Permohonan KKTM IKM MJII 2025 Online

Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf. Berikut dikongsikan panduan membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf Sesi Januari 2025. Permohonan KKTM IKM MJII adalah melalui aplikasi SPUPIM atau Laman web UPU dan boleh dibuat secara online.

Bagi sesi Januari 2025 tidak memerlukan no. pin. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Permohonan KKTM IKM MJII

Permohonan Kemasukan Ke IPMA (KKTM IKM MJII) 2025 Online

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan ke KKTM, IKM dan MJII 2025:

i) Melalui SPUPIM

Sesi/Tarikh:

  • Sesi Januari 2025 (Semua KKTM, IKM dan MJII lain):
    • Tarikh Buka : 1 Oktober 2024
    • Tarikh Tutup : 15 November 2024
  • Sesi Julai 2024 (Semua KKTM, IKM dan MJII lain):
    • Tarikh Buka : 19 Mac 2024
    • Tarikh Tutup : 9 Ogos 2024

Percuma : Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara online di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Online, di pautan berikut:

ii) Permohonan UPU Online 

Tarikh : 29 Februari 2024 sehingga 11 Jun 2024

ii) Permohonan UP_TVET

Tarikh : 1 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024

Nota Penting Pengambilan IPMA MARA

  1. Penawaran pengambilan dibuat dua (3) kali setahun iaitu APRIL, JULAI dan JANUARI
  2. Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE

Syarat Kelayakan Permohonan KKTM IKM MJII

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan berdasarkan kepada program pengajian :-

i) Program Sijil

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

ii) Program Diploma

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
  • Untuk maklumat mengenai syarat & kelayakan kemasukan ke KPM, KKTM, IKM & MJII, panduan permohonan, maklumat tentang program yang ditawarkan, serta soalan lazim, sila layari laman web TVETMARA di pautan ini:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • Alamat:
    • Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon:
    • 03-26134611/4612/4618/4605
  • Fax: 03-26914510

Semoga perkongsian panduan Permohonan dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan