UPU online 2024? Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi kemasukan 2024/ 2025. Berikut adalah panduan permohonan UPU 2024 online meliputi tarikh penting permohonan dan pembelian Pin unik ID serta maklumat semakan syarat kelayakan dan kategori. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan upuonline tahun 2024 akan dibuka pada bulan Februari 2024. Dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi.
Permohonan memasuki UA/ IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ MyKad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
Panduan Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2024/ 2025
Bermula sesi pengambilan sesi akademik 2024/2025, pelajar atau pemohon akan hanya mendapat satu(1) sahaja tawaran dari satu permohonan yang merangkumi Program Pengajian di IPTA, ILKA.
Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan kemasukan UA dan IPTA melalui borang Online 2024 (20 universiti awam ua 36 politeknik 105 kolej komuniti dan 4 institusi latihan kemahiran awam ilka) yang merangkumi perkara berikut :-
1. Pautan borang
2. Tarikh Pembelian Pin
3. Tarikh Permohonan
4. Cara semak syarat kelayakan UPU
5. Maklumat Lanjut
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU 2024 Secara Online
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan 2024/ 2025 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.
1. Tarikh Buka Permohonan Online 2024/2025 : Fasa 1 : 29 Februari 2024 (12 tengah hari) hingga 29 Mac 2024 (5 petang) & Fasa 2 : 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024
2. Tarikh Tutup Permohonan : Seperti dinyatakan di atas
3. Pembelian PIN : Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di kaunter cawangan BSN, ATM dan juga perbankan internet myBSN bermula 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024. Harga no. PIN adalah RM10.60 dan BSN akan membekalkan No. Pin beserta salinan resit pembayaran
4. Proses Temuduga dan/ atau Ujian : Bermula 3 Mei 2024 (SPM) & Mei 2024 hingga Ogos 2024 (STPM)
5. Fasa Pengemaskinian : 1 hingga 9 Jun 2024 (SPM) & 27 Julai hingga 2 Ogos 2024 (STPM)
6. Hebahan Perdana & Permohonan Rayuan : 28 Jun 2024 [12pm] hingga 7 Julai 2024 [5pm] (SPM) & Minggu Pertama September 2024 (STPM)
7. Hebahan Rayuan : Minggu Pertama Ogos 2024 (SPM) & Minggu Ke 3 Oktober 2024 (STPM)
Pendaftaran permohonan ini hanya terbuka kepada:
1. Calon SPM tahun 2023, 2022 dan 2021
2. Calon STPM tahun 2023 sahaja
3. Calon tahun akhir Matrikulasi/ Asasi/ Pasum
4. Calon STAM tahun 2023 dan 2022
Pautan Borang Permohonan UPU Online 2024
Pelajar yang telah membeli Pin boleh mengakses borang permohonan di Portal Rasmi di :-
- Permohonan boleh dilakukan di pautan : http://upu.mohe.gov.my/
Kategori Permohonan
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu seperti berikut
i) Lepasan SPM & setaraf (SPM 2023, 2022 & 2021)
Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-
1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja
2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa
Pelajar dari kategori lepasan SPM & setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.
Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA.
Syarat am kelayakan memohon untuk lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :-
a) UA/ Politeknik Premier
Program Asasi
1. Warganegara Malaysia dan
2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/ setaraf (SPM/ setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program Diploma
1. Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
2. Lulus Sejarah
ATAU
b) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA
Program Diploma
1. Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
2. Lulus Sejarah
Program Sijil
Pemohon mestilah :-
1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Boleh menulis, membaca dan mengira
ii) Lepasan STPM & setaraf
Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
1. STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-
i) Kategori A • Aliran Sastera
ii) Kategori S • Aliran Sains
2. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:-
i) Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
ii) Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
iii) Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
iv) Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
v) Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
vi) Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
3. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)
i) Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-
DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
DIPLOMA POLITEKNIK
ii) Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :-
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
DIP. LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
iii) Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-
A LEVEL
INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
AUSMAT/ SAM / ADFP
FOUNDATION IPTS
iv) Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.
NOTA PENTING :
1) Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
2) Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.
Semakan Syarat Kelayakan UPU Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.
Untuk membuat semakan syarat, sila layari pautan URL di
- ePanduan
- atau Sistem e-MAS
Untuk kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari
- e-Panduan di pautan : eSEMAK Politeknik/ Kolej Komuniti
Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Pengisian Borang Permohonan
14 Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Mengisi Borang Permohonan. Tips dan panduan ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tersalah pilih atau membuat pilihan yang berada di luar daripada syarat kelayakan anda. Oleh itu, sila pastikan anda mengikuti panduan yang dikongsikan di bawah ini semasa mengisi borang permohonan.
Berikut adalah senarai 14 tips/ panduan dalam membuat permohonan UPU secara online.
Beli nombor unik ID BSN (Jika Perlu – Bergantung Kepada Syarat Semasa Kerajaan)
- Untuk mendaftar anda tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID tersebut.
- Apabila sistem permohonan dibuka, anda boleh membuat pendaftaran untuk kali pertama, kemudian anda boleh membeli nombor unik ID di BSN berharga RM10.60 termasuk SST dan teruskan membuat permohonan lengkap.
Buka Portal Rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
- Sebelum anda mengisi borang UPU online, apa yang penting sekali adalah senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian kita.
- Sebagai contoh anda seorang lepasan STAM, jadi mesti bidang anda adalah bidang pengajian Islam.
Pastikan Kategori Anda (SPM/ STPM /Matrikulasi/ Diploma)
- Bagi sesi akademik 2024/ 2025 bayaran proses UPU dikecualikan dan ditanggung oleh kerajaan.
- Nombor Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing-masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
Sila Semak Syarat Kelayakan Am/ Khas di e-panduan upuonline
- Klik e-Panduan Semakan Syarat Am & Syarat Khas Lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf
Langkah Seterusnya Semak Syarat E-Panduan Dengan Teliti
- Dalam panduan itu anda boleh senaraikan universiti awam/ IPTA yang menawarkan kursus yang berkaitan.
- Kemudian senaraikan kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang tersebut,di setiap Universiti. Sebagai contoh bidang pengajian Islam, kemudian senaraikan kesemua kursus yang ditawarkan setiap Universiti, kebiasaannya kursus-kursus pengajian adalah syariah, usuluddin, dakwah, quran sunnah.
- Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mestilah menyemak kelayakan kursus yang disenaraikan dengan result atau keputusan peperiksaan yang anda peroleh.
- Jika kursus tersebut, di universiti berkenaan tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan result atau keputusan peperiksaan kita, anda bolehlah membuangnya dari senarai.
- Sila jangan meminta kursus yang tidak menepati syarat kelayakan.
- Jadi sekarang tinggalah kursus yang hanya menepati syarat kelayakan anda.
- Anda boleh memilih kursus yang anda minat atau yang ingin dipelajari.
- Ataupun pilih Universiti yang anda berkenan.
- Sekarang anda sudah boleh menentukan kursus dan senarai universiti yang hendak dipilih.
- Susunkan mengikut pilihan terbaik anda, supaya lebih mudah untuk diisi dalam borang UPUonline.
Kira Merit
Semak tren permohonan dan penawaran
Semak Laluan Kerjaya
Isi Permohonan Online
- Seterusnya, anda mestilah buka portal rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online upu.
Pastikan Anda Mengisi Setiap Maklumat Yang Bertanda Star * Dengan Lengkap
- Mulakan permohonan online sekarang.
- Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.
Pilih Pilihan Mengikut Keutamaan
- Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
- Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
- Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
Tips Memilih Program Pengajian
Isi Sehingga Habis
- Isi sampai habis.
- Sebagai contoh, sekiranya anda hanya layak 3 sahaja daripada 12, maka ada 9 lagi ada kekosongan, pilih sahaja mana-mana kursus yang anda mahukan, asalkan anda isi dan penuhkan.
Klik Sah & Hantar
- Selepas selesai mengisi, klik sah dan hantar
- Kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.
Cetak Slip Permohonan
- Setelah klik sah dan hantar, anda bolehlah mencetak atau print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Simpan Slip Permohonan Sebagai Bukti
- Anda dinasihatkan supaya menyimpan slip permohonan yang telah dicetak sebagai bukti bahawa permohonan telah dilakukan.
Semakan Permohonan & Kemaskini Permohonan Adalah Tanpa Had
- Anda boleh membuat semakan dan mengedit permohonan seberapa banyak kali yang anda mahukan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir
Carta Alir Permohonan UPU Online
Kepada yang telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
Berikut dikongsikan Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2024-2025 buat panduan pemohon.
- Daftar Kali Pertama
- Login
- Isi Maklumat Peribadi
- Isi Maklumat Keluarga
- Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
- Isi Maklumat Lain-lain
- Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
- Seterusnya Isi Maklumat Akademik
- Klik SAH dan HANTAR
- Paparan Slip Permohonan dalam Format PDF
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik carta alir permohonan UPU secara online di bawah ini.
Pemohon sila pastikan anda merujuk kepada nota penting permohonan di bawah ini :-
- Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
- Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai (Tarikh akan dikemaskini). Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
- Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
- Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.
FASA PERMOHONAN LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan.
Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 29 April 2024 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 9 Jun 2024, jam 5.00 petang. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA.
Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :
- Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
- Alamat yang boleh dihubungi
- Alamat emel
- Nombor telefon yang boleh dihubungi
Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.
Punca Gagal Permohonan UPU
Terdapat pelbagai punca atau sebab kenapa permohonan UPU anda gagal atau tidak berjaya.
Kenapa Berjaya?
- Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUonline
- MEMENUHI syarat khas program pengajian
- ADA kekosongan tempat
- BERJAYA dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
- Kedudukan merit TINGGI
Kenapa Gagal?
- TIDAK tekan butang simpan
- TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
- TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif
- GAGAL dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
- Kedudukan merit RENDAH
Berikut dikongsikan perincian Punca Gagal Permohonan UPU buat panduan pemohon.
i) Tidak Menepati Syarat Khusus Program yang Dipohon
- Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah syarat program yang dipohon. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, maaf jika kami terpaksa menghampakan harapan anda kerana mana-mana IPTA pun tidak akan menerima permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, banyak lagi pilihan yang ada untuk masa depan, usah berputus asa.
- Anda masih berpeluang untuk masuk ke program kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi . Tahukah anda, graduan lepasan pengajian kemahiran adalah graduan paling mudah diterima dalam sektor pekerjaan. Berbalik kepada syarat khusus program, anda perlu meneliti terlebih dahulu adakah keputusan SPM anda menepati syarat khusus program, sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat itu dan pilihlah program pengajian lain berdasarkan keputusan SPM anda.
ii) Memohon Program Pengajian Popular
- Apabila anda memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi malangnya kuota pengambilan untuk program seperti ini sangatlah terhad. Maka, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas dinilai menerusi kiraan merit. Keputusan kiraan merit menunjukkan ramai lagi pemohon lain yang markah meritnya lebih tinggi berbanding anda. Maka, tentu sekali mereka yang akan memenuhi kuota tersebut.
- Dalam situasi yang lain, sekiranya dalam permohonan, anda bersetuju untuk ditawarkan program berkaitan yang lain sekiranya tidak terpilih dalam 8 pilihan program (bagi pemohon lepasan STPM atau setaraf) dan 12 program (bagi lepasan SPM atau setaraf) tersebut, namun persoalannya kenapa anda masih gagal sedangkan keputusan anda lebih baik berbanding pemohon yang lain, misalnya rakan anda.
- Ini kerana, selepas permohonan ditutup pihak UPU akan menilai mengikut pemarkahan merit berdasarkan pilihan pertama sehingga pilihan ke lapan. Anda pula tidak menyenaraikan program lain selain program yang anda minati sahaja. Oleh itu, sudah tentu pemohon lain yang memohon program tersebut yang berjaya terlebih dahulu walaupun markah meritnya lebih rendah. Jadi anda terpaksalah membuat semula permohonan melalui e-rayuan.
iii) Menolak tawaran dan memohon semula melalui e-rayuan
- Ini satu lagi situasi yang majoriti pemohon lakukan. Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak membuat semula e-rayuan. Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau terpaksa kecewa dan gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut.
- Tahukah anda, apabila anda sudah masuk ke IPTA, permohonan anda untuk menukar ke program pengajian boleh dipertimbangkan. Namun, ada syaratnya. Kebiasaanya, pelajar yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan iaitu CGPA 2.00 ke bawah, mereka akan dipanggil menghadap dekan pusat pengajian.
- Majoriti daripada mereka memohon untuk menukar program dengan alasan mereka gagal memahami subjek yang diajarkan dan sebagainya. Jadi permohonan itu diluluskan atas pertimbangan dekan pusat pengajian selain kekosongan tempat untuk program yang dipohon. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keputusan dekan pusat pengajian.
iv) Gagal dalam Temuduga
- Memohon program yang memerlukan anda menghadiri temuduga misalnya program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu secara automatiknya permohonan anda juga gagal.
- Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus dan tonjolkan personaliti yang positif ketika hadir ke temu duga seterusnya dapat yakinkan penemuduga bahawa anda layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
- Jadi nasihat kami, anda perlu sentiasa peka mengenai isu-isu ini dan barulah anda boleh membuat keputusan yang bijak untuk berjaya dalam permohonan UPU ini.
Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik punca gagal permohonan UPU yang dikongsikan di bawah ini.
i) Lepasan SPM/ Setaraf
ii) Lepasan STPM/ Setaraf
Kesimpulan
Secara ringkasnya di antara beberapa sebab mengapa anda tidak ditawarkan ke mana-mana IPTA/ILKA adalah kerana:
- i. Kalah dalam persaingan merit di antara calon atau
- ii. Tidak mengemukakan permohonan melalui BKPA, JPT atau
- iii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian atau
- iv. Permohonan tidak lengkap atau,
- v. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan atau
- vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan atau
- vii. Pemohon sedang belajar atau, Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)
Contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Maklumat Lanjut
Cara kemaskini borang permohonan 2024 secara online, klik KEMASKINI BORANG
Adalah diingatkan menurut FB Rasmi BPKP, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum.
- Kalkulator Pengiraan Markah Merit Terkini (Lepasan SPM/ STPM dan Setaraf)
Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana persaingan yang tinggi di kalangan pelajar
Contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA adalah seperti info grafik berikut. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
PROSES PEMILIHAN KEMASUKAN LEPASAN SPM & STPM/ SETARAF
Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan UPU Kemasukan UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024-2025 Online.
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8684 2363
- Aplikasi Mobile UPUPocket
- UPUchat
- SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan bagi membolehkan pemohon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Online. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi
- TikTok : @bkpaupu
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Selamat membuat permohonan kemasukan ke universiti secara online 2024. Moga permohonan kemasukan anda ke UA/ IPTA yang dihajati tercapai.
Related : temu duga, kursus pengajian, institusi latihan kemahiran awam, 5.00 petang, sesi akademik 2022/2023, 5 hari selepas keputusan spm, senarai program pengajian lepasan stpm setaraf, perlu membeli nombor pin unik, 4 februari 2022 hingga 31 mac 2022, ijazah sarjana muda,