Permohonan Young Talent Development (YTD) 2024 Online

Perhatian buat para pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan program penajaan pelajaran dikenali sebagai Young Talent Development Programme (YTP). Berikut adalah cara membuat Permohonan YTD 2024 secara Online.

Young Talent Development programme YTP adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah majlis amanah rakyat atau MARA khusus untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 untuk menyambung pengajian bermula daripada peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana pertama di institusi yang terpilih. Permohonan dibuka secara atas talian menerusi keterangan lanjut seperti di bawah.

Permohonan Young Talent Development YTD

Permohonan Program Young Talent Development (YTD) MARA 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan meliputi tarikh penting permohonan, cara memohon, syarat kelayakan dan maklumat lanjut bagi tahun 2024.

TARIKH PENTING

DibukaDitutup
27 Mei 2024 (Isnin)
10 Jun 2024 (Isnin) 
*Permohonan dibuka selama 12 hari seperti tarikh di atas

Syarat kelayakan permohonan meliputi syarat umum dan khusus adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan

Syarat Kelayakan Khusus

  1. Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023
  2. Pemohon memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti pautan berikut:
  3. Syarat Kelayakan Program YTD

Syarat kelayakan akademik untuk melayakkan pemohon DITAWARKAN Program YTP?

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi result peperiksaan SPM 2023

Dibawah adalah maklumat permohonan YTD bagi panduan pemohon:

PANDUAN PERMOHONAN

Layari Aplikasi Permohonan Online YTD untuk memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan seperti di atas mulai tarikh yang telah dinyatakan sehingga tarikh tutup
  2. Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan
  3. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan
  4. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman

Nota

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.

Bentuk pinjaman pelajaran yang akan pemohon terima sekiranya permohonan YTP ini berjaya?

Pinjaman pelajaran di bawah YTP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan. Elaun Pengangkutan (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar
kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung (rujuk Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA)

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi pihak MARA di:

Diharap perkongsian Permohonan Young Talent Development bagi sesi 2024 Online dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan dengan lancar. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

Rel: pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi ipt dalam negara dan universiti, luar negara, pemohon ibu bapa penjaga, proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara, tiada sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian, permohonan yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan, had umur pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf, pengajian bermula di institusi pendidikan tinggi ipt dalam negara dan universiti luar negara,

Tinggalkan Balasan