Panduan buat para pelajar lepasan Diploma / setaraf yang berminat serta berkelayakan. Buat pengetahuan semua, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan membuka permohonan UMK ambilan Februari 2025 (Second intake). Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan November 2024. Para pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan secara manual yang boleh dimuat turun melalui pautan yang akan dikongsikan di bawah.
Buat makluman semua, permohonan kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu permohonan ambilan kedua Universiti Awam (UA) Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Antara Universiti Awam lain yang menawarkan kemasukan kedua adalah UiTM, UTHM, UPSI, UUM dan UTM.
Permohonan UMK Februari 2025 Online (Ambilan Kedua)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan bagi Program Ijazah Sarjana Muda 2025.
Antara maklumat yang berguna buat panduan semua adalah tarikh penting permohonan, borang permohonan, panduan dan cara menghantar permohonan.
1. Tarikh Penting Permohonan UMK Februari 2025 Online
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke UMK ambilan kedua sesi kemasukan Februari 2025:
- Tarikh Buka Permohonan : 17 September 2024
- Tarikh Pendaftaran Pelajar : 6 Oktober 2024
2. Borang Permohonan Online
Para pemohon dalam kalangan lepasan Diploma / setaraf perlu mengisi borang permohonan yang boleh dicapai pada pautan di bawah:Permohonan Online
3. Panduan Permohonan
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan (dimuatnaik) bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan berikut:
- Kad pengenalan pemohon.
- Kad pengenalan ibu bapa.
- Sijil SPM
- Sijil STPM
- Sijil STAM
- Sijil Matrik/ Asasi/ Diploma
- Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ Transkrip semester
- Sijil MUET
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan second intake.