Permohonan DPLI UM Online Sesi September 2024 (Universiti Malaya)

Permohonan DPLI Universiti Malaya 2024 Online.  Perhatian kepada mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM). Untuk makluman, permohonan DPLI UM (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) bagi sesi 2024 dibuka secara online pada 2 Februari hingga 30 April 2024. Penawaran kemasukan pelajar adalah untuk Program Pasca Siswazah Pendidikan UM yang menawarkan pengkhususan dalam pelbagai bidang.

Program Pasca Siswazah Pendidikan UM akan dijalankan selama satu tahun dan kelas akan diadakan pada masa yang fleksibel. Peringatan kepada pemohon bahawa tiada jaminan untuk terus mendapat tempat sebagai guru di sekolah kerana ia bergantung kepada kekosongan yang ada.

permohonan DPLI UM

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Sarjana (DPLI) UM 2024

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan ambilan tahun 2024 meliputi tarikh penting permohonan, cara memohon, syarat kelayakan dan maklumat lanjut.

TARIKH PENTING

DibukaDitutup
2 Februari 2024
30 April 2024
*

Syarat kelayakan permohonan ambilan tahun 2024 adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun
  3. Pemohon tidak mempunyai masalah kesihatan, sihat tubuh badan, dan berupaya melakukan aktiviti dalam program yang telah diaturkan
  4. Pemohon memegang ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
  5. Pemohon merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
  6. Pemohon mendapat sekurang kurangnya kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V)
  7. Pemohon yang ingin memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
  8. Pemohon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon9. Pemohon dikehendaki menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran

Berikut adalah senarai bidang pengkhususan yang ditawarkan dalam program DPLI UM:

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Arab
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Sains Komputer
  6. Matematik
  7. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  8. Biologi
  9. Kejuruteraan
  10. Kimia
  11. Pendidikan Islam
  12. Fizik
  13. Pendidikan Tahfiz
  14. Sejarah
  15. TESL

Dibawah adalah cara membuat permohonan DPLI UM 2024 Online bagi panduan pemohon:

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE

Layari Aplikasi  MAYA UM untuk memohon

1. Permohonan kali pertama sila buat pendaftaran sebagai pengguna baharu terlebih dahulu dengan Universiti Malaya jika masih belum mendaftar

  • Create New Account
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Tekan butang Register

2. Kod verifikasi akan dihantar ke email setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Klik pada pautan link yang diberikan dalam email untuk meneruskan langkah seterusnya iaitu Login Borang

3. Untuk mengisi borang permohonan, sila tekan “Add New Programme”

4. Sila pastikan maklumat dalam borang permohonan adalah seperti berikut :-

  • Mode of Programme : Course work (Kerja Kursus)
  • Intake : Semester 1, Session 2024/2025 (Sep 2024)
  • Academy/ Faculty : Education
  • Programme : PQH – Diploma in Education

5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan saau persatu di borang permohonan. Jika semua maklumat/ butiran lengkap telah diisi, sila tandakan setuju kepada message ‘Tick here if you have read through and agreed with the above terms and conditions’

6. RM50 dikenakan sebagai wang proses permohonan

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dalam membuat permohonan bagi sesi 2024, anda boleh hubungi pihak Universiti Malaya di:

  • 03-7967 5103 (Pn. Eita)
  • E-mel: dppum2um.edu.my
  • E-mel: skp_aasc@um.edu.my
  • E-mel: umsits.support@um.edu.my

Iklan Permohonan DPLI UM

Diharap perkongsian panduan permohonan di atas dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

Related : pendidikan lepasan ijazah dpli graduan lepasan ijazah sarjana dpli um 2022 lepasan ijazah sarjana muda untuk menjadi program ijazah sarjana muda sarjana muda bukan pendidikan lepasan spm,

Tinggalkan Balasan