Apakah Perbezaan Di Antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional Dan METrO. Anda berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke Politeknik di Malaysia? Untuk makluman, terdapat 3 jenis Politeknik yang terdapat di Malaysia. Ianya adalah Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Hendak tahu apakah Perbezaan Politeknik Premier Konvensional dan METrO?
Terdapat 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh Malaysia. Pengajian di Politeknik menawarkan Program Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar lepasan SPM dan setaraf. Memasuki Politeknik adalah salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian tinggi mereka selain Universiti awam, IPTS dan Kolej Kemahiran (ILKA).
Apa Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO
Ketiga-tiga jenis Politeknik di Malaysia mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Ianya sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.Ramai pelajar yang ingin memasuki Politeknik kerana faktor-faktor berikut :-
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf MQA
- Yuran pengajian yang berpatutan
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional Dan Politeknik METrO
Berikut dikongsikan apakah perbezaan di antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional / METrO untuk panduan dan rujukan pelajar semua.
A. Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Kini terdapat tiga politeknik premier iaitu :-
Senarai Lokasi Politeknik Premier
- Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
- PSA – Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor
- Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
B. Politeknik Konvensional
Adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM adalah melalui UPU Online atau pun melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik. Antara lain Poli Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa.
Senarai Lokasi Politeknik Konvensional
- Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
- Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
- Kota Bharu, Kelantan
- Politeknik Kuching, Sarawak
- Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
- Kota Kinabalu, Sabah
- Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
- Politeknik Kota, Melaka
- Kota Kuala Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
- Politeknik Merlimau, Melaka
- Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
- Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
- Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
- Politeknik Muadzam Shah, Pahang
- Politeknik Mukah, Sarawak
- Balik Pulau, Pulau Pinang
- Politeknik Jeli, Kelantan
- Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
- Banting, Selangor
- Politeknik Mersing, Johor
- Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
- Sandakan, Sabah
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor
C. Politeknik METrO
Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
Senarai Lokasi Politeknik METrO
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
- METrO Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik METrO Betong (PMB)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam memilih pilihan pengajian tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
pendidikan tinggi wilayah dalam bidang