Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2024-2025 Online. Panduan ini khas buat para pelajar SPM 2023 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi sesi 2024/ 2025. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan ke Kolej Matrikulasi 2024 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Jun 2024. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2024-2025 Online. Untuk Lulusan Matrikulasi yang lulus cemerlang boleh membuat memohon masuk ke UA/ IPTA melalui application UPU online.
Buat pengetahuan semua, pada tahun sebelum ini application ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2024-2025 telah dibuka bermula 15 Disember 2024 sehingga 31 Mac 2024. Application ke Kolej Matrikulasi KPM boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui PMI. Pada sesi 2020-2021, application ke Kolej Matrikulasi KPM perlu dilakukan secara atas talian atau online melalui Portal UPUOnline bermula sekitar Februari 2020 sehingga April 2020. Walau bagaimanapun, Bagi sesi 2021-2022 dan seterusnya, application melalui PMI dilaksanakan semula.
Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2024-2025 Online
Untuk makluman, pada kelazimannya, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan result SPM diumumkan secara rasmi. Result SPM 2023 telah diumumkan pada 27 Mei yang lalu.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2024
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2024-2025 Online meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.
A. Kemaskini Borang Matrikulasi
Pelajar SPM tahun 2023 yang telah memohon tidak perlu mengemaskini borang secara online.
Pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.
B. Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi
Berikut dikongsikan cara membuat Semakan secara Online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
i) TARIKH RASMI SEMAKAN MATRIKULASI | |
Dibuka | Masa |
20 Jun 2024 (Hari Khamis) | 1000 am |
| |
|
Tarikh semakan untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut :-
- 2023 : 26 Jun 2023
- 2022 : 16 Julai 2022
- 2021 : 8 Julai 2021
- 2020 : 3 Jun 2020
- 2019 : 15 April 2019
- 2018 : 24 April hingga 8 Mei 2018
- 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
- 2016 : 14 hingga 26 April 2016
ii) Semakan Melalui SMS
Tidak disediakan *
- Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :
- MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
iii) Nota Semakan
- Rayuan kemasukan bagi tahun 2024 bermula 20 Jun hingga 30 Jun 2024 secara dalam talian
- Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (20 hingga 22 Jun 2024)
- Keputusan pertukaran (26 Jun 2024)
- Keutamaan pertukaran akan diberikan kepada pelajar yang sakit, kembar atau ibu bapa yg bertukar kerja tertakluk kepada kekosongan tempat. Sila sertakan dokumen sokongan berkaitan bagi permohonan pertukaran berkaitan.
- Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
- Rayuan jurusan adalah meliputi :-
- Jurusan Sains ke Jurusan Perakaunan – permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing
- Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan – permohonan dibuat terus ke Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM
- Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima/ Rayuan Kemasukan (21 – 30 Jun 2024)
- klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
- membuat pembayaran yuran secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan;
- Mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing. Pendaftaran pelajar baharu ke kolej adalah pada 30 Jun/ 1 Julai 2024
- Permohonan rayuan (20 – 30 Jun 2024)
- Hanya rayuan secara atas talian sahaja
- Semakan tawaran fasa 2 (5 Julai 2024)
- Pelajar yang berjaya perlu mendaftar pada 11/ 12 Julai 2024
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan:
- Soalan Lazim (FAQ)
- 03 8884 4083/ 4042/ 4098 (waktu pejabat bermula dari 8.30 pagi – 4.30 petang) atau emel : mohon.matrik@moe.gov.my
Selamat membuat Semakan dan semoga anda berjaya.