon diproses tanpa masalah dan permohonan selepas tarikh pendaftaran tidak akan dipertimbangkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

pendaftaran muet sesi 3

Borang Pendaftaran MUET Sesi 3 2024 Online

Malaysian University English Test (MUET) adalah peperiksaan yang penting untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di peringkat ijazah sarjana muda. Peperiksaan ini dijalankan sebanyak 3 kali dalam setahun mengikut sesi.

Berdasarkan pada Kalendar Peperiksaan MUET 2024 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET Sesi 3 tahun 2024 adalah seperti berikut:

TARIKH PENTING PENDAFTARAN MUET SESI 3 TAHUN 2024

TarikhAktiviti
8 Ogos 2024Tarikh Pendaftaran dibuka
15 September 2024Tarikh Pendaftaran Ditutup
3, 4, 5, 9, 10 dan 12 Disember 2024Tarikh Ujian Lisan Speaking
7 Disember 2024Tarikh Ujian Bertulis

NOTA :

Sila cetak slip pendaftaran MUET/ ID yang baharu pada pautan berikut bermula 18 Oktober 2024 dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Cara Daftar MUET Sesi 3 2024 Secara Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 3 2024 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi MyMPM MUET online
    • Klik Calon Persendirian untuk calon persendirian
    • Klik Calon Sekolah/ Institusi untuk calon sekolah atau institusi
  2. Calon dikehendaki terlebih dahulu membaca Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
  3. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik

Panduan Pendaftaran Calon Persendirian MUET

Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut :-

carta alir pendaftaran calon persendirian muet

pewartaan kadar yuran baharu muet

CAPAIAN SISTEM

  • MPM Portal ~ www.mpm.edu.my atau Taip https://muet.mpm.edu.my/

BORANG PERMOHONAN

  • Pilih negeri pilihan calon untuk Exam Centre
  • Pilih nama Exam Centre
  • Isi maklumat peribadi yang diperlukan
  • Buat pembayaran secara online

PERINGATAN : Mulai tahun 2023, pendaftaran MUET bagi Calon Persendirian Individu tidak lagi menggunakan PIN MEC, tetapi bayaran adalah secara perbankan internet secara dalam talian di pautan https://muet.mpm.edu.my

    • Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM150.00 (calon Warganegara) dan RM350.00 (calon Bukan Warganegara) serta RM10.00 sebagai Caj perkhidmatan pengeposan sijil MUET
  • Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran
  • Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil kelahiran)
  • Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
  • Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal
  • Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
  • Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat
  • Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal
  • Dashboard bagi pengguna portal akan terpapar. Menunjukkan bahawa proses pendaftaran pengguna portal berjaya

NOTA

  1. PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran. No. PIN MEC adalah untuk calon sekolah/ institusi membayar yuran pendaftaran
  2. Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pendaftaran melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN atau secara atas talian bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
  3. Jika dalam tempoh 1 jam tiada balasan email mengenai lupa katalaluan, calon boleh menghantar terus ke email mpmadmin@mpm.edu.my atau menghubungi MPM di talian 03-6126 1691/1692.
  4. Bagi calon yang mendaftar MUET, pendaftaran tidak berjaya sekiranya pusat menduduki peperiksaan tidak dipilih
  5. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Check Slip Daftar 2024 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Berikut adalah grafik proses pendaftaran MUET secara online:-

proses pendaftaran ujian muet

Maklumat Lanjut

Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261661/62 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua terutamanya calon yang ingin membuat pendaftaran. Tahniah diucapkan kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan ujian yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan