Semakan Online Keputusan Tawaran ILKBS (IKBN/ IKTBN/ AKBG) Ambilan Sesi 1 2025 & 2 2024. Perhatian buat para pemohon ke ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan). Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan semakan keputusan ILKBS sesi 1 2025 dan sesi 2 2024 termasuk panggilan temuduga yang meliputi IKBN, IKTBN dan AKBG. Untuk makluman, ILKBS kini terletak dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Institusi Latihan merangkumi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Program pengajian yang ditawarkan adalah Latihan kemahiran sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil. Pada masa ini semua agensi latihan kemahiran sama ada awam atau swasta menjalankan latihan kemahiran yang menggunakan silibus dan persijilan yang sama yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Semakan Keputusan ILKBS Ambilan Sesi 1 2025 & Sesi 2 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Tawaran ILKBS ambilan Sesi 1 2025 dan sesi 2 2024.
Ianya memaparkan maklumat tarikh tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan, permohonan rayuan dan tarikh pendaftaran pelajar.
i) SESI 1 2025
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober hingga 15 November 2024
- Panggilan Temuduga : 25 November – 6 Disember 2024 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 : akan dikemaskini
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : akan dikemaskini
- Permohonan rayuan : akan dikemaskini
- Semakan keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2025 : 3 Februari 2025
ii) Sesi 2 2024
Tarikh penting permohonan dan semakan keputusan tawaran sesi 2 2024 adalah seperti berikut :-
- Sistem Permohonan ke ILKBS melalui portal eKampus ditutup : 11 Jun 2024
- Panggilan Temuduga : akan dikemaskini (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
- di eikbn
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2024 (Lepasan SPM) : 28 Jun 2024
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2024 (Lepasan SPM/ SKM/ ST) : 28 Jun 2024
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 28 Jun – 14 Julai 2024
- Pendaftaran pelajar baharu ambilan sesi 2 2024 (daftar di ILKBS) : 5 Ogos 2024
Nota Semakan
Sebarang perubahan dalam tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi eikbn untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan. Mereka yang terlepas untuk memohon kemasukan sesi Januari, pelajar boleh membuat permohonan untuk sesi Julai berikutnya.
Maklumat Lanjut ILKBS
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ILKBS di talian berikut :-
- 03-8871 3685/ 03-8871 3646/ 03-8871 3683
- Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, ILKBS
Selamat membuat Semakan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS untuk sesi 1 2025 dan sesi Julai 2024. Moga anda berjaya menambahkan ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih nanti.