Panduan buat semua para pelajar. Bagaimana untuk membuat permohonan semula sijil peperiksaan hilang atau slip keputusan anda hilang? Buat makluman semua, anda boleh memohon salinan sijil PMR, SPM LCE atau MCE hilang dengan beberapa cara.
Salinan sijil yang hilang boleh didapati dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini.
Cara Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang PMR SPM LCE MCE
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau langkah membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan:
Cara Membuat Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang | |
Anda boleh memohon salinan PMR, SPM, LCE atau MCE yang hilang dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan mana-mana cara di bawah: | |
A. Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan | |
No. | Perincian |
1 | Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin1/96a yang boleh didapati di Kaunter Urusan Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau dimuat turun daripada laman web LP: (http://lp.moe.gov.my/). |
2 | Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan. |
3 | Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. |
4 | Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil, tidak dibenarkan. |
5 | Permohonan melalui pos hendaklan disertakan salinan kad pengenalan pemohon. |
6 | Bayaran proses sebanyak RM 30 dikenakan bagi setiap salinan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter. |
B. Hadir Sendiri Ke Kaunter Permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia | |
Pemohon boleh datang sendiri ke kaunter Lembaga Peperiksaan dengan menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda dikehendaki mengisi borang hilang sijil peperiksaan di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah: | |
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, BLOK E 11, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PRESINT 1, 2604 PUTRAJAYA (UP: UNIT KECIL SIJIL) | |
No. Tel:
| |
Anda boleh datang semasa waktu pejabat:
| |
Tempoh Masa Siap | |
Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut: | |
Jenis Keputusan | Tempoh |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 | Satu Jam |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 | Tujuh Hari Bekerja |
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 | Satu Jam |
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum1997 | Tujuh Hari Bekerja |
Lain-Lain Peperiksaan | Tujuh Hari Bekerja |
Tempoh pengeluaran terjemahan salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut: | |
Jenis Keputusan | Tempoh |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 2000 | Satu Jam |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1999 | Tujuh Hari Bekerja |
SPM Ulangan (SPMU) bagi semua tahun | Tujuh Hari Bekerja |
Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi semua tahun | Tujuh Hari Bekerja |
Anda boleh memohon salinan PMR, SPM, LCE atau MCE yang hilang dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan mana-mana cara di bawah: | |
C. Permohonan Melalui Pos | |
No. | Perincian |
1 | Pemohon melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. |
2 | Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
|
3 | Tel: 03-88843526/3528 |
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk PDF di LPM.
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang PMR SPM LCE MCE dapat memberi manfaat buat semua.