Panduan buat pemohon yang telah membuat application ke KKTM, IKM dan MJII sesi ambilan tahun 2025. Tarikh semakan keputusan KKTM IKM MJII akan diumumkan di Portal TVET MARA.
Menurut Portal TVETMARA, Semakan Tawaran ke IKM / KKTM bagi bulan Julai 2024 adalah mulai 1 Julai 2024. Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook TVETMARA.
Semakan Keputusan Tawaran Ke KKTM IKM MJII 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM Dan IKM serta MJII sesi pengambilan tahun 2025.
Semakan Keputusan KKTM IKM MJII Online
Keputusan Sesi Januari 2025
- Tarikh Semakan : 18 November 2024 (Tahun lepas: 24 November 2023)
Keputusan Sesi Julai 2024
- Tarikh Semakan : 1 Julai 2024 (2 petang)
- Tarikh Rayuan : 1 hingga 10 Julai 2024
- Semakan Rayuan : 12 Julai 2024 (3 petang)
Perlanjutan tarikh semakan, penerimaan tawaran dan permohonan rayuan sesi Julai 2024
Sistem Semakan Tawaran kemasukan ke KKTM/MJII dan IKM tidak dapat diakses bermula 5 Julai 2024 jam 5 petang hingga 9 Julai 2024 jam 10 pagi kerana kerja peningkatan sistem.
Tarikh akhir untuk semakan dan penerimaan tawaran serta permohonan rayuan kemasukan akan dilanjutkan sehingga 10 Julai 2024
Keputusan Rayuan akan dibuka bermula 12 Julai 2024 (3 petang)
Aplikasi Semakan
- SEMAKAN SPUPIM
Penerangan Untuk Pelajar-Pelajar Baru KKTM, MJII & IKM
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
- 1.1 Anda mestilah mempunyai kelayakan akademik SPM yang telah disyaratkan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.
- 1.2 MARA berhak menarik balik tawaran ini jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang ditetapkan.
2. KESIHATAN
- 2.1 Anda mestilah sihat dan tidak cacat anggota tubuh badan dan lulus dalam pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti kursus latihan.
- 2.2 Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar/ Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta. Pembayaran segala urusan pemeriksaan kesihatan adaah menjadi tanggungjawab anda sendiri.
- 2.3 Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan Borang Laporan Kesihatan (Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).
- 2.4 MARA berhak menarik balik tawaran anda jika anda didapati tidak sihat cacat anggota tubuh badan.
3. PERSIAPAN KE KKTM, MJII & IKM
Bersama-sama ini disertakan Dokumen Pendaftaran untuk dilengkapkan bagi persiapan anda ke KKTM, MJII & IKM;
i. Buku Pendaftaran
Lampiran-lampiran di dalam Buku Pendaftaran hendaklah dilengkapkan
ii. Dokumen Perjanjian (3 set)
Ketiga-tiga set Dokumen Perjanjian yang telah dilengkapkan hendaklah dimatikan setem. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti.
iii. Pelajar perlu membawa Salinan Asal dan satu Salinan Fotokopi yang telah disahkan bagi semua dokumen yang diperlukan semasa melaporkan diri di kolej. Dokumen-dokumen tersebut seperti berikut:-
- a) Sijil SPM & Sijil Akademik berkaitan yang telah disahkan
- b) Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
- c) Sijil Kelahiran Ibu/Bapa/Penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
** PERINGATAN **
Pelajar tidak akan dibenarkan mendaftar jika tiada DOKUMEN ASAL DAN SALINAN FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN.
4. TAMBANG PERJALANAN PELAJAR SABAH / SARAWAK KE SEMENANJUNG ATAU PELAJAR SEMENANJUNG KE SABAH / SARAWAK ATAU SABAH KE SARAWAK ATAU SARAWAK KE SABAH
Anda adalah layak dibayar tambang pengangkutan sekali pergi dan sekali pulang ke tempat asal atau tempat yang lebih dekat dari tempat asal bagi penerbangan kelas ekonomi. Pelajar boleh membuat bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan.
5. ELAUN SARA HIDUP
Elaun Sara Hidup akan dibayar kepada pelajar yang pendapatan keluarganya kurang dari RM 40,000.00 setahun (Pendapatan Bercukai).
Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan elaun seperti berikut:-
- Program Diploma : RM 300.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9,900.00 sepanjang 3 tahun tempoh pengajian
- Program Sijil : RM 250.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 5,500.00 sepanjang 2 tahun tempoh pengajian.
Perlu diingatkan :
Proses penyediaan elaun mengambil masa 2 – 3 bulan pertama pada semester pertama, justeru ibu bapa / penjaga perlu menyediakan wang saku pelajar dalam tempoh tersebut untuk perbelanjaan makan / minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu.
6. KEMUDAHAN PENGINAPAN
Penginapan disediakan bagi semua pelajar Tahun Satu sahaja. Pelajar-pelajar Tahun Dua (Sem 3 dan seterusnya) akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kolej tersebut.
7. YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian bagi semua pelajar
Maklumat lanjut lain seperti bayaran setuju terima, rawatan kesihatan dan sebagainya , sila rujuk Buku Pendaftaran Pelajar
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Alamat:
- Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
- Telefon:
- 03-26134611/4612/4618/4605
- Fax: 03-26914510
Semoga perkongsian semakan keputusan KKTM IKM MJII Januari 2025 dan Julai 2024 Online dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat maju jaya dalam hidup anda.
Related : secara online sesi januari 2021 semakan keputusan ikm kktm berminat untuk sesi ogos november 2020