Panduan buat pelajar bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran. GIATMARA mempelawa mereka yang berumur 15 tahun ke atas samada lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat. Kepada yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan GIATMARA untuk menyertai program latihan sepenuh masa atau kursus jangka pendek di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2025.
Permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA secara online dan manual di seluruh Malaysia akan dibuka pada bulan November bagi sesi kemasukan Januari 2025. Mereka yang berminat dan berkelayakan tetapi terlepas permohonan Januari, anda boleh membuat permohonan pada sesi Julai 2025. Terdapat juga pengambilan sesi April dan Oktober untuk kemasukan ke GIATMARA terpilih.
Permohonan GIATMARA 2025 Secara Online (Sepenuh Masa / Kursus Jangka Pendek)
Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA
- Bumiputera
- Berumur minima 15 tahun
- Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
- Sihat tubuh badan
- Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
- Keutamaan kepada B40
Cara Membuat Permohonan GIATMARA
Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Kursus Jangka Pendek.
i) Program Sepenuh Masa
- Untuk permohonan kemasukan ke giatmara 2025 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time).
- Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda:
- 1. Klik Permohonan Baru
- 2. Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan sebagai ID
- 3. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada bahagian Butir-Butir Peribadi, Maklumat Am, Kursus Pilihan, Maklumat Penjaga, Tempat Tinggal dan klik Simpan & Seterusnya di setiap bahagian.
- 4. Pada bahagian Perakuan, klik Hantar Permohonan
- 5. Kemudian klik Cetak Permohonan untuk menyimpan rekod permohonan yang telah dibuat.
- Permohonan dibuka pada 1 Oktober 2024 hingga 15 November 2024. Pendaftaran pelajar akan dibuat pada 2 Januari 2025.
ii) Program Kemahiran Kursus Jangka Pendek
Kursus jangka pendek GIATMARA atau lebih dikenali sebagai Kursus Lifelong Learning (3L) adalah suatu program yang telah lama dilaksanakan di seluruh Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi.
Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari di GIATMARA disamping menjadikan kemahiran berkenaan sebagai pemangkin untuk memberi nilai tambah dalam sosio ekonomi masyarakat bumiputera di Malaysia.
Kursus dijalankan antara 1 hari hingga 3 bulan bergantung kepada bidang kemahiran yang ditawarkan.
- Bagi yang berminat dengan program kemahiran jangka pendek ini, sila rujuk kepada maklumat permohonan di pautan berikut
- PORTAL 3L
- Pautan borang permohonan boleh didapati atau diisi di Link Application
Cara Check Layak Atau Tidak
Untuk rujukan pemohon, status layak atau tidak boleh disemak secara online do GSPel.
Senarai Jurusan Kursus Yang Ditawarkan
Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :
- Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
- Kluster Elektrikal (KEL)
- Kluster Elektronik Mekatronik
- Kursus Kluster Fabrik
- Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kluster Hospitaliti
- Kursus Kluster Kulinari
- Kursus Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kursus Kluster Pengangkutan
- Kursus Kluster Percetakan
- Kluster Senibina
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
- GIATMARA Sendirian Berhad
- No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia - Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820 - Emel: webmaster@giatmara.edu.my
- Portal Pengumuman GIATMARA
Selamat membuat Permohonan GIATMARA secara Online Sepenuh Masa serta Kursus Jangka Pendek dan semoga anda berjaya. Sebarkan maklumat ini supaya manfaat dapat dikongsikan bersama.
Related : teknikal dan vokasional untuk