Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 Online (TD)

Perhatian kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang Tentera. Berita baik buat mereka yang berhajat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 untuk siri 203 Lelaki bagi tahun 2025 dibuka dengan pemohon dikehendaki untuk mendaftar pada borang permohonan online (secara atas talian) yang dikongsikan di bawah ini.

Mereka yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mendaftar Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 203 (Lelaki) Tahun 2025 sebelum tarikh tutup permohonan. Maklumat permohonan dan pemilihan adalah seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM iaitu Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM).

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Online TD

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 203 (Lelaki) Tahun 2025

Berikut dikongsikan maklumat permohonan/ pengambilan perajurit muda tdm TERKINI tahun 2025.

PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 203 TAHUN 2024 SECARA ONLINE – 27 NOVEMBER 2024 HINGGA 23 DISEMBER 2024

Pemohon dikehendaki mendaftar dan membuat permohonan secara lengkap melalui pautan yang diberikan pada tarikh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, rujuk kod QR pada iklan pemilihan di bawah:

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia

Borang Permohonan Tentera Darat Online

Pautan permohonan atas talian:-

1. Pendaftaran Permohonan: MIMS MOD
2. Pautan Isi Permohonan: JMT MOD
3. Panduan Permohonan: Iklan Pengambilan

Cara Mohon

1.Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.
2. Sila daftar menggunakan Komputer/ Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
5. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470

Peringatan: Borang permohonan atas talian hanya dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

7. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

8. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

9. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

10. Calon yang layak ke Pemilihan Final akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Cara Membuat Pendaftaran Online

1. Tekan (Klik) pada pautan (link) seperti berikut:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) ) atau Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
NO TELEFON (Boleh dihubungi)
EMAIL (Aktif)
KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
Tekan (Klik) DAFTAR

(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.

Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat

Sebelum mendaftar borang atas talian Tentera Darat, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan.

Berikut adalah Kelayakan Akademik yang diperlukan untuk memohon :-

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliku kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. PNGK akademik melebihi 2.0
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Lain-Lain Kelayakan

Syarat am permohonan dan syarat fizikal adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
  3. Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna
  4. Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/ dadah juvana (Segala maklumat anda akan disemak dengan mahkamah dan AADK)
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  7. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
    • a. Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki)
    • b. Tinggi Minimum : 1.57m (wanita)
    • c. Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki)
    • d. Berat Minimum: 40.5 kg (wanita)
    • e. Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki)
    • f. Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.0

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki MUAT NAIK (Upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • a. Kad Pengenalan.
  • b. Sijil Kelahiran.
  • c. Sijil SPM/ STPM/ STAM/ SKM.
  • d. Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.
  • e. Sijil SVM bersama transkrip.
  • f. Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • g. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • h. Sijil Berhenti Sekolah.
  • i. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
  • j. Kad Pengenalan ibu bapa.
  • k. Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • l. Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
  • m. Gambar terkini berukuran passport.
  • n. Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

Gambar Pasport

Gambar yang dimuatnaik hendaklah gambar berukuran pasport dan berkapasiti bawah daripada 1MB. Gambar mesti dalam format JPG/JPEG/PNG. Pastikan file yang dimuatnaik dinamakan dengan NAMA ANDA dan No Kad Pengenalan.

Gaji Semasa Perajurit Muda TD

Berikut adalah gaji dan elaun semasa TDM

Jadual Gaji (Gaji Permulaan) adalah :-

  1. Perajurit Muda : RM1,459.00
  2. SPM : RM1,459.00
  3. SVM : RM1,564.00
  4. SKM Tahap 2 : RM1,630.01
  5. SKM Tahap 3 : RM1,696.02
  6. STPM/ STAM (KAGAT) : RM1,762.03
  7. Diploma Tahfiz Al-Quran : RM1,828.04
  8. Dip Perubatan : RM1,894.05
  9. Diploma Kejuruteraan : RM2,026.07

Elaun Dan Kemudahan

Senarai elaun yang boleh dinikmati adalah :-

  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elaun Imbuhan Perumahan
  6. Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer
  7. Elaun Perjalanan
  8. Rawatan Perubatan
  9. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  10. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  11. Peluang melanjutkan pelajaran
  12. Kemudahan kediaman

gaji semasa tentera darat

Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia telah mengumumkan pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 203 Tahun 204 akan bermula 4 hingga 26 Januari 2025. Senarai lokasi pusat pemilihan Akhir PM TD adalah:

Zon Utara

(1) 4 RRD, Kem Bukit Cowder, 02500 Kangar, Perlis: 4 hingga 6 Jan 25.

(2) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, 08000 Sungai Petani, Kedah : 8, 9, 11, 12 dan 13 Jan 25.

(3) 2 RRD, Kem Syed Putra, 30350 Ipoh, Perak: 15, 16, 18 dan 19 Jan 25.

Zon Timur

(1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, 16500 Kota Bharu, Kelantan : 4 hingga 8 Jan 25.

(2) 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, 21300 Kuala Nerus, Terengganu : 11 hingga 13 Jan 25.

(3) MSS Kuantan, Kem Batu 10, 25990 Kuantan, Pahang : 16, 18 dan 19 Jan 25.

Zon Selatan

(1) MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang, Johor: 4 hingga 7 Jan 25.

(2) 8 RRD (Para), Kem Terendak, 76200 Melaka: 9, 11, 12 dan 13 Jan 25.

(3) 15 RAMD, Kem Senawang 71450 Senawang, N.Sembilan : 15, 16, 18 dan 19 Jan 25.

Zon Sarawak

(1) 20 RAMD, Kem Sri Miri, 98000 Miri, Sarawak : 4 hingga 6 Jan 25.

(2) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak : 9, 11 hingga 13 Jan 25.

(3) MK 9 Bgd, Kem RASCOM Batu 10, 96000 Sibu, Sarawak: 16, 18 dan 19 Jan 25.

Zon Sabah

(1) 7 RAMD, Kem Kabota, 91000 Tawau, Sabah: 4 hingga 6 Jan 25.

(2) 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 Sandakan, Sabah: 9,11 dan 12 Jan 25.

(3) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, 88200 Kota Kinabalu, Sabah: 15, 16, 18 dan 19 Jan 25

Zon Tengah

(1) MK 12 Bgd , Kem Wardieburn, 53300, Setapak, Kuala Lumpur : 22, 23, 25 dan 26 Jan 25.

Calon Walk-In: calon amat dialu-alukan tetapi perlu menepati syarat-syarat kemasukan.

Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat

 

Maklumat Lanjut & Cara Hubungi

Sebelum anda ‘HANTAR/ SUBMIT’ permohonan, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul. Untuk makluman, hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Final.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat) seperti berikut:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Tel: 03-2071 2197/3926/4254)

Selamat membuat Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2025 secara Online. Semoga anda berjaya mengejar cita-cita untuk berbakti dan mempertahankan negara yang tercinta.

Rel : ujian fardhu ain bacaan al quran bagi calon beragama islam, 6 sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan, sel pengambilan perajurit muda tentera darat malaysia, spvm sijil kemahiran malaysia skm tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sijil kemahiran malaysia skm, 5 setelah maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar,

Tinggalkan Balasan