Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Bagaimanakah cara membuat semakan baki PTPTN secara online melalui applikasi telefon bimbit? Seperti yang sedia maklum, melangsaikan hutang PTPTN adalah diwajibkan ke atas setiap peminjam. Ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar lain untuk memperoleh bantuan pinjaman yang sama tanpa sebarang masalah untuk pengajian tinggi mereka.
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara yang lebih mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan aplikasi semakan atas talian dan SMS. Adalah dinasihatkan agar pelajar dapat membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan nama mereka di senaraihitamkan oleh pihak imigresen/ PTPTN dan juga CCRIS. Pihak imigresen juga boleh menghalang mereka untuk ke luar negara.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN
Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.
Semakan Baki PTPTN Secara Online
- Layari Laman Web PTPTN, sila klik Muat Turun Sekarang
- Klik WEB MYPTPTN (Aplikasi Web)
- Daftar Sekarang sebagai pengguna baharu dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan atau
- Log Masuk (jika sudah mendaftar) dengan mengisi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan (Password)
- Klik WEB MYPTPTN (Aplikasi Web)
- Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin atau no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2193 3000; atau
- Layari laman web rasmi PTPTN/ Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum
Semak Baki PTPTN Melalui aplikasi myPTPTN
Tiada semakan melalui SMS disediakan oleh pihak PTPTN sebaliknya satu aplikasi myPTPTN (Telefon pintar) telah dibangunkan untuk memudahkan urusan anda semua. Muat turun aplikasi tersebut melalui pautan berikut:
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Langkah-langkah pendaftaran aplikasi myPTPTN adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi myPTPTN
- Klik “Daftar Sekarang”
- Isi nama penuh dan kad pengenalan dengan lengkap
- Masukkan alamat emel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat anda
- Cipta kata laluan dan tentukan frasa atau ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian
- Nombor TAC akan dihantar ke telefon dan pautan pengaktifan akaun myPTPTN akan diihantar kepada emel pengguna
- Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto
Langkah untuk membuat semakan baki PTPTN adalah seperti berikut:
- Log masuk ke dalam akaun anda di aplikasi myPTPTN
- Pada paparan utama, pergi ke bahagian perkhidmatan dan klik semakan penyata pinjaman
- Klik pada senarai penyata pinjaman anda
- Paparan baki dan perincian maklumat lain akan ditunjukkan
- Anda boleh memuat turun untuk salinan dan urusan yang berkaitan
Untuk mendapatkan panduan pengguna yang lebih terperinci, layari pautan berikut:
Pengecualian Bayaran Balik Peminjam PTPTN
Berita baik buat peminjam PTPTN, Kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada siswazah yang mendapat kelas pertama dalam pengajian ijazah sarjana muda. Syarat-syarat terperinci boleh rujuk ke https://www.ptptn.gov.my/bayaran-balik/
Perkhidmatan Lain PTPTN
Selain perkhidmatan di atas, Semakan Baki PTPTN, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-
- Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
- Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
- Semakan Penyata SSPN, SSPN Plus
- Semakan Ketegori Penstrukturan Semula Pinjaman
- Portal Majikan Online
- Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
- Semakan Serahan Wang Tidak Dituntut (WTD)
- Semakan Lebihan Bayaran
- Penangguhan Bayaran Balik Pijaman PTPTN
Soalan Lazim Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
1. Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?
- Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
- Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
2. Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
- Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
3. Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?
- Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.
4. Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
5. Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN?
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti di jadual:
i) Kaunter
- Cawangan PTPTN di seluruh negara
- Kaunter Ejen (Bank Islam, Bank Rakyat, Pos Malaysia, CIMB Bank, BSN)
- Kiosk PayQuik
- Razer Cash di 7-Eleven
- Digi Kiosk
- e-Pay
ii) Secara Dalam Talian
- Perbankan Internet
- JomPAY
- MyPay
- Shopee
- kiplePay
- BESTPay
- KelantanPAY
- AnsaraPay
- PayHalal
- SpayGlobal
- KioskMedia
- Boost
- TouchNGo e-Wallet
- Mcash
- Portal Rasmi PTPTN
- Aplikasi myPTPTN
iii) Potongan Gaji
- Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan
- Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu
- Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
- Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN
iv) Melalui Debit Terus
v) Melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Untuk maklumat lengkap, sila rujuk FAQ Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
Pertanyaan & Maklumat Lanjut Semakan Baki PTPTN
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, anda boleh hubungi:
- Bantuan online, mulakan perbualan livechat di:
- Careline:
- 03-2193 3000
- Senarai Cawangan PTPTN:
Semoga perkongsian semakan diatas Secara Online ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat berjaya melangsaikan bayaran pinjaman anda. membuat permohonan
Related : media sosial mendapatkan kata https www.ptptn.gov.my, penangguhan bayaran balik ptptn untuk mendapatkan untuk mengubah penstrukturan semula bayaran, penjadualan penstrukturan semula bayaran balik ptptn, faks 03 2193 1263, penyata ptptn, akaun pinjaman, cara semakan, kaedah yang memberi kemudahan, membuat penangguhan bayaran balik, memberi kemudahan kepada peminjam, kemudahan kepada peminjam untuk, memohon penangguhan bayaran balik