Permohonan Kolej Komuniti 2024/ 2025 Online

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti 2024 Online. Panduan buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kolej Komuniti Sesi Mac, Jun Dan Disember 2024 yang memaparkan maklumat pautan borang, tarikh penting dan cara memohon.

Buat pengetahuan semua, bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula digunakan bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan  untuk kemasukan sesi Julai ke Universiti Awam (UA), IPG, Matrikulasi, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti bagi sesi akademik 2024/2025 untuk Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat melalui UPUonline bermula dari tarikh 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024.

permohonan kolej komuniti

Cara Mohon Kemasukan Ke Kolej Komuniti Tahun 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan tahun 2024 buat rujukan pemohon. Terdapat 4 program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:

  • Sijil Kolej Komuniti (T)
  • Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  • Sijil Kolej Komuniti (M)
  • Sijil Kolej Komuniti (P)

Kursus pendek juga ada ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat

Syarat Kemasukan Ke Kolej Komuniti

Berikut adalah syarat umum kemasukan :-

a) Diploma

  • Lulusan Sijil Kolej Komuniti
  • Lulusan SPM : Lulus SPM dengan 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

b) Sijil Kolej Komuniti

  • Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)

Permohonan Kolej Komuniti Online Sesi Mac, Jun Dan Disember 2024

Terdapat tiga kaedah untuk membuat permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti seperti berikut  untuk sesi kemasukan Mac, Jun dan Disember 2024:-

i. Permohonan melalui UPU Online (Sesi Mac)

Untuk sesi Mac. Iklan kemasukan permohonan biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada awal Februari setiap tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 (SPM) dan (STPM/Setaraf) melalui Permohonan UPU online.

Pemohon perlu untuk membeli nombor PIN unik UPU seperti dahulu di Bank Simpanan Nasional dan terus melayari laman sesawang UPU di https://upu.mohe.gov.my/

ii. Permohonan Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online (Sesi I) 2024/2025

Untuk maklumat semua, permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bagi sesi I 2024/2025 adalah bermula pada 1 April 2024 hingga 10 Mei 2024

Permohonan adalah bagi kemasukan program seperti berikut:

  • Sijil Kolej Komuniti
  • Sijil Kemahiran Khas Politeknik
  • Pra Diploma Politeknik
  • Diploma Politeknik
  • Diploma Kolej Komuniti

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti melalui pautan berikut:

Tarikh-tarikh penting yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan eBorang dibuka : 1 April 2024
  • Borang Permohonan eBorang ditutup : 10 Mei 2024
  • Semakan Panggilan Temuduga : 20 Mei 2024
  • Sesi Temuduga : 27 – 31 Mei 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan : 1 Julai 2024
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 1 Julai 2024
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 8 Julai 2024
  • Semakan Keputusan Rayuan : 8 Ogos 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : 28 Julai 2024

Kemasukan ke Kolej Komuniti, sila hubungi @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 3837 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.

iii. Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online (Sesi II) 2023/2024

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan Sesi II 2023/2024 boleh dimohon pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2023. Tarikh-tarikh penting yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan eBorang dibuka : 3 Oktober 2023
  • Borang Permohonan eBorang ditutup : 1 Disember 2023
  • Semakan Panggilan Temuduga : 6 – 7 Disember 2023
  • Sesi Temuduga : 11 hingga 14 Disember 2023
  • Semakan Keputusan Permohonan : 2 Januari 2024
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 2 Januari 2024
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 9 Januari 2024
  • Semakan Keputusan Rayuan : 18 Januari 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : Bermula 29 Januari 2024

Maklumat lanjut berkenaan Sesi II 2023/2024 boleh dirujuk pada iklan

iklan permohonan kemasukan ke politeknik kolej komuniti sesi

iv. Hadir Ke Kolej Komuniti (walk-in)

Pemohon boleh datang ke Kolej Komuniti untuk memohon. Senarai lokasi dan alamat Kolej Komuniti di Malaysia boleh dirujuk di

Semakan Keputusan Kolej Komuniti Online

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui/ membuat semakan keputusan Kolej Komuniti sesi Mac, Julai dan Disember 2024 melalui kaedah berikut :-

1. Laman Web UPU (Untuk sesi Julai) dan JPKK.
2. Talian bebas tol: 1800 88 7755
3. Menghubungi kolej komuniti yang berdekatan

Semakan Keputusan ke Kolej Komuniti boleh dirujuk di maklumat berikut :-

  1. Ambilan Fasa I 2023 : 7 Julai 2023 (Tarikh permohonan UPU 2023)
  2. Sesi I 2024/ 2025 : 1 Julai 2024
  3. Sesi II 2023/ 2024 : 2 Januari 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat di bawah:

Sebarang pertanyaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus-kursus pendek) boleh dirujuk di laman sesawang:

Untuk maklumat lanjut sesi Julai, pemohon boleh merujuk di

Selamat membuat Permohonan. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian tercapai.

Tinggalkan Balasan