Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2024

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan dalam salah satu manifestonya akan menawarkan insentif siswa kepada anak johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor YPJ adalah terbuka kepada anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan sarjana muda. Permohonan terbuka untuk pemohon yang mendapat tawaran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih iaitu Kolej YPJ, Educity dan Marsah.

Pakatan Harapan Johor dalam PRU14 yang lalu berjaya menubuhkan kerajaan negeri setelah berjaya menang mudah ke atas kerajaan terdahulu, Barisan Nasional. Dalam kempen pakatan harapan (PH) telah menjanjikan 10 janji jika berjaya menawan Johor. Justeru itu, sebagai menunaikan janji PH Menteri Besar Johor telah mengumumkan menerusi laman facebook rasminya akan membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Insentif Harapan Siswa. Bagi tahun 2024, satu insentif untuk mahasiswa anak Johor telah diperkenalkan.

Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2018

Tarikh Dan Cara Membuat Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2024 Online

Bagi memudahkan pemohon untuk membuat permohonan, berikut dikongsikan tarikh buka dan tarikh tutup membuat permohonan serta cara membuat permohonan untuk rujukan semua:

TARIKH PENTING

  • Dibuka : 12 Mei 2024
  • Ditutup : 30 Jun 2024

KADAR BANTUAN

  1. Bantuan secara One-Off : RM50

Nota: Bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian

CARA PERMOHONAN INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR

  1. Pemohon perlu melayari Laman Web Rasmi YPJ dan daftar pra-permohonan secara atas talian (online). Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan di pautan daftar pra-permohonan.
  2. Lengkapkan butiran permohonan secara online

PENTING: Tiada borang disediakan di kaunter YPJ

Syarat Am Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor.

Pemohon perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon hendaklah lahir dan menetap di Johor
  2. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar di IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Politeknik dan Kolej Komuniti
  3. Pemohon telah berdaftar dengan 25 Persatuan Anak Johor di setiap IPT atau Gabungan Mahasiswa Anak Johor
  4. Pelajar pengajian sepenuh masa sahaja

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) melalui cara berikut:

Semoga perkongsian panduan Permohonan ini dapat membantu mereka yang berkelayakan untuk membuat permohonan seterusnya mengurangkan beban untuk melanjutkan pengajian tinggi. Selamat maju jaya diucapkan.

Tinggalkan Balasan