Permohonan UIAM 2025 Online Ambilan Kedua

Panduan buat pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi ambilan kedua 2024/ 2025. Untuk pengetahuan semua, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijangka akan membuka permohonan pada bulan November 2024. Berikut dikongsikan maklumat permohonan UIAM pengambilan kedua semester 2 untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

Selain UIAM, terdapat beberapa Universiti Awam lain yang membuka permohonan ambilan kedua bagi program Ijazah Sarjana Muda. Namun hanya beberapa program pengajian terpilih sahaja ada ditawarkan tidak seperti permohonan pertama melalui UPU Online.

Permohonan UIAM 2020 Online

Permohonan UIAM 2025 Secara Online (Pengambilan Kedua)

Selain UIAM, Universiti Awam lain yang ada menawarkan kemasukan kedua untuk lepasan SPM/ STPM serta setaraf adalah UPSI dan UiTM.

Berikut disediakan maklumat berkaitan permohonan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ambilan 2025 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan cara menghubungi.

1. Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan buat rujukan pemohon.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online).

  • Tarikh Buka dan Tutup : 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024

2. Cara Membuat Permohonan Atas Talian

Pemohon perlu layari laman sesawang berikut:

3. Syarat Umum Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan akademik umum untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana UIAM mengikut lulusan SPM / STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM adalah seperti berikut:

  1. Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
  2. Kredit dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah / Pendidikan Islam Syariah di peringkat SPM atau setaraf
  3. Kredit dalam mana-mana tiga mata pelajaran dalam SPM / setaraf.

i) Syarat Kelayakan Lepasan Diploma

  • Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00

ii) Syarat Kelayakan Lepasan STAM

  • Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.

iii) Syarat Kelayakan Lepasan STPM

  • Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya Gred C (mata pelajaran subjek (SGP)) sebanyak 2.00 dalam Kertas Am, Gred C (mata pelajaran subjek (SGP)) sebanyak 2.00 dalam dua mata pelajaran lain yang diambil.
  • Memiliki kelayakan Malaysia University English Test (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

4. Semakan Keputusan UIAM 2025 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UIAM pada bulan Januari / Februari 2025.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UIAM dianggap gagal dan tidak berjaya.

5. Maklumat Lanjut

  • Alamat : P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur
  • No. Tel.03 6196 4000
  • Fax 03 6196 4053

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan