Permohonan DPLI UKM 2024 Online

Permohonan DPLI UKM Sesi 2024-2025 Online. Panduan buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Adalah dimaklumkan yang Permohonan DPLI UKM sesi 2024-2025 secara online akan dibuka dua ambilan pada setiap tahun iaitu sesi ambilan Februari dan September. Penawaran kemasukan baharu adalah untuk Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Untuk program DPLI, penawaran adalah di Kampus UKM, Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan, Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak dan UCSF Kota Kinabalu, Sabah. Keistimewaan program ini adalah jadual pembelajaran mengikut masa yang fleksibel dan dijalnkan pada waktu cuti sekolah (MOD Cuti Sekolah)

Permohonan DPLI UKM Online

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM 2024-2025

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan DPLI UKM 2024 Online meliputi tarikh penting permohonan, aplikasi permohonan, syarat kelayakan memohon dan maklumat lanjut.

Nota Penting

  1. Penawaran Program Pendidikan DPLI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian
  2. Saringan permohonan program akan dibuat merujuk kepada kelayakan ijazah pemohon serta melihat kepada opsyen yang ditawarkan di UKM
  3. Tempoh program DPLI adalah SETAHUN enam bulan. Jadual bagi program ini agak padat dan juga mempunyai program wajib diikuti diantaranya Program Bina Insan Guru (melibatkan aktiviti lasak) dan partikum (Latihan Mengajar)
    • Bagi memastikan program ini tamat dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan, pelajar tidak boleh mengandung sepanjang pengajian. Sekiranya didapati mengandung tawaran ini akan terbatal secara automatik

TARIKH PENTING PERMOHONAN AMBILAN SEPTEMBER

DibukaDitutup
15 Julai 2024
D2714 : DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Syarat kemasukan program adalah seperti berikut. Calon-Calon Mestilah Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Keperluan Khas Program.

Syarat Kemasukan Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)

A. SYARAT AM UNIVERSITI

1. Warganegara Malaysia

2. Mempunyai kelayakan :-

  • i. Lulus SPM
  • ii. Lulus Diploma / STAM / STPM
  • iii. Lulus Sarjana Muda dari Universiti Awam/ Swasta

B. SYARAT KHAS

1. Memenuhi Syarat Am Universiti. DAN

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 ke atas dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; DAN

3. Sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan DAN

4. Lulus temuduga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM

Berikut adalah langkah dalam membuat permohonan DPLI UKM sesi 2024-2025 online :-

PANDUAN PERMOHONAN DPLI UKM ONLINE

  1. Layari Borang Permohonan DPLI UKM (https://koperasisiswazah.onpay.my/prospect/form/linkpermohonan_dplisept_2024)
  2. Isikan nama, emel dan nombor telefon pemohon
  3. Klik “Hantar”
  4. Lengkapkan permohonan dengan mengikuti arahan yang diberikan
  5. Pemohon akan dimaklumkan ID akses melalui emel masing-masing
  6. Keputusan permohonan akan dikeluarkan di sistem secara berperingkat mulai Julai 2024

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:

  • Yuran pengajian yang berpatuttan
  • Dijalankan semasa cuti penggal Persekolahan
  • Jangka masa pengajian setahun enam bulan (18 bulan)
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  • Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)

Pemohon perlu membayar yuran pengajian yang telah ditetapkan seperti di bawah :-

  • Semester 1 : RM3,500
  • Semester 2 : RM3,500
  • Semester 3 : RM3,200

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM10,200.00

Maklumat Lanjut

  • Koperasi Siswazah Bangi Berhad
    Aras 1, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600, Bangi, Selangor.
  • No. Telefon Koperasi Siswazah Bangi Berhad : 018 2290929
    • Cik Zuhayra : 011 60809134
    • Cik Shahida : 011 33291320
    • Encik Rafi : 011 20510062
    • Puan Nabilah : 011 28032115
  • Telegram Rasmi DPLI UKM
  • Iklan permohonan DPLI UKM

Selamat membuat Permohonan DPLI UKM 2024 Online. Moga permohonan anda untuk Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) berjaya.

Tinggalkan Balasan