Panduan buat para pemohon Kolej Komuniti. Adakah anda telah memohon kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)? Tahukah anda bilakah tarikh semakan keputusan Kolej Komuniti 2024 boleh dibuat? Buat makluman semua, menurut Jabatan Pengajian Tinggi, semakan tawaran kini boleh disemak mulai 1 Julai 2024 secara online melalui laman web rasmi mypolycc (mypolycc.edu.my). Untuk sesi Disember pula keputusan boleh disemak bermula (Tarikh akan dikemaskini).
Selain semakan Kolej Komuniti, para pemohon dapat melakukan semakan keputusan UPU bagi kemasukan pengajian ke Universiti Awam/Politeknik Premier. Buat calon yang lulus, anda hendaklah menyemak maklumat tawaran, mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan tawaran melalui laman web rasmi tersebut. Manakala bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran pengajian UPUOnline, anda boleh mengemukakan rayuan di portal web UPU.
Semakan Keputusan Kolej Komuniti 2024 Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan tawaran Kolej Komuniti 2024 termasuk tarikh semakan dan aplikasi semakan:
Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti.
1. Tarikh Dan Aplikasi Semakan Keputusan Kolej Komuniti 2024 Online
Berikut dikongsikan tarikh dan aplikasi Semakan secara atas talian :
Tarikh Semakan : 1 Julai 2024
Tempoh Rayuan : Mulai 1 Julai 2024 sehingga 8 Julai 2024
Tempoh pengesahan terima tawaran : 1 hingga 8 Julai 2024 (Tahun 2023 : 8 Julai 2023 hingga 16 Ogos 2023)
Pendaftaran pelajar: 28 Julai 2024
- Aplikasi Semakan : mypolycc
2. Semakan Kolej Komuniti 2023 Online (Sesi II 2023/2024)
Berikut dikongsikan tarikh dan aplikasi Semakan sesi II 2023/2024 Online. Maklumat semakan sesi II 2024/2025 akan dikemaskini.
Tarikh Semakan : Boleh disemak pada 2 Januari 2024 mulai jam 2.00 petang atau hubungi @ Politeknik dan Kolej Komuniti HQ di talian 03-88919000 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang).
- Aplikasi Semakan : mypolycc
3. Permohonan Rayuan
Bagi calon yang gagal mendapat tawaran ke UA melalui UPU, anda boleh membuat permohonan rayuan secara online di portal mypolycc atau hubungi kolej komuniti yang berdekatan. Untuk kemasukan terus, seperti sesi Disember sila buat rayuan di Portal mypolycc.
Makluman
Pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Politeknik Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baru.
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya memasuki Kolej Komuniti yang diinginkan.