Permohonan Sekolah Khusus 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4? Perhatian buat pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah panduan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2025/2026 serta maklumat syarat kelayakan dan tarikh-tarikh penting untuk makluman semua.
Sekolah khusus merangkumi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (Ujian PKSK) yang dijalankan secara berpusat sebelum mendapat keputusan tawaran penempatan.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan permohonan kemasukan seperti syarat-syarat, tarikh penting dan kaedah permohonan. Ibu, bapa atau penjaga utama pemohon sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan secara online.
Syarat Permohonan Sekolah Khusus KPM
Pemohon dikehendaki untuk membuat semakan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan seperti berikut :-
Syarat Umum Permohonan Tingkatan 1
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
- Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013
Syarat Umum Permohonan Tingkatan 4
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
Apa itu pentaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK)? KPM menjalankan PKSK sebagai satu proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Jumlah penempatan yang terhad memerlukan satu pentaksiran untuk menapis calon pelajar yang betul-betul layak.
Pentaksiran ini akan dilakukan secara bersemuka dan berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan oleh KPM. Format pentaksiran ini adalah seperti berikut:
- Pentaksiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan)
- Bahagian A : mengenal pasti karakter murid yang mempunyai 30 query bersifat objektif. Tiada jawapan yang betul atau salah dan skor markah adalah 20%
- Bahagian B: mengukur tahap kognitif pelajar yang merangkumi IQ, Pengetahuan AM dan penyelesaian masalah. Terdapat 10 query Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan & kefahaman manakala query matematik dan sains bersifat kualitatif & kuantitatif. Tempoh yang diberikan adalah 90 minit untuk menjawab 70 query bersifat objektif dan skor markah adalah 70%
- Bahagian C : menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai skor bebanyak 10%. Calon perlu memilih satu karangan daripada 3 tajuk karangan pilihan yang diberikan. Minimum 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan minimum 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.
- Pelaksanaan PKSK dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dimana ccalon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Pemohon perlu semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan. Pastikan anda hadir pada tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan kerana tiada ujian ulangan akan dilaksanakan. Semakan pusat pentaksiran boleh dibuat pada laman permohonan pada tarikh yang dikongsikan oleh pihak KPM.
Jadual PKSK
Berikut adalah jadual pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 mengikut sesi-sesi yang ditetapkan. Pastikan pemohon hadir ke pusat PKSK yang ditetapkan pada tarikh dan waktu yang tepat kerana tiada ujian ulangan akan dilakukan :-
Tarikh Penting Permohonan Sekolah Khusus
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan mengikut kategori iaitu permohonan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-
No | Perkara | Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
1 | Permohonan Online | 1 Ogos – 8 September 2024 | 1 Ogos – 8 September 2024 |
2 | Semakan Pusat PKSK | 13 September – 17 Oktober 2024 | 13 September – 3 Oktober 2024 |
3 | Pelaksanaan PKSK | 7 – 17 Oktober 2024 | 23 September – 3 Oktober 2024 |
4 | Keputusan Tawaran | 31 Januari 2025 | 31 Januari 2025 |
5 | Pendaftaran Pelajar | 18 Februari 2025 | 18 Februari 2025 |
Panduan Permohonan
Pemohon boleh membuat permohonan mengikut jenis Sekolah Khusus, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan dan butiran lain yang diperlukan.
Sebelum itu, pastikan maklumat pemohon, ibu bapa dan penjaga dikemaskini pada SPAT KPM terlebih dahulu.
Langkah permohonan adalah seperti berikut:-
- Layari Laman Permohonan KPM
- Permohonan Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Permohonan Tingkatan 2 : https://spskt4.moe.gov.my/
- Klik Borang Permohonan
- Masukkan nombor kad pengenalan Pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
- Sistem akan membuat padanan maklumat murid yang terdapat dalam sistem APDM
- Isi maklumat terutamanya di dalam medan yang wajib diisi dan pastikan maklumat tepat
- Cetak permohonan yang lengkap sebagai rujukan
Permohonan atau kemaskini maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan. Bagi pilihan sekolah khusus 2 dan 3, pemohon boleh memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/ aliran/ program adalah berbeza.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4, sila hubungi:-
- 03 8321 7400 : Bahagian SBP
- 03 8321 7200 : Bahagian SMKA
- 03 8884 5154 : Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Rel : single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, kursus yang menggunakan padanan aplikasi pangkalan data murid apdm, info kpm sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, sekurang kurangnya 100 patah perkataan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, pemohon boleh dibuat mulai 1 ogos 2024, pksk adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan, maklumat murid yang terdapat dalam apdm, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah, kecerdasan insaniah eq sq dan ssq, mtd jenis aliran atau pengkhususan sekolah, patuhi tarikh masa dan sesi yang ditetapkan, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, sihat tidak bergejala memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal,