Perhatian buat para pelajar terutamanya lulusan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Adakah anda salah seorang calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke UUM untuk sesi pengambilan Mac 2025? Sekiranya begitu, pasti anda ingin tahu bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke UUM. Bagi yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan UUM 2024 Ambilan Kedua (Second intake) secara atas talian/ online. Semakan bagi tahun 2025 akan dikemaskini
Untuk yang belum sedia maklum, permohonan melanjutkan pengajian semester 2 (ambilan Mac 2024) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dibuka pada 18 Disember 2023 hingga 1 Februari 2024. Permohonan ini adalah untuk pengajian Program Ijazah Sarjana Muda UUM bagi lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti. Semakan keputusan kemasukan ke UUM 2024 pula dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan yang akan dikemaskini.
Semakan Keputusan UUM 2024 Online (Second Intake)
UUM adalah salah satu UA yang ada menawarkan pengambilan pelajar ambilan kedua direct tanpa melalui UPU online.
Berikut adalah maklumat berkaitan Semakan UUM 2024 Online yang merangkumi tarikh keputusan, aplikasi semakan dan lain-lain.
1. Aplikasi Semakan
Pemohon boleh membuat semakan UUM menerusi aplikasi semakan berikut
Aplikasi Semakan : Asisonline UUM ( Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Capaian)
2. Tarikh Semakan UUM Ambilan Kedua
Berikut adalah tarikh dan masa semakan keputusan permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2023/2024.
- Tarikh Semakan : 11 Mac 2024
- Waktu Semakan Dibuka : 12.00 Tengah Hari
- Waktu Semakan Ditutup : (Akan Dikemaskini)
3. Dokumen Penting Permohonan UUM
Buat yang ingin membuat permohonan, sila sertakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
- Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan (Salinan)
- Akuan Majikan (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil SPM/Setaraf
- Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir) – Salinan
- Salinan Diploma atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (bagi yang belum bergraduat)
- Salinan Sijil MUET
- Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada) – Salinan
- Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR (diperolehi dari portal MQA)
4. Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:Alamat
- Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP), Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah.
No. Tel.
- 04 928 3323/ 3324/ 3334/ 3335/ 3309
Fax
- 04-9283305
E-mel
- admission_ug@uum.edu.my
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan ini dapat memudahkan urusan anda dalam mengetahui samada layak diterima masuk atau tidak. Diucapkan semoga berjaya buat para pemohon.