Perhatian kepada pelajar sepenuh masa yang sedang mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan program penajaan yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan TESP MARA 2024 : Program Pinjaman Pelajaran Tertiari untuk rujukan semua.
MARA merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1966 mempunyai objektif untuk memajukan sosio ekonomi masyarakat bumiputera khususnya yang berada di kawasan luar bandar. Selaras dengan objektif tersebut, program pinjaman pelajaran tertiari ini berperanan untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam meringankan bebanan kewangan yang ditanggung.
Permohonan Program Tajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024
Di bawah adalah perincian maklumat seperti tarikh permohonan, syarat-syarat, cara memohon dan soalan lazim berkenaan TESP MARA 2024: Program Pinjaman Pelajaran Tertiari.
Untuk makluman, program ini hanya menerima permohonan daripada pelajar yang mengikuti program dalam bidang:
- Kejuruteraan dan persekitaran
- Pembinaan professional
- Akaun dan kewangan
- Sains perubatan
- Keselamatan Makanan
- Logistik
- Komputer sains dan IT
- Reka bentuk kreatif
- Pemasaran, perniagaan dan pentadbiran
Rujuk infografik di pautan di bawah untuk mendapatkan bidang-bidang yang diterima untuk program pinjaman pelajaran tertiari MARA 2024 dengan lebih terperinci:
TARIKH PERMOHONAN TESP MARA | |
Dibuka | Ditutup |
20 Mac 2024 | 1 April 2024 |
*Permohonan dibuka selama 30 hari seperti tarikh di atas |
Syarat Umum Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat umum yang digariskan oleh MARA bagi pelajar yang ingin membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon dan salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan Bumiputera
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA
- Jumlah pendapatan boleh cukai ibu dan bapa tidak melebihi RM150,000 setahun. Kelayakan untuk mendapat pinjaman Yuran dan Elaun Sara Hidup, pendapatan bulana ibu dan bapa RM12,000 sebulan dan ke bawah. Pendapatan bulanan RM12,000 hingga RM20,000 hanya layak menerima pinjaman untuk Yuran sahaja.
- Pemohon tidak menerima sebarang pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana agensi untuk program pengajian yang diikuti pada ketika ini.
- Tidak menghidap sebarang penyakit yang kronik dan berjangkit yang memerlukan rawatan perubatan secara berkala
- Pemohon tidak berumur melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat
Syarat Akademik Permohonan
Di bawah pula adalah syarat-syarat khusus berdasarkan akademik bagi pemohon yang ingin membuat permohonan:
Pelajar baharu:
- Mendapat CGPA lebih atau bersamaan 3.00 di peringkat Asasi/ Matrikulasi/ Persediaan/ STPM serta serataf dengannya
- Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT
Pelajar sedia ada:
- Mendapat CGPA lebih atau bersamaan 3.00 bagi semester terdahulu
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun
Syarat-syarat lain:
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
- Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan professional
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, sila buat permohonan program pinjaman pelajaran tertiari MARA secara atas talian pada tarikh yang diperuntukkan melalui pautan berikut:
PANDUAN PERMOHONAN TESP MARA
Layari Halaman Rasmi Permohonan (https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login) untuk memohon.
- Klik Daftar Sekarang
- Masukkan maklumat atau butiran yang diperlukan dan klik Daftar Akaun
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda cipta
- Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul
- Klik Hantar Permohonan setelah selesai mengisi setiap butiran yang diperlukan.
*Nota: Jika pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman. Bagi pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti KUPTM, KPTM dan UNIKL, permohonan boleh dibuat pada ruangan Tertiary Education Sponsorship (TESP). Klik Sini dan lengkapkan permohonan anda.
Senarai Universiti Yang Terpilih
Pemohon hendaklah mengikuti program Ijazah Pertama di universiti-universiti berikut:
A. Universiti Awam (UA)
B. Universiti berkaitan kerajaan
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Multimedia
C. Institusi Pendidikan Mara (IPMa)
- UniKL
- KUPTM
- GMI
- KPTM
D. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Asia Pacific University of Technology & Innovation
- Asian Institute of Medicine, Science and Technology
- Berjaya University
- City University
- Help University
- Infrastructure University Kuala Lumpur
- International Medical University
- Inti International University
- KDU University College
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- Lincoln University College
- Mahsa University
- Management & Science University
- Nilai University
- Perdana University
- Segi University College
- Sunway University
- Tati University College
- Taylors University
- Twintech International University College of Technology
- UCSI University
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- University of Cyberjaya
- Curtin University Sarawak Malaysia
- Monash University Malaysia
- Newcastle University Medicine Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- University of Nottingham Malaysia
- Universiti Tun Abdul Razak
Soalan Lazim
1. Adakah Program TESP MARA 2024 adalah program biasiswa?
Tidak. Program ini adalah program pinjaman boleh ubah dimana pelajar digalakkan untuk membuat permohoann pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian. Tiada kadar faedah akan dikenakan terhadap pinjaman ini
2. Saya merupakan pelajar pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon program ini?
Tidak layak kerana program ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.
3. Bila tarikh semakan keputusan akan diumumkan?
Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan melalui emel masing-masing dari semasa ke semasa.
Bagi mendapatkan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh MARA dengan lebih lanjut, sila buka pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh MARA, sila rujuk pautan di bawah:
- Laman Web Rasmi MARA (https://www.mara.gov.my/)
- No. Telefon: 03-2613 2051/2059/2067/2069/2070/2106
- Emel: tesp@mara.gov.my.
Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada semua yang memerlukannya.
Rel: berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah, dibuka bermula 20 mac 2024, mestilah memenuhi syarat kelayakan status sosio ekonomi ses keluarga yang ditetapkan, program penajaan pengajian tertiari tesp mara 2024, pelajar lepasan stpm matrikulasi asasi, secara sepenuh masa di ipt, had umur pemohon ibu bapa penjaga penjamin pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam blacklisted mara atau dalam tindakan undang undang mara, butiran yang ditetapkan oleh badan badan profesional, memiliki kelayakan status sosio ekonomi ses keluarga yang ditetapkan,