Perhatian buat semua para pelajar lepasan SPM 2023 yang sedang mencari tajaan atau biasiswa untuk membantu menampung kos perbelanjaan pengajian di peringkat tinggi. Berita baik buat anda. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada membuka tawaran penajaan untuk mengikuti pengajian peingkat Diploma di institusi yang dikenalpasti di bawah Program Dermasiswa B40 tahun 2024. Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 secara online di eSILA.
Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET yang mempunyai prospek dan kebolehpasaran tinggi dalam industri.
Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 buat rujukan semua. Antara butiran yang disertakan termasuklah syarat-syarat permohonan, cara membuat permohonan serta bidang pengajian yang tidak ditaja.
Tarikh Permohonan
- 5 Ogos 2024 (Tarikh Buka) : 200 petang
- 18 Ogos 2024 (Tarikh Tutup) : 1200 tengah hari
Nota : Jangkaan keputusan permohonan diumumkan adalah pada bulan Oktober 2024. Keputusan akan diumumkan di laman sesawang eSILA.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi pengumuman tarikh keputusan juga akan diumumkan di laman web yang sama.
Cara Memohon
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:
1.Lakukan Permohonan di pautan berikut:
2. Bagi memudahkan urusan permohonan, calon boleh merujuk panduan memohon:
3. Sebarang aktiviti pendaftaran, pengemaskinian atau pemindaan maklumat permohonan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan4.Bagi memastikan proses permohonan telah sempurna, Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2024 perlu dicetak sebagai bukti permohonan telah dilengkapkan
Institusi Yang Ditaja
Untuk tahun 2023 ini, penajaan Program Dermasiswa B40 melibatkan pengajian yang ditawarkan di institusi-institusi berikut:
- Universiti Awam
- Politeknik
- Institut Kemahiran Awam
Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja
Senarai bidang pengajian yang tidak ditaja oleh Program Dermasiswa B40 adalah seperti di bawah:
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
Syarat-Syarat Umum Permohonan
Syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi bagi calon yang berminat adalah seperti berikut:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023
- Belum berumur 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun untuk pelajar peralihan)
- Ibu dan / atau bapa tidak di-blacklist (senarai hitam) oleh pihak JPA atau sedang dikenakan tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak mendapat bantuan dari segi kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama
- Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga berjumlah tidak lebih dari RM5,249.00 sebulan (kategori B40)
Syarat-Syarat Khusus 1
Syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi bagi calon yang menjalankan pengajian di Universiti Awam dan Politeknik adalah seperti berikut:
- Menduduki SPM pada tahun 2023 dan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Juga memperoleh gred C atau lebih tinggi dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tempat serta memulakan pengajian di institusi berkenaan
Syarat-Syarat Khusus 2
Buat calon yang menjalankan pengajian di Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)), syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Menduduki SPM pada tahun 2023 dan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Juga memperoleh gred C atau lebih tinggi dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tempat serta memulakan pengajian di institusi berkenaan
Maklumat Penajaan Program Dermasiswa B40
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal, rujuk butiran di bawah:
Nombor Telefon
- 03-8885 3297 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang
Kemukakan Maklumbalas Melalui
Alamat
- Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA
Syarat Permohonan
Soalan Lazim Permohonan
Laman Web Rasmi JPA
Diharapkan agar perkongsian tentang Permohonan ini dapat membantu memudahkan urusan pengajian anda. Semoga berjaya mendapat tajaan yang dimahukan.
Rel : 20 tahun bagi pelajar peralihan, institut kemahiran awam ika, iaitu golongan b40 untuk melanjutkan pengajian, universiti awam ua politeknik, pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia, peringkat diploma dalam bidang, umur belum mencapai 19 tahun,