Panduan buat para pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) dan Diploma Qiraat bagi tahun 2023 yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Adakah anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara? Sekiranya begitu, berita baik buat anda. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka Permohonan Timur Tengah Sesi 2024-2025 Online iaitu ke universiti di Mesir dan Jordan kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat.
Untuk makluman semua, permohonan pengajian hanya terhad kepada beberapa jurusan sahaja seperti Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian, dan Farmasi. Permohonan pengajian ke timur tengah boleh dilakukan secara online kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah melantik mana-mana agen bagi menguruskan kemasukan pelajar. Pelajar Malaysia lepasan SPM, Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) dan Diploma Qiraat 2023 yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran ke timur tengah untuk sesi 2024/2025 hendaklah melengkapkan permohonan secara atas talian di pautan yang dikongsikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) Sesi 2024-2025 Online
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Mesir dan Jordan dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.
Permohonan hanya diproses oleh KPM sahaja. KPM tidak mendaftar / melantik mana-mana agen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah. Oleh yang demikian, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.
Pihak KPM hanya menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah sahaja. Manakala yuran pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar yang memohon.
Permohonan bagi lepasan STAM, SPM dan Qiraat adalah secara atas talian dan akan dibuka pada 4 Jun 2024 (Selasa).
Permohonan bagi akan ditutup pada 28 Jun 2024 (Jumaat)
Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada bulan Julai. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.
Dokumen Sokongan & Wang Proses
*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dibawa bersama ketika proses pendaftaran pelajar di Universiti Al Azhar.
*Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf adalah berjumlah RM350.00 seorang untuk pengajian Islam, RM285.oo seorang untuk perubatan, pergigian dan farmasi dan RM520.00 seorang untuk pengajian di Jordan.
Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat akan ditutup pada tarikh yang akan dikemaskini. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang dimaklumkan.
*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dibawa bersama ketika proses pendaftaran pelajar di Universiti yang dipohon.
*Wang pemprosesan perlu diserahkan secara (Pos Laju, Pos berdaftar , serahan tangan) kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan bagi Sesi 2024-2025 Online buat panduan semua:
Tarikh Permohonan Lepasan STAM
- Tarikh Buka : 4 Jun 2024
- Tarikh Tutup : 28 Jun 2024
Nota : Pelajar yang layak untuk memohon akan dimaklumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Pelajar yang disenaraikan layak perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sistem.
Tarikh Permohonan Lepasan SPM & Diploma Qiraat
- Tarikh Buka : 4 Jun 2024 (Selasa)
- Tarikh Tutup : 28 Jun 2024 (Jumaat)
Nota : Pemohon yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan yang diminta sebelum tarikh yang akan dikemaskini.
Berikut adalah pautan borang permohonan beserta panduan mengemukakan permohonan :-
Aplikasi Permohonan Atas Talian
Pemohon perlu mendaftar dahulu sebelum membuat permohonan online. Sila klik pada pautan berikut.
Perhatian kepada pemohon, yuran pengajian adalah ditanggung sendiri. KPM hanya menguruskan permohonan dan penempatan sahaja.
- Aplikasi Permohonan : Borang Permohonan Online (Log Masuk)
- Panduan Permohonan : Panduan Permohonan
- Pautan Syarat Permohonan Mesir : Syarat Permohonan Ke Universiti Di Mesir
- Pautan Syarat Permohonan Jordan : Syarat Permohonan Ke Universiti Di Jordan
Langkah-Langkah Permohonan
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan secara online:
- Untuk pendaftaran kali pertama, pemohon perlu melengkapkan butiran seperti nama penuh, no kad pengenalan, emel dan kata laluan. Kemudian tekan butang daftar.
- Kemudian anda perlu log masuk dengan menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan kemudian lengkapkan maklumat peribadi seperti yang diminta.
- Pemohon boleh membuat permohonan untuk satu negara dan satu bidang sahaja.
- Pastikan maklumat yang diberi lengkap dan tepat sebelum klik butang simpan dan hantar.
- Pemohon boleh mengemaskini sehingga tarikh tutup permohonan
- Hantar borang permohonan dan cetak borang sebagai rujukan
Maklumat Penting
Berikut adalah maklumat penting berkaitan permohonan Sesi 2024-2025 Online.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak diproses
- Dinasihatkan untuk membuat terjemahan sijil lahir dan result SPM atau STAM
- Sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak boleh di laminated
- Terjemahan sijil SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia dan perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri
- Semua dokumen sokongan mesti mendapat pengesahan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah/ Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu
- Sila lengkapkan borang akur janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2023/2024 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan
- Kegagalan melengkapkan dokumen sokongan akan mengakibatkan permohonan batal
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel.03-8870 6217 / 6226
Emel tt.bem@mohe.gov.my
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Online ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.
Related : Lepasan sijil tinggi agama malaysia stam, lepasan sijil pelajaran malaysia