Permohonan ILKBS 2025 Online (IKBN, IKTBN, AKBG). Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). Permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi permohonan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Berdasarkan Sistem Online ILKBS, permohonan IKBN 2025 sesi 1 2025 telah dibuka melalui laman permohonan ekampus KBS bermula 1 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024. Tarikh permohonan ILKBS untuk sesi 2 2024 melalui sistem permohonan ILKBS dan TVET akan dibuka pada 25 Mac 2024.
Individu yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran dipelawa untuk memohon. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Permohonan ILKBS 2025 Online (IKBN, IKTBN, AKBG)
Berikut dikongsikan panduan dalam membuat permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi IKBN, IKTBN dan AKBG sesi ambilan Januari 2025 dan Julai 2024.
Permohonan IKBN, IKTBN & AKBG (ILKBS) Sesi 1 2025
Sistem Permohonan ke ILKBS sesi 1 2025 akan dibuka dan ditutup pada tarikh berikut :
- Tarikh buka dan tutup : 1 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024
- Aplikasi permohonan : https://ekampus.kbs.gov.my/
Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ILKBS sesi 1 2025 :-
- Tarikh Panggilan Temuduga : 25 November – 6 Disember 2024(Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 : akan dikemaskini
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : akan dikemaskini
- Permohonan rayuan : akan dikemaskini
- Semakan keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2025: 3 Februari 2025
Sesi 2 2024
Permohonan kemasukan adalah melalui sistem eKampus KBS https://ekampus.kbs.gov.my/ bagi lepasan SKM/ST dan melalui sistem TVET https://www.tvet.gov.my/ bagi lepasan SPM
- Kategori A (bagi calon lepasan SPM tahun 2023) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2022 – 2021)
- Calon yang menduduki SPM tahun 2020 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKTBN/ IKBN/ AKBG) secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat
Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi 2 2024
Jualan No Unik ID UPU di BSN Berharga RM15.60 untuk permohonan UPUonline sahaja : 24 Februari 2020- Permohonan melalui Portal eKampus dan TVET dibuka pada : 25 Mac hingga 11 Jun 2024
- Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM kemasukan sesi 2 2024 : akan dikemaskini di https://ekampus.kbs.gov.my/
- Semakan keputusan permohonan lepasan SPM dan SKM/ SK/ DKM : 28 Jun 2024 di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pengesahan terima/ tolak tawaran kemasukan ke ILKBS sesi 2 2024 : 28 Jun – 14 Julai 2024 : https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pendaftaran pelajar baru sesi 2 2024 : 5 Ogos 2024
Syarat Kemasukan Kelayakan Permohonan IKBN
Berikut adalah diantara syarat umum permohonan :-
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
- Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.
Bidang Yang Ditawarkan Di IKBN
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
- Teknologi Pertanian
Program Yang Ditawarkan
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Maklumat Lanjut
Sekiranya pemohon menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, pemohon boleh hubungi talian berikut:
- 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03-8871 3683
- Semakan keputusan klik Keputusan ILKBS Online
Maklumat lengkap berkaitan dengan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), pemohon boleh merujuk kepada pautan berikut :-
- Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia – Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
- Portal Rasmi TVET Madani
Semoga perkongsian maklumat Permohonan ILKBS 2025 Online (IKBN, IKTBN, AKBG) dapat memudahkan urusan anda. Selamat berjaya kepada semua.